“Wahai orang-orang yang
beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat
terdahulu sebelum kamu agar kamu bertaqwa”. (Surah al Baqarah 2:183)
Hari ini genap 17 hari
ramadhan pergi meninggalkan kita. berada di bulan syawal merupakan satu
kemenangan kepada umat Islam kerana telah berjaya menunaikan rukun islam
keempat iaitu berpuasa di bulan ramadhan. Output yang ingin dihasilkan dari
tarbiah sebulan ramadhan itu adalah pada frasa terakhir ayat ke 183 surah al
baqarah ini iaitu ‘agar kamu bertaqwa’. Jika kita teliti balik, ayat tersebut
menggunakan perkataan ‘agar’, dan ia juga membawa maksud yang lain iaitu
mudah-mudahan, ia juga adalah seperti satu harapan dan doa untuk umatnya yang
berpuasa sama ada dari umat yang terdahulu mahupun umat yang ada pada masa ini.
mendengarkan kuliah di
salah sebuah siaran televisyen awal syawal yang lalu, forum tersebut
membicarakan tentang pasca ramadhan. apa yang perlu kita lakukan ketika berada
di luar bulan tarbiah ramadhan? adakah kita perlu untuk istiqamah dengan segala
amal ibadat ketika bulan ramadhan itu atau perlu kembali kepada rutin biasa
yang lain? jawapannya mudah, momentum yang ada daripada bulan ramadhan itu
seharusnya dibawa ke bulan syawal, dibawa ke bulan zulkaedah, dibawa ke bulan
zulhijjah dan bulan-bulan seterusnya sehingga kita berjumpa lagi pada bulan
ramadhan tahun berikutnya. Itulah sebabnya kenapa bila berada di bulan tarbiyah
iaitu bulan ramadhan, kita perlu MEMPERTINGKATKAN dan MELIPATKALIGANDAKAN lagi
amalan kita, bukan baru mahu memulakan semuanya. tidak salah tetapi output yang
terhasil mungkin tidak sehebat orang lain yang telah berhempas pulas istiqamah
melakukan amal ibadat pada sebelas bulan yang berlalu sebelum bertemu pada bulan
ramadhan.
secara peribadinya,
tahun ini merupakan ramadhan pertama yang saya sambut bersama keluarga selepas
4 tahun beraya diperantauan sebagai seorang pelajar di institusi pengajian
tinggi awam di utara semenanjung. situasinya sangat berbeza. kita melihat di Sabah
khususnya Sandakan, gerai menjual makanan dan minuman dibuka seawal pukul 12
tengahari lagi, sedangkan azan zohor pun belum lagi berkumandang! di mana-mana
pun kadang kala terlihat orang yang merokok tanpa segan silu kepada orang lain.
jika ada yang makan dan minum, pastinya dia adalah seorang kanak-kanak. namun,
apa pula pandangan kita jika yang minum di khalayak ramai itu adalah seorang
perempuan dewasa yang bertudung? jika dia menggunakan alasan ‘cuti’, ia memang
diterima namun kenapa tidak boleh menghormati orang lain yang sedang berpuasa?
pengalaman saya ketika berpuasa dan berpaktikal di pejabat agama daerah kuala
muda di sungai petani kedah, pegawai pejabat agama kerap kali menerima aduan
daripada orang awam mengatakan tentang kedai yang beroperasi dan menjual
makanan pada siang hari kepada orang awam yang muslim dan saya sendiri
berkesempatan mengikuti beberapa operasi ramadhan yang dilakukan. pihak PBT
juga harus menangani situasi ini bersama-sama dengan pejabat agama kerana PBT
berkuasa atas semua premis perniagaan yang beroperasi di kawasannya. agak
terkilan bila situasi ini hanya dipandang sepi oleh semua pihak, walhal ia
adalah perkara yang melibatkan sensitivity agama Islam yang murni ini.
Natijahnya kepada masyarakat ialah, tidak ada bezanya ramadhan dan bulan-bulan
lain. yang bezanya hanya ada tarawih, jualan murah, baju baru dan langsir baru!
sangat menyedihkan.
iklan di siaran
televisyen juga tidak menampakkan mereka menghormati bulan mulia ini. yang
ditambah hanya sesi tazkirah, pemberitahuan waktu berbuka dan imsak dan
pemberitahuan tentang jualan murah. macam mana la kita nak ada momentum
beribadat selepas ramadhan bila selalu sangat disajikan dengan perkara-perkara
yang sama sahaja sepanjang masa, sama ada berada di bulan ramadhan atau tidak.
walau apapun situasi
yang kita hadapi, kuatkanlah semangat dengan momentum yang ada hasil dari latih
tubi dan kerja keras sepanjang ramadhan. mudah-mudahan output yang terhasil
membolehkan kita menjadi orang yang bertaqwa seperti mana harapan yang
diberikan oleh Allah SWT dalam ayatnya dalam surah Al Baqarah itu. Akhir kalam,
renung-renungkan dan selamat beramal.
2 comments:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة
شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر
Post a Comment