Masa

Wednesday, September 30, 2009

Sembang2 Ukhuwah

Assalamualaikum..

Sekadar perkongsian buat sesiapa yang sudi membaca.. Hehe.. Posting kali ni informal sket.. Harap xde sapa2 yang cemburu.. Alang2 nak promosi sekalila.. Kot2 ada sapa2 yang sudi nak jadi authors dalam Laman Nisa' Sabah, boleh memohon.. Hehe.. Saya dah dapat kebenaran dah.. (Haha).. Tapi betul ni, sapa2 pun boleh memohon.. Diluluskan atau tidak kita tengok kemudian.. Lebih2 lagi, kalu ada sebarang perkongsian yang ingin dilakukan, sangat2 dialu2kan.. Boleh contact Krews NISA Sabah dimana2 talian..

Mm.. Nak criter ape erk??.. PASCA Ramadhan ni, banyak yang berubahkan??.. Of course la, bukan Ramadhan pun still akan ada perubahan.. Cuma apa yang saya sangat pasti, masa terlalu cepat berlalu. Alangkah ruginya kita, kalu kita masih d takuk yang lama kan??.. So, saya nak seru pada semua, jomlah kita tingkatkan amalan.. Tingkatkan kemahiran.. N tingkatkan apa2 yg boleh ditingkatkan.. Masa xkan menunggu kita.. Rasanya masih terngiang2 lagi pengumuman Ramadhan kat tv yang lalu, alih2 sekarang ni kita dah berada di 11 Syawal.. Alamak, puasa sunat 6 xstart lagi!!.. Uhuh.. Bah (tune Sabah), jom start Puasa Enam..

K la.. Bila2 masa kita sambung balik erk.. Dah nak bersiap balik kerja ni.. Hehe.. Mengisi sedikit masa yang kosong.. Actually xda masa kosong pun.. Kena pandai2 cari ruang n peluang.. Mungkin lepas2 ni ada banyak benda yang kita ble share.. Semoga masih ada kesempatan lain untuk kita bersama.. InsyaAllah.. Ameen..

Buat adik-adik mahasiswi NISA Sabah khusunya n NISA SeMalaysia amnya, cuti raya dah berakhir.. Nak honeymoon tu jangan lama sangat.. Keje kuliah dah banyak menanti tu.. Macam amik dari pengalaman sendiri jerk??.. Hehe.. Selamat kembali ke kampus masing-masing.. Timbalah ilmu setinggi langit.. N jangan pernah sekali lupa ke bumi, sedang kita berpijak di bumi Allah yang Maha Luas ini.. Kami di sini, menanti dengan penuh harap agar butir2 ilmu yang ditatang dapat dimanfaatkan sepenuhnya tatkala masing2 kembali ke masyarakat, medan sebenar kita.. Jangan pernah ada rasa ingin berseronok n melepaskan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap kita yang bergelar daei.. Ayuh, kita hayun langkah bersama.. Walau bukan di medan yang sama!! Bersemangatlah wahai puteri2 harapan agama..

-Minda Pengarang Jemputan-

Monday, September 21, 2009

Salam Lebaran 1430H

Agak terlewat sedikit (masalah server n kesibukan persiapan hari.. uhuhu) NISA Sabah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri.. Di dalam kesibukan berhari raya jangan lupa insan yang kurang bernasib baik..

Kehadiranmu ku nantikan dengan linangan air mata kesyukuran.
Kusebatikan segala amal ibadahku ketika engkau memilihku untuk bersamamu.
Pemergianmu akan kukenang dengan linangan air mata kerinduan.
Andainya kita tidak dapat berjumpa lagi
Kuharap pertemuan ini mendapat keampunan daripada-Nya.
Terima kasih ya Allah dengan anugerahMu
Memberikan aku kesempatan bertemu dengan Ramadhan dan Hari Raya buat kali ini..
Mungkinkah yang terakhir??

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

DARI KAMI:
~NISA NEGERI DI BAWAH BAYU~

Thursday, September 17, 2009

80% golongan muda tidak sokong BN - Daim ??

Tertarik dengan berita ini.. Mari kita renung sejenak.. It is true??
(sumber: http://harakahdaily.net)

KUALA LUMPUR, 16 Sept:
80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Para siswazah menganggur, kebanyakannya Melayu, akhirnya terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan, kata bekas Bendahari Umno itu di dalam temubual dengan China Press Ahad lalu.

Menurut beliau, keadaan sedemikian berlaku kerana kerajaan tidak memupuk bakat yang sepatutnya untuk kehendak pasaran.

Dalam temubual tersebut yang disiarkan oleh The Sun Online Ahad lalu, Daim berkata, universiti-universiti tidak menawarkan kursus-kursus yang menepati dengan kehendak industri mengakibatkan banyak siswazah tidak mempunyai pekerjaan disebabkan apa yang mereka pelajari tidak memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

Beliau berkata, bukan sahaja golongan muda yang menentang kerajaan, malah kira-kira sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi parti itu.

Menurut beliau, ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti itu dan para pemimpinnya.

"Politik wang rasuah adalah masalah terbesar yang dihadapi oleh parti itu," katanya.

Di luar Umno pula, Daim percaya, perpecahan di dalam MCA akan menjejaskan kerjasama dan reformasi di dalam BN.

Rakyat, katanya, tidak menghormati mana-mana parti yang berpecah.

Manakala perubahan di dalam BN pula, katanya, terlalu perlahan untuk memenuhi kehendak rakyat.

"Rakyat mahu melihat perubahan, sama ada di dalam BN atau Pakatan Rakyat (PR), siapa yang lebih dahulu berjaya melaksanakan reformasi akan memenangi sokongan mereka," katanya.

Mengenai kemelut Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), Daim berkata: "Kerajaan mesti menghukum kesemua yang melanggar undang-undang, hanya dengan cara itu ia boleh mengembalikan keyakinan umum".

Pada masa lalu, katanya, rakyat tidak melihat mereka yang menyalahgunakan kuasa dihukum.

Mengulas mengenai PR, beliau menyifatkan pakatan itu mengecewakan rakyat.

Rakyat, katanya, menaruh harapan yang tinggi kepada PR tetapi kerajaan negeri-negeri yang dikuasai PR terus memainkan peranan sebagai pembangkang.

"Jangan buang masa melemparkan tuduhan kepada BN, kamu adalah pakatan yang memerintah (di negeri-negeri yang dikuasai PR), kamu sepatutnya memfokuskan kepada usaha untuk menunaikan janji-janji pilihan raya kamu"

Beliau berkata, rakyat mula melihat bahawa PR tidak boleh melakukan dengan lebih baik berbanding BN, walaupun diberi peluang.

Itulah kekecewaan terbesar rakyat, katanya._

Wednesday, September 9, 2009

TERKINI: Dapatkan SAMPUL DUIT RAYA NISA



TERKINI!!!
Dapatkan "SAMPUL DUIT RAYA NISA"
(dengan logo NISA di sebelah belakang)
dengan harga terendah, RM2 untuk sebungkus
(1 bungkus=10 sampul)


Rayakan Hari Raya Anda bersama NISA Connecting Youth

SAMPUL RAYA NISA
ini boleh didapati di NISA Kawasan masing-masing
atau
boleh hubungi di talian:
0148618318/ 0138527923

Cepat!!!
Selagi stok masih ada
~NISA PENGHUBUNG GENERASI MUDA~

Tuesday, September 8, 2009

LENSA TAUTAN HATI NISA TEAM BUILDING


Taman Melewar: Tapak Program dipilih kali ini. Menyatu Keluarga NISA Semalaysia.

Kehadiran Ustazah Nuridah disebalik kesibukannya. Hanya mampu bersama kurang sejam lantaran jemputan lain yang perlu dipenuhi. Bertolak dengan menaiki bas pulak tu. Allahu Akbar!!

Amanah besar tanggungjawab bersama: Mantan Pengarah NISA Malaysia yang kini memegang Lajnah Antarabangsa DMPP, Kak Mastura dan Pengarah NISA Malaysia sesi 2009/2011, Dr. Rosni Adam..

Briefing awal oleh Pengarah NISA Malaysia

Pembentangan setiap unit dengan penambahan satu unit baru,
Unit Kesenian dan Sukan (UKS)

Persembahan yang sangat memukau

Kontinjen NISA Johor yang dikasihi. Hehe. Negeri lain jangan jeles. Hehe..


Tahniah NISA' Sabah!!
Banyak gambar xsempat ambil. Kamera asyik tinggal kat tmpt tidur!!! Uhuh!!!
Rindu pada semua.. Miss U All.. Pagi!!! Hehe

p/s: catatan rasmi sila nantikan kemunculannya.. kalu muncullah//.. hehe..
InsyaAllah.. Setinggi2 penghargaan kepada semua:
NISA Malaysia, Dr. Rosni n jawatankuasa;
Kak Ani yang kusayang.. ; NISA Johor, Kelantan.. Sume2 la..
NISA SEMALAYSIA

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-