Masa

Tuesday, July 12, 2011

kualiti bukan kuantiti

Jika kita mengkaji dengan sebaik mungkin mengenai sirah Rasulullah S.A.W, kita akan mendapat iktibar yang boleh dijadikan sebagai panduan kehidupan kita. Contohnya dalam peperangan Badar, perang pertama dalam Islam, bilangan tentera Islam yang menentang golongan kufar sangat sedikit namun, memperoleh kemenangan. Baiah aqabah yang pertama berlaku, hanya melibatkan beberapa orang sahaja namun masih mampu untuk menanggung beban dakwah sehingga membolehkan dakwah islamiah berkembang.

Dalam islam. kuantiti bukanlah faktor utama yang menentukan kejayaan atas sesuatu. Islam mementingkan kualiti yang ada. Fathi Yakan dalam buku 'Apa ertinya saya menganut Islam' menyatakan bahawa sememangnya gerakan Islam memerlukan ahli yang ramai namun itu saja tidak cukup kerana kualiti adalah lebih penting dari kuantiti. Boleh jadi dakwah mengorbankan tenaga yang banyak untuk mendapatkan sesorang. Boleh jadi juga individu itu merupakan satu umat atau boleh jadi beliau akan menjadi beban yang tidak membawa faedah malah boleh membawa bahaya. Orang-orang seperti ini lebih baik tidak diambil kira.

Bilangan yang banyak bukanlah keutamaan tetapi apa yang lebih penting ialah orang-orang yang mengenal Allah, tetap pendirian dan berserah memperjuangkan kebenaran. Kesedaran dan tarbiah yang hebat perlu ditekankan agar individu-individu yang berada dalam gerakan Islam akan muncul menjadi individu yang tetap pendirian dan sanggup untuk bekerja demi Islam walau di mana berada.

Kekurangan yang kita perhatikan pada hari ini ialah kurangnya tarbiah untuk ahli gerakan Islam.Entah di mana silapnya sehinggakan ada ahli gerakan yang 'lari-lari', ada ahli yang hanya aktif bergerak di kampus tetapi ''mendiamkan diri' apabila pulang ke kawasan. Sayang rasanya jika jiwa-jiwa Islam ini tidak digunakan semaksima mungkin untuk mendaulatkan Islam. Jika kesedaran Islam sudah ada kenapa tidak diteruskan saja perjuangan itu?Atau mungkin merasakan bahawa perjuangan di alam kampus sudah cukup? Tanpa sedar bahawa masyarakat di luar sana masih tercari-cari erti Islam yang sebenar. Jika bukan kita yang bergerak, siapa lagi yang kita mampu harapkan?Atau sememangnya kita ini jenis yang hanya mahu melihat dari jauh keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-jadi?

Teringat pula kata-kata seorang pensyarah yang saya kagumi-jadilah seperti sungai yang mengalir yang mampu untuk memberikan kehidupan kepada manusia dan seluruh alam. Kebanyakan tamadun manusia bermula di kawasan pesisir sungai...jadilah seperti sungai yang mengaliryang akan tetap mengalir wlaupun batu besar menjadi menghalang...

Jadilah seorang daie yang berkualiti. Yang mampu untuk menjadi pencetus kepada sesuatu. Yang mampu untuk mengharungi liku-liku kehidupan..selamat mentarbiah diri..

Jadilah seperti seorang Umar yang adil dalam pemerintahan. Jadilah seperti Mus'ab yang diyakini oleh Rasulullah untuk menjadi duta Islam ke Yathrib. Jadilah seperti Salman al-farisi yang membantu kepada kejayaan Islam di dalam peperangan khandak... Selamat menjadi seseorang yang mampu untuk memberikan yang terbaik untuk Islam...

semoga ada manfaatnya untuk semua

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-