Masa

Wednesday, April 29, 2009

Catatan Sepanjang Nisa Indoor Games 2009



Shah Alam, 25 April 2009- Nisa Indoor Games 2009 yang buat pertama kalinya di adakan dan Selangor telah dipilih sebagai penganjur sulung. Bertempat di Dewan Jubli Perak,Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Nisa Indoor Games 2009 (NIG 09) kali ini telah berjalan dengan lancar dan meriah.

Kami berpeluang mewakili kontijen nisa sabah di atas jemputan kak Arnisa dan Saudari Asti telah bertindak sebagai ketua kontijen kali ini. Kontijen sabah membariskan 10 orang selaku barisan utama pemain yang berentap dalam beberapa permainan dalam NIG 09 ; Asti,Kak Hajrah,Habsah-pemain Import dari pahang (uum) Ruzitah, Azlinah,Norilah (UM) Adriyani,Kak Santi (UPSI), Majita (UKM) dan Kak Masni (alumni UUM).

Ternyata walaupun tanpa latihan yang mantap sebelum pertandingan, barisan pemain Nisa Sabah juga mampu memberikan cabaran yang hebat sepanjang NIG 09. Antara permainan yang di sertai ialah Pertandingan Catur,Snake And Ladder,Ceper (bahasa sabah-main bidis),Congkak dan Dart. Sorakan Kontijen Sabah yang direka bersama ialah : Nisa!Sabah!Sabah!Sabah bah..aramaiti. Sungguh bersemangat kesemua barisan pemain beraksi dalam games masing-masing.

Walaupun kami tidak membolot apa-apa hadiah kali ini, jauh sekali menjadi juara NIG 09. Namun pengalaman kali ini sangat bernilai. Semangat kesukanan dan rasa jalinan ukhwah sesama peserta amat dirasai.

Tahniah di ucapkan kepada Nisa Malaysia di atas kejayaan menganjurkan NIG kali ini, dan kami sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menunggu Nisa Games ke-2 pula nanti yang bakal di adakan di negeri Kedah pada tahun hadapan.

Dan jika ada rezeki dan peluang, mungkin 3 tahun akan datang Nisa Games Akan di adakan di Sabah atau Sarawak pula!

-Wartawan Marsis
dipetik dari: http://family-marsis.blogspot.com

Nota kaki: Tahniah kepada Nisa' Sabah atas penglibatan dalam NISA' Indoor Games 2009 ini.. Semoga kita semua mampu menjadi Kontinjen yang kuat suatu masa nanti.. Membawa angin dari ~Negeri di bawah Bayu~


Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-