Masa

Friday, October 31, 2008

AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAMAH SITI AISYAH BAKRI



Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Masih belum terlewat rasanya untuk dikongsi bersama. Pemergian seorang sahabat Nisa' yang terlibat dalam satu nahas kemalangan jalan raya ketika hendak pulang ke kampus, Universiti Malaysia Sabah.

Mari kita sama-sama sedekahkan al-fatihah. Kepada keluarga Allahyarhamah, didoakan semoga diberi kekuatan untuk menghadapi saat-saat ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan Allahyarhamah tenang di sana… Ameen..

Dia telah pergi, kita bakal menyusul..

Wednesday, October 29, 2008

Perutusan Ketua Nisa' Negeri Sabah

Sekalung Budi Setulus Kasih

Assalamu'alaikum dan Salam Pertemuan
ALHAMDULILLAH kita panjatkan ke hadrat Allah yang dengan izin-Nya, blog NISA' Sabah berjaya dihasilkan. Terima kasih buat K.Fate dan Jum yang telah bertungkus-lumus menyiapkan blog ini.

NISA', Lets Join Us

Dalam ruang yang terhad ini, saya mengalu-alukan semua yang mengunjungi blog ini supaya menyertai NISA'. Tidak kiralah sama ada sebagai ahli, penyumbang korporat, penyumbang idea dan tenaga serta penyumbang kewangan. Harapan saya, semoga anda menjadikan NISA' sebagai badan yang menjaga KEBAJIKAN, KEMANUSIAAN dan KEMASYARAKATAN anda. Langkah anda bermula di sini.

Make Everybody Feel WANTED
Kepada semua penggerak NISA' seluruh Sabah, semoga kalian bersungguh-sungguh membawa NISA' ke hadapan dan menjadikannya medan dakwah yang realistik di bumi Sabah. Tingkatkan daya usaha untuk menyediakan program yang MESRA, CERIA dan SERONOK. Tawan hati orang lain dengan AKHLAQ yang MULIA. Jadikan semua orang rasa diperlukan. Bekerjalah dengan hati yang IKHLAS.

Buat NISA' seluruh Malaysia, kami memerlukan sumbangan idea dan cadangan daripada anda semua. Mudah-mudahan semua itu diredhai ALLAH S.W.T.

Akhir sekali, doakan supaya NISA' di Sabah terus maju jaya dalam membawa masyarakat Sabah ke arah ISLAM yang sempurna. Salam NISA' di Bawah Bayu...


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Salam pertemuan penuh kasih sayang,
Langkah kita bermula di sini.

Salam Nisa',
Ketua Nisa' Negeri Sabah

UNIT KEBAJIKAN & KAUNSELING

~TERKINI~
UNIT KEBAJIKAN & KAUNSELING

Dibimbing Oleh:
Lidia Hussein [0138989083]

-------------------------------------------------------------------------------------

Masalah Cinta?

Masalah Keluarga?
Peribadi?..

Kami bersedia mendengar.. Setia bersama anda.. Dalam mengharungi hidup yang penuh liku.. Setiap masalah ada penyelesaiannya.. Jangan takut dengan bayang-bayang, andai masalah menghantui.. Setiap kita tidak pernah lari dari dibelenggu dengan dilema. Dan dilema-dilema inilah yang akan mematangkan kita.. Memberi nilai pada hakikat kehidupan insan.

Hubungi kami di
Nisa' Careline
0138989083

UNIT PEMBANGUNAN INSAN

~TERKINI~
UNIT PEMBANGUNAN INSAN


Dipimpin Oleh:
Nur Khairani A. Hamid [0169441862]
Qamariah Juffri [0133083654]

------------------------------------------------------------------------------------------

CERIA BERPERIBADI MULIA


Pelbagai aktiviti menarik boleh anda sertai. Kemukakan cadangan anda, mungkin kami boleh realisasikan aktiviti impian anda. JOM JOIN NISA' !!!!

UNIT PENDIDIKAN DAN KERJAYA

~TERKINI~
UNIT PENDIDIKAN DAN KERJAYA

Diterajui Oleh:
Asniaty Hamid [0136289662]
Santi Abdullah [0134660981]

------------------------------------------------------------------------------

Anda sedang mencari pekerjaan?

Unit Kerjaya akan cuba membantu anda mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Daftarlah sebagai ahli Nisa' di kawasan berdekatan anda!! Anda akan kami hubungi segera sekiranya ada kekosongan dalam mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.


Anda minat berniaga? Ingin memulakan perniagaan?

Unit Kerjaya mungkin boleh membantu anda. Daftarlah sebagai ahli Nisa'. Kami akan aturkan kursus keusahawanan, memberi khidmat nasihat dan memberi galakan untuk terus maju dalam bidang perniagaan.
Apa tunggu lagi? JOM JOIN NISA'!!!!!
Hubungi: Saudari Ferizah 0136066784
Ketua Unit Kerjaya Nisa' Sabah

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-