Masa

Friday, January 30, 2009

AGENDA MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS


"Mulai hari ini, kita jangan beli barang-barang mereka
dan jangan guna dolar Amerika dalam urus niaga harian"

-Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat-
Menteri Besar Kelantan

KITA PERLU SENTIASA 'REFRESH' 7 BARANGAN
BOIKOT INI SETIAP 15 HARI


MOGA USAHA INI AKAN MENDATANGKAN
KEJAYAAN KEPADA USAHA KITA UNTUK
MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS
SILA 'REFRESH' BOIKOT 7 BARANGAN DI DALAM BLOG ANDA PADA TARIKH-TARIKH BERIKUT:-

30 JANUARI 2009
15 FEBUARI 2009
28 FEBUARI 2009
15 MAC 2009
30 MAC 2009
15 APRIL 2009
30 APRIL 2009
15 MEI 2009
30 MEI 2009
15 JUN 2009
30 JUN 2009
12 JULAI 2009
(7 BARANGAN BERJAYA DILUMPUHKAN)

Semua Blogger Mujahidin diminta bersedia untuk melancarkan
'Boikot Berstrategi' yang kita akan lancarkan hari Isnin ini,
InsyaAllah.. Allahuakbar!!!



BOIKOT: PERLU ADA MATLAMAT DAN SASARAN



Boikot biasanya akan kedengaran apabila terpampang isu-isu sensitif di dalam masyarakat dan ianya menjadi satu amalan kebiasaan dalam menunjukkan bantahan terhadap sesuatu perkara.

Apa yang menjadi tanda tanya kepada penulis ialah,
berjayakah kempen boikot? Apa kesan kepada yang diboikot? Sekiranya tanda tanya ini tidak ada jawapan, maka berbaloikah memboikot? Untuk merungkaikan persoalan di atas, maka kepada sesiapa sahaja yang menganjurkan kempen boikot, mestilah meletakkan matlamat dan sasaran kempen. Sekiranya 'matlamat' dan 'sasaran' tidak menjadi agenda kempen, maka bagi penulis, kempen yang dilancarkan hanya lah seperti 'melepaskan batuk di tangga'.

Kita pernah mendengar kempen memboikot akhbar utusan malaysia, kita juga pernah mendengar kempen memboikot produk AS, malah kita juga pernah mendengar kempen memboikot produk Belanda suatu masa dahulu. Ia hanyalah 'hangat-hangat tahi ayam'

sekiranya tidak ada matlamat dan sasaran.
Huraian 'matlamat' dan 'sasaran'.

Apa matlamat kempen, melumpuhkan? melemahkan? Sekiranya melumpuhkan, sanggupkah kita melihat pekerja-pekerja diberhentikan. Maka pada penulis matlamat utama kita adalah melemahkan. Sekiranyanya melumpuhkan menjadi matlamat, perlulah ada alternatif kepada pekerja yang bakal diberhentikan kerja. Contohnya, dahulu kita pernah mendengar boikot 'Coca Cola', maka kerajaan Iran mencari alternatif memasarkan produk Zam-Zam Cola. Barulah matlamat melumpuhkan berjaya. Sekiranya tidak berupaya menyediakan alternatif, matlamat melemahkan menjadi fokus utama.

Apa sasaran kempen? Penulis membahagikan sasaran kepada dua pengertian:

Pertama, sasaran produk. Apakah pruduk yang priority untuk diboikot terlebih dahulu maka selebihnya menjadi alternatif. Contoh, sekiranya ingin memboikot Utusan Malaysia, mestilah dalam masa yang sama Berita Harian menjadi pilihan alternatif, yang penting disini,
sasaran berjaya dilumpuhkan. Sekiranyanya ingin memboikot Intel, maka AMD menjadi pilihan alternatif, yang penting sasaran berjaya dilumpuhkan. Kembali kepada kaedah usul 'sekiranya tidak dapat semua, jangan tinggal semua'.

Kedua, sasaran tempoh. Berapa lama tempoh boikot? 2 bulan, 3 bulan, setahun atau selama-lamanya..? Tempoh boleh dijadikan senjata ugutan terhadap yang diboikot. Rasanya kalau betul-betul kempen boikot berjalan selama 6 bulan secara menyeluruh, pastinya 'matlamat' yang kita bincangkan tadi berjaya, InsyaAllah. Apa yang penting disini adalah sasaran tempoh dan ianya akan menjadi kayu ukur terhadap kejayaan kempen.

Selamat Memboikot




Khusus buat saudara-saudara Islamku di seluruh dunia khusunya di Palestin,
Buat sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini,
Janganlah kita berhenti berdoa buat saudara-saudara kita di Palestin
dan di seluruh dunia yang teraniaya,
Bacalah Doa Qunut Nazilah ini setiap kali solat
Allahuakbar!!! Islam pasti menang.

QUNUT NAZILAH



Ya Allah,
kami letakkan kamu di batang leher musuh kami,
dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka,

Ya Allah,
leburkan kumpulan mereka,
cerai beraikanlah pakatan mereka,
goncanglah pendirian mereka,
hantarkanlah anjing-anjing kamu ke atas mereka,

Wahai Tuhan yang penuh rakaksa,
Wahai Tuhan yang gagah perkasa,
Wahai Tuhan yang bersifat murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab,

kalahkan mereka, menangkan kami ke atas mereka

Wednesday, January 28, 2009

NISA' INDOOR GAMES 2009

Alhamdulillah, dengan semangat kesukanan akhirnya NISA' Indoor Games 2009 Peringkat Negeri Sabah dapat berlangsung dengan jayanya walaupun kami sedar, kamilah negeri yang terakhir melaksanakan NISA' Indoor Games..("_,)Maaf ya Kak Mas..(Hehe).. Sekalung tahniah dan penghargaan buat Nisa' Kawasan Kota Kinabalu yang telah berjaya melaksanakan impian bersama kita ini. Juga setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang turut sama menjayakan program NISA' Indoor Games 2009 kali ini. Semoga usaha kecil kita ini, dapat membuka mata setiap mereka yang punya cita untuk menyebarkan syiar ISLAM di muka bumi SABAH ini.

Seramai 8 kontinjen yang mewakili seluruh pelusuk Sabah berjaya menunjukkan semangat yang begitu jitu dalam setiap permainan yang dipertandingkan. Apapun, tahniah dan syabbas dari kami krew NISA' Sabah dan sampai berjumpa lagi di lain masa.

Permainan Karom yang dipertandingkan

Kak Qamm, lain jak lirikan mata tu.. Perang saraf ya??..

Tahniah adik.. Antara kata yang dilafaz oleh Puan Pengarah kita
yang menyampaikan hadiah buat pemenang Pertandingan Mewarna Kanak-kanak.

Boleh tahan kan adik-adik kita ni mewarna?..

Di sebelah petangnya pula, berlangsung Majlis Perasmian dan Penutupan NISA' Indoor Games 2009 bertempat di Masjid Negeri yang disempurnakan oleh wakil Pengarah Bahagian Sosial, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM Sabah), Ustazah Siti Fatimah.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama. Sampai berjumpa lagi.


Antara pemenang Cabutan Bertuah mewakili Persatuan SAHABAT, Saudara Muallaf kita.


Anak-anak PASTI kita yang turut menyumbang dalam menjayakan NISA' Indoor Games dengan menyampaikan persembahan yang cukup menawan hati yang hadir.

Jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus lumus.. Tahniah..
Kata mereka, NISA' best!! Apa kata anda??..

Wednesday, January 21, 2009

MALAM BERSAMAMU PALESTIN

NISA' INDOOR GAMES 2009

TARIKH : 24 Januari 2009 (SABTU)
TEMPAT : Ruang Letak Kereta Mahkamah Syariah (Wisma Muis) & Madrasah Islamiyah Masjid Negeri, Kota Kinabalu
MASA : 7 pagi- 5.30 petang

Menarik menanti anda!

ACARA: (10.00 AM - 12.00 PM)
Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
(Walk-in / Terbuka)
Kategori A: 4 - 6 tahun
Kategori B: 7 - 9 tahun

Pertandingan Word Power
(Walk-in / Terbuka)
Kategori A: 10 - 12 tahun
Kategori B: 13 - 15 tahun

Penyampaian Hadiah Pertandingan


DEMONSTRASI:
Demonstrasi Seni Pertahanan Diri
(10.00 AM - 12.00 PM)
Taekwan - Do
Seni Silat Gayong

Demonstrasi Masakan
(11.00 AM)
" 30 - Minutes Healthy Cooking "
Oleh: Chef Shangri - La Hotel

Sebarang persoalan, sila hubungi: Ain - 0199893720 / Suhaina - 0138309144

"Jangan ketinggalan raikan bersama
Program seisi keluarga, serumpun masyarakat"

Wednesday, January 14, 2009

Bila jauh di rantau orang....

Bila jauh di rantau orang
Hati ini selalu terkenang
Tempat aku mula mengenal erti perjuangan
Yang tak kenal erti kepenatan

Bila jauh di rantau orang
Hati ini selalu terkenang
Pada sahabat-sahabat seperjuangan
Yang sering memberi tunjuk ajar dan teguran
Atas segala kesilapan

Bila jauh di rantau orang
Hati ini selalu bimbang
Mampukan aku teruskan perjuangan
tanpa sahabat yang aku sayang?

Bila jauh di rantau orang
Harapanku tinggi menjulang
buat semua sahabat yang kutinggalkan
agar terus memberi sokongan...

Buat aku yang jauh di rantau orang
Berdoalah kepada yang Maha Penyayang
Agar terus mendapat pedoman
Yang akan memandu jalan

Wahai diriku yang jauh di rantau orang
engkau tidak bersendirian
dalam membina taqwa dan iman
atas jalan perjuangan
yang pastinya penuh ujian

Ingatlah diriku yang jauh di rantau orang
Beradaptasilah dengan semua orang
Untuk kau timba pengalaman
Kerana guru terbaik adalah pengalaman
dan berada jauh di rantau orang
juga adalah perjuangan..

Berbekallah jika kau di rantau orang
dengan Al-Quran dan As-Sunnah yang nabi tinggalkan
juga dengan akhlaQ dan kasih sayang
untuk mudah engkau tawan
hati-hati INSAN yang jauh dari Tuhan

WALAUPUN JAUH DI RANTAU ORANG
PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN
KERANA KITA MATA RANTAI DALAM BERJUANG
BUKAN PEMULA, PENGAKHIR JUGA BUKAN..
dan berada jauh di rantau orang
juga adalah PERJUANGAN

(Oleh : nisa'BAEK (l_fillah@yahoo.com.my)
11.21am - RAUDHAHpenang-
Peringatan : Hak cipta TAK dipelihara. Boleh cetak kalau berminat.



Friday, January 9, 2009

FW: Ada apa dengan Palestin??

Hari ini sudah masuk 700 orang terbunuh di Palestin, dan yang terbunuh itu adalah, abang kita, adik-adik kita, ibu-ibu kita, dan bapa-bapa kita. Dan mereka itulah saudara kita.

Satu dunia sudah mulai kecoh, kecoh dengan masalah Palestin, mungkin gelombang ‘heboh’ ini sangat berbeza dengan peristiwa-peristiwa penyembelihan yahudi terhadap saudara-saudara kita pada masa yang lalu. Pada tahun 2004 dulu, Israel pernah menyampu satu bandar, menyampu dengan peluru dan letupan. Satu bandar di musnahkan, sehingga mayat terlalu banyak untuk diurus, sehingga satu bandar berbau daging manusia terbakar. Terbakar dan hancur di ledak oleh peluru versi Hellfire keluaran Amerika.

Yang mana, letupan dari peluru Hellfire bersifat meledak dan membakar. Dan yang di ledak dan dibakar hidup-hidup itu adalah ibu-ibu kita!

Dan kini, Israel memanaskan sejatanya secara besar-besaran sekali lagi. Letupan daging dan otak saudara-saudara kita terapung di udara, ada tangan dicelah jendela, ada kaki di celah pintu. Dan semua itu adalah tangan dan kaki ayah dan bapa kita.

Generasi Keliru Muncul

“Kasihan orang Palestin kena bunuh, kenapalah Yahudi Dan Hamas tak fikir soal orang awam!”

“Ini silap Hamas, serang Israel dengan roket, that why Israel balas dengan keras! Dan ini sebab Hamas yang gopoh dan tidak teratur!”

“Isu ini takkan habis selagi pihak palestin dan Israel sama-sama berdegil, malas aku nak cerita pasal Palestine ni”.

“Hamas tu kumpulan militan semberono yang tak fikir orang awam!”

Di atas antara himpunan dialog yang saya kumpul sepanjang tempoh penyembelihan umat Islam di Ghaza dimulakan oleh Israel. Saya keliru dengan kacaunya minda muslim kini, jika dialog ini dari mereka yang beragama Hindu dan Sikh, maka senang untuk saya ubat hati ini. Tetapi malangnya ia dialog dari saudara kita seagama, yang masih sihat dan mungkin tidak teringin untuk di ledak dengan bom C4 oleh Israel sehingga mana usus-ususnya bertaburan di jalan raya, atau pun berkecai seperti mayat Altantulya Sharibu.

Dan ini satu tragedi parah kerana ini dialog dari Mahasiswa yang kononnya akan di bawa terbang ke arah minda Melayu Glokal seperti katanya Dato’ Najib.

Sangat Kacau
“Ramai yang simpati atas dasar kemanusiaan tetapi tidak ramai yang simpati atas dasar Islam yang sedang di lumat-lumat oleh Yahudi Laknat!”

Itu kata-kata sahabat saya di Sabah, sahabat ini saya hanya kenali dari YM sahaja, tetapi semangatnya untuk Islam dan Palestin sentiasa kuat. Semangatnya membuat saya jua terasa bahangnya. Topik usrah sering jadi perbincangannya, dan saya bangga berkenalan dengannya walau ia asing dari kenalan tetapi tegar dalam jemaah gerakan Islam walaupun ia bukan dari jemaah Pas. Alangkah baik jika yang sudah lama hijau pun seperti ini. Dan alangkah baik mereka seperti ini berada dalam gerakan haraki yang syumul.

As Syeikh Ustaz Said Hawa, pernah merumuskan, bahawa sebenarnya penyakit-penyakit umat Islam dapat di rumuskan dalam 5 sudut.

1. Sudut pengetahuan
2. Sudut pendidikan dan akhlaq
3. Sudut perencanaan
4. Sudut tanzim dan penyusunan
5. Sudut pelaksanaan

Fikrah dan teori pengetahuan tentang Islam semakin kritikal dan menipis manakala umat Islam pula semakin lemah dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akhlak Islamnya yang mulia. Pemikiran, prinsip, dan perancangan hampir pupus bila berhadapan dengan suasana persekitaran baru dan tuntutan baru.

Gaza itu Jasad Dan Hamas Itu Rohnya

Isu Palestin jangan di pisah dari nama Hamas. Kenapa begitu? Menyembunyikan kisah Hamas ibarat anda menyembunyikan kebenaran Islam itu sendiri. Menyembunyikan Hamas menandakan sifat ego anda lebih tinggi dari menerima kebenaran gerakan haraki islami masa kini.

Hamas layak digelar roh umat Ghaza, bukan kerana ia sebuah kumpulan yang berani membela bangsa dan tanah airnya semata, bukan kerana ia berani membela janda-janda yang kematian suami dan anak-anak, bukan kerana mereka berani menentang penjajahan Israel di tanah air mereka, bukan juga kerana butir-butir bata masjid Al-Aqsa, tetapi kerana Hamas meletakkan Islam sebagai matlamat perjuangan teratas. Dan matlamat ini membezakan mereka dari Fatah, kerajaan Mesir, kerajaan Jordan serta Umno dan mana-mana parti sekular di Malaysia.

Dan kerana matlamat gerakan haraki Islami Hamas ini juga membuatkan ia kembar bersaudara kepada Ikhwan Muslimin Di Mesir, Parti Islam se-Malaysia (PAS) di Malaysia,dan Partai Keadilan Sejahtera (PKR) di Indonesia serta banyak lagi gerakan haraki islami di berbagai-bagai belahan dunia.


Dan kerana Islam itu terlalu tinggi diletak oleh kembar-kembar bersaudara ini membuatkan mereka menghadapi tentangan dan ancaman oleh musuh-musuh Allah. Yahudi dan Amerika bukan gentar dan kecut perut kerana mereka ini mampu mengangkat senjata dan melawan mereka, tetapi kerana Islam yang digalas oleh mereka itu. Di Colombia, di sebuah negara Amerika Latin terdapat berbilang-bilang kumpulan pemberontak militan bersenjata yang hidup bermatlamatkan Dadah dan Kekayaan Dunia, dan mereka ini tidak pernah di anggap dianggap ancaman besar bagi musuh-musuh Allah. Bahkan mereka juga lah yang membekalkan pelbagai senjata perang kepada militan-militan ini. Tetapi apabila umat Islam meletakkan Islam sebagai senjata, maka mereka dan konco-konconya akan sentiasa berpeluh-peluh memikirkan usaha menghapuskan.

Perkara yang sama juga berlaku di Filipina, sedangkan di Filipina mempunyai Pemberontak Komunis bersenjata, tetapi yang dibantai dan disembelih oleh kerajaan kufar Filipina dan dibantu oleh tentera Amerika yang berpangkalan di Luzon ialah pejuang Islam MORO di kepulauan Mindanao. Dan ini lah saya maksudkan stereotaip ancaman dan taktik kotor musuh-musuh Allah di berbagai-bagai belahan dunia. Di Malaysia dengan caranya tersendiri, mungkin tidak dengan senjata tetapi dengan cara ancaman penjara seperti ISA, penipuan dalam kehakiman dan akta-akta sekatan. Ini adalah isu ummah yang boleh menjadi isu politik jika di bicara di arena politik dan boleh menjadi isu Jihad jika di bicara di medan tempur dan boleh menjadi isu kemanusiaan jika ia di bicara oleh manusia-manusia.


B
oleh saya istilahkan di sini, di mana sahaja umat Islam berada di dunia ini, pasti ada musuh-musuh yang mengintai, bukan sahaja syaitan yang kabur dari pandangan tetapi juga syaitan bertopengkan manusia. Umat Islam boleh hidup tanpa di musuhi oleh mereka dengan cara menjadi hamba dan pencacai najis kepada mereka, ataupun berfesyenkan akidah sesat mereka pun sudah mencukupi.

120. orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada mu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepada mu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (surah Al-Baqarah Ayat 120)


Bagaimana Melahirkan Salahudin Yang Kedua

Seorang ahli Sejarah British, Lane-poole pernah menyebut tentang Salahudin Al-Ayubi “Selepas berpindah ke Mesir, Salahudin mula menyusun hidupnya dengan lebih ketat. Beliau bertambah warak dan zuhud. Beliau berpaling daripada hidup bersenang-senang kepada hidup yang serba sederhana, serta menjadikan dirinya sebagai teladan kepada tentera-tenteranya. Sejak itu beliau mula menumpukan segala usaha dan tenaganya kepada satu tujuan yang besar iaitu membina empayar Muslim yang cukup kuat bagi menghalau keluar kaum Kristian dari Baitul Maqdis.”

Itulah sedikit gambaran yang tentang Salahudin jika kita semua mahu menuruti kembali kebangkitan yang pernah beliau cetus. Bagaimana kita sekarang? Terutama pada mereka yang sudah berpindah ke Mesir sebagai pelajar? Adakah semakin menghampiri perwatakan Salahudin atau masih lagi ingin mengekalkan status generasi keliru yang beku itu.

Akhir Kalam.

Doakan mujahidin kita Di Gaza, doakan kemenangan dan ketabahan ke atas mereka dalam berhadapan Israel dan konco-konconya yang jauh lebih zalim dari anjing-anjing liar ini. Dan doakan kejayaan Ikhwan Muslim di Mesir dalam menentang Husni Mubarak dan konco-konconya yang terus khianat pada umat Islam. Doakan juga saudara-saudara kita di Iraq yang terus dibunuh terutama saudara-saudara sunni kita yang dibunuh oleh puak-puak Syiah yang telah dibeli oleh Amerika untuk mencetuskan provokasi antara ummah. Dan jangan lupa tanah air kita, doakan kemenangan pada Parti Islam se-Malaysia yang akan bertanding di Kerusi Parlimen Kuala Terengganu, serta kemenangan pihak Pakatan Rakyat dalam membahaskan usul Palestin di Parlimen pada hari Isnin ini. Semoga negara kita dibebaskan dari belenggu penghambaan kepada musuh-musuh Allah.


Berkata Salahudin Al-Ayubi :
“Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia.”


Wslm

Hijau Yang Damai
(dipetik dari: http://hijaudamai.blogspot.com/)

-semoga minda kita terus terbuka untuk melihat, mentafsir dan akhirnya bertindak-
-Salam Intifadhah-

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-