Masa

Friday, October 30, 2009

Kekosongan Jawatan Penyelaras/ Warden Sepenuh Masa

Kekosongan segera!!
Satu jawatan

PENYELARAS/ WARDEN SEPENUH MASA

di
RAUDHAH
(Pusat Pemulihan Wanita & Remaja Bermasalah) PUM PP
.

Pertanyaan boleh hubungi
WAHIDA 0195989382 atau email: pumpenang@yahoo.com.
Maklumat Raudhah boleh layari blog
http://www.perjalananpulang.wordpress.com.

Sila Sebarkan.
-Terima Kasih-

Wednesday, October 28, 2009

JEMPUTAN KE PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN (3P)

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Kementerian Sumber Manusia akan menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan (3P) pada ketetapan berikut:

Tarikh : 31 OKTOBER - 1 NOVEMBER 2009 (SABTU DAN AHAD)
Masa ; 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
Tempat : DEWAN MASYARAKAT TAWAU, SABAH

Antara aktiviti yang dijalankan adalah temuduga terbuka dengan sekurang-kurangnya 1,460 jawatan kosong untuk pelbagai kategori dan peringkat, ceramah kerjaya, pameran dari jabatan-jabatan dan agensi-agensi berkaitan, pendaftaran dan pengemaskinian pencari kerja, pameran kerjaya dan khidmat nasihat kerjaya.

Pihak tuan adalah dijemput hadir beramai-ramai dengan membawa dokumen asal dan salinan sijil-sijil akademik dan resume. Sila berpakaian kemas untuk menghadiri sesi temuduga yang dijalankan serta-merta pada program tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 089-761695 (Untuk Perhatian : Encik Abdul Halim Abdullah / Encik Mohd. Redha / Encik Mohd. Razif).
Sekian, terima kasih.

Unit Perkhidmatan Pekerjaan, PTK Tawau

Thursday, October 15, 2009

Tawau: Konsert Berhibur Cara Islam

Sila war-warkan kepada rakan taulan, sanak saudara..
Berhibur Cara Islam..
Jom Ramai2..

Wednesday, October 14, 2009

Tak Mengapa Belajar dari Adik2 Kita: PostMorterm Jadi Kemestian

Gerak kerja PERPPIS, sama ada bersifat rutin mingguan, bulanan, tahunan dan juga gerak kerja semasa perlu di buat penilaian atau post-moterm. Post-moterm atau muhasabah perlu di buat secara bertulis untuk tujuan penambahbaikan dan rujukan pada masa akan datang. Berikut dicatatkan beberapa etika untuk melaksanakan post-moterm sesuatu aktiviti atau program.

1. Post-moterm perlu dibuat dalam jangka masa 7 hari selepas sesuatu program itu berlangsung supaya memori program masih segar dalam ingatan.

2. Perlu diingat post-moterm bukan tempat untuk meluahkan perasaan.

3. Post-moterm bukan medan untuk memperlihatkan kesilapan orang lain atau ingin mencari salah orang.

4. Butiran post-moterm mesti di catat dengan jelas.

5. Post-moterm bukan hanya menyebut atau menyatakan kelemahan atau kesilapan semata-mata.

6. Tiga aspek yang perlu di beri penekanan ketika post-moterm dibuat:
(a) Kekuatan program
(b) Kelemahan program
(c) Cadangan penambahbaikan program

7. Melaksanakan post-moterm jangan mengambil masa yang terlalu panjang. (45 minit -60 minit sudah memadai)

8. Bagi menjimatkan masa, semua yang terlibat dalam post-moterm perlu membuat catatan peribadi lebih awal. Hindari datang dengan 'otak kosong'.

Saya mengharapkan semua petugas dan pimpinan PERPPIS dapat mengamalkan etika post-moterm bagi melonjakkan gerak kerja yang lebih kemas dan berkualiti. Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati kepipimpinan kalian. Teruskan perjuangan. Ikhlaskan diri dalam tindakan, moga-moga mendapat redha Ilahi.

Sekian wassalam,
12.102009
10.00malam

Thursday, October 8, 2009

Islamic Summer Camp (ISC) 2009 Kembali Lagi!!



Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) telah mengadakan satu Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa bagi Islamic Summer Camp 09 (ISC 09) yang akan diadakan pada 12 September 2009 bersamaan 22 Ramadhan 1430H bertempat di Masjid Jamek Pekan Tuaran. Islamic Summer Camp 09 (ISC 09) kali ini dibarisi para penggerak seperti yang berikut:

Jawatankuasa Islamic Summer Camp 09


Penaung:

En. Bunyamin Bin Bakri (Presiden PSS)

Penasihat:

Sdr. Mohd Nadir Al-Nuri (Timb. Presiden PSS 1)

Sdri. Siti Faridah Binti Saidin (Exco PSS-Pembangunan pelajar)


|MAJLIS TERTINGGI|


Pengarah:

Azizul Bin Julirin

Timb. Pengarah 1:

Ahmad Fauzi Bin Saifuddin

Timb. Pengarah 2:

Nurul Insyirah Binti Sunoto

Setiausaha:

Syarimah Binti Sakka

Bendahari:

Mohd Fanshuri Bin Badaruddin


|AHLI JAWATANKUASA|


1) Pengangkutan dan Keselamatan

Mohd Khairuddin Bin Daud

Norhanisah Binti Butai

2) Penyertaan dan Kebajikan

Saibul Bin Manung

Rita Binti Radin

3) Pengisian dan Penerbitan

Mohd Zul Hilmey Bin Makmud

Azinni Binti Salimin

4) Makanan dan Logistik

Mohd Dehya Al-Qalbi Bin Dzulkarim

Nuraziah Binti Ali Akbar

5) Protokol dan Dokumentasi

Mohd Hazwan Bin Hassan

Azie Nor Mazwani Binti Shahari

6) Teknikal dan Persiapan Tempat

Yusuf@Joseph Bin Saidin

Nafisah Binti Matli

7) Tajaan dan Jualan

Mohd Fanshuri Bin Badaruddin

Fauziah Binti Saidin

***

Ahli Jawatankuasa Penuh Untuk Pengisian & Penerbitan


Mohamad Zul Hilmey Bin Makmud (Raes)

Azinni Binti Salimin (Raesah)

Mohd Al-Amin Bin Hj Utoh Said

Zaiem Al-Hilmee

Renifezri Bin Mohamad

Mohd Fairuz Bin Bend

Ahmad Azhari Bin Senan

Norasidah Binti Jamian

Siti Rohana Binti Norakim

Siti Maryam Binti Dawalih

Nazifatunnisa Binti Salim

***

Untuk perhatian:

a) Sahabat-sahabat PSS@adik-adik KRU yang tidak ada nama di atas akan diserapkan dalam jawatankuasa penuh setiap unit yang telah dibentuk. Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh hubungi setiap Ketua @ Timb. Ketua unit untuk maklumat lanjut.

b) Kepada mana-mana pihak yang ada kemusykilan@pertanyaan, sila hubungi individu berikut:

Azizul Bin Julirin—0198106351 (Pengarah program):[Untuk urusan—maklumat program, penyertaan AJK penuh, maklumat peserta, dll]

Mohamad Zul Hilmey Bin Makmud—0137143840 (Unit Pengisian dan Modul): [Untuk urusan—fasilitator program, modul, bahan-bahan terbitan, dll]


ISC'07

p/s: Nantikan kemunculannya!!. Minta bersiap sedia semua saff kepimpinan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) semua cawangan di peringkat Pantai Barat Selatan. Kepada semua ketua-ketua zon , sila ambil tindakan untuk ISC'09 ini.. Syukran..

Sumber: Zaiem Al Hilmee

Monday, October 5, 2009

Pengumuman Penting Buat Semua AJK(Penggerak) NISA Seluruh Sabah

Assalamualaikum wwt..

Pengumuman ini ditujukan khas buat semua AJK Penggerak NISA di seluruh Sabah [yang masih berada dalam liputan - dalam n luar negeri]. NISA Team Building Peringkat Negeri Sabah akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 6-8hb November 2009
Bertempat di Kota Kinabalu (tempat spesifik akan dimaklumkan kemudian)

Justeru itu, [memandangkan capaian yang terlalu luas ("_,) ] kami war-warkan di sini sekali lagi untuk makluman dan tindakan semua AJK NISA Negeri Sabah. Sila berhubung dengan AJK Perhubungan di talian 0148618318 (Sdri Fatmawaty) untuk maklumat lanjut. Atau boleh terus kepada Pengarah Program, Puan Nur Khairani di talian 0169441862.

~Jangan ada segan, jangan ada malu.. Mari rapat, mari dekat~
NISA Connecting Youth

Sunday, October 4, 2009

Walimah Ketua Perhubungan Awam, NISA Neg Sabah

NISA Negeri Sabah mengucapkan setinggi Tahniah buat Ketua Perhubungan Awam, NISA Negeri Sabah yang telah selamat diijabkabulkan, 5 Syawal 1430H baru-baru ini. Semoga Baitu' Dakwah yang dibina kekal hingga menanti ke "Pintu Syurga". Amin..

Untuk berita lanjut, boleh layari laman bloggers sahabat-sahabat NISA Tawau & Unit Amal Tawau yang lain ("_,)..

Ukhtie Rozianah, NISA Kawasan Tawau


Assalamualaikum...

Tahniah diucapkan kepada Siti Aminah Soga dan pasangannya, Adib yang baru melangsungkan pernikahannya pagi tadi di Masjid Al- Kauthar..Semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke akhirnya..dgn kata lain "Bercinta Sampai Ke Syurga"...

Nampaknya tahun ni dah 2 orang yang dekat denganku (sahabat) yang mengakhiri zaman bujang mereka. Insya Allah, hujung tahun ni akan ada lagi yang akan menurut jejak mereka ni..siapa? tunggu...hehe..Cepat jodohmu Min, kakakmu ni ramai yang jeles :)

Alhamdulillah, Majlis yang serba ringkas ini dihadiri sanak saudara dan sahabat handai daripada kedua belah pihak yang agak ramai berbanding pasangan pengantin lain ( ada 3- 4 pasanagan pengantin pagi tadi). Dalam masa yang sama, dapat mengumpulkan semula generasi baru dan lama PERPPIS, NISA', UNIT AMAL kawasan Tawau.


6 Syawal 1430H
25 Sept 2009

Laman lain:
Ilham Pemuda, Unit AMAL Tawau
Ana Hidayat, Unit AMAL Tawau

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-