Masa

Monday, July 25, 2011

Santai Anak Muda Bersama Bob Lokman

Salam Nisa' SeMalaysia


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Nisa' SeMalaysia. Serasanya sudah terlalu lama tidak mengutus khabar, mengirim berita. Namun kami yakin, seluruh ahli dan jentera Nisa' walau di mana berada sentiasa dalam keadaan ceria, bijak, anggun dan solehah. Sudah pasti jiwa-jiwa yang rindu kepada Illahi ini sentiasa terpaut antara satu sama lain. Jauh di mata dekat di hati. Semoga sedikit coretan yang bakal dikongsi akan mengubat kerinduan sahabat-sahabat yang kami cintai kerana Allah.

24 Julai 2011, bertempat di Teluk Likas, disaksikan puluhan malah ratusan pengunjung hujung minggu Teluk Likas, berlangsung Ramah Mesra Bersama Nisa' Kawasan-kawasan Pantai Barat . Mempertemukan Nisa' Negeri Sabah sesi yang baru bersama dengan 4 Nisa' kawasan-kawasan Pantai Barat yang amat bersemangat dan berjiwa kental ^_*. Tahniah diucapkan kepada kepimpinan Nisa' Kawasan Sepanggar, Tuaran, dan Putatan yang baru. Tahniah juga diucapkan kepada Nisa Kawasan Labuan atas kehadiran dan 'sharing moment' yang dikongsikan.

Pertemuan ringkas ini telah memberikan pengalaman bermakna yang sudah pastinya bakal memberikan impak maksima kepada gerak kerja dakwah di bumi Sabah amnya dan kawasan-kawasan di Pantai Barat khususnya. InsyaAllah.

Apa yang pasti, Pantai Teluk Likas telah menjadi saksi bagaimana sejumlah kecil jiwa anak-anak muda ini mewakili seluruh anak muda di Sabah inginkan ke'selamat'an bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat sana. Jumlah yang kecil bukanlah pelemah semangat dalam usaha dakwah ini. Bahkan amat diyakini bahawa usaha yang benar pasti akan mendapat tentangan dan cabaran yang besar baik dari diri sendiri, malah keluarga apatah lagi musuh dan lawan.

Santai Pemuda Bersama Bob Lokman

Pertemuan Nisa' Sabah bersama kawasan-kawasan Pantai Barat turut terisi dengan penganjuran "Santai Pemuda Bersama Bob Lokman". Siapa tak kenal?? Bob Lokman yang dulu dikenali sebagai artis, Raja Lawak kini mula mengalihkan perhatian kepada kerja-kerja dakwah ke seluruh Malaysia. Menarik anak-anak muda supaya turut bersama memilih gaya hidup Islam yang sebenar. Bebas daripada serangan-serangan ideologi yang amat mencengkam mutakhir ini.

Memahat memori Bersama Bob Lokman

Kami juga amat bertuah apabila turut diberi kesempatan bergambar bersama Saudara Bob Lokman & Ketua Pemuda, Saudara Lahirul Latigu. Beliau yang kami rasakan layak diberikan "Ikon Anak Muda". Berani Untuk Berubah. Motivasi yang beliau kongsikan pasti akan kami jadikan bekalan untuk perjalanan yang panjang ini.

Amanat kepada anak muda yang turut sama hadir. Jalan yang dipilih ini bukanlah satu jalan yang mudah. Penuhkan ilmu dan pengalaman di dada sebagai bekalan untuk generasi akan datang.



Lensa Lain yang Menarik Sekitar Teluk Likas



Nyum.. Nyum.. Hidangan Pagi.. Santai Pemuda Bersama Bob Lokman


Indah Pantai Teluk Likas, jelas menunjukkan Maha Indahnya Sang Pencipta.. Allahu Akbar

Berakhir dengan singgah solat di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Ya Allah..
Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumiMu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahMu

Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat dan mendokong SyariatMu

Maka Ya Allah
Eratkanlah ikatan hati - hati ini

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah jalanMu yang sebenar
Penuhkanlah piala hati-hati ini dengan cahayaRabbaniMu yang sebenar

Hidup suburkanlah dengan makrifatMu
Jika Engkau mentakdirkan kami mati
Matikanlah sebagai Syuhada’
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia…

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-