Masa

Saturday, December 26, 2009

Jelajah Nisa' Ke Indarason Darat



Alhamdulillah pada 20 disember 2009, krew nisa' kudat turut sama dalam menjayakan program bicara ilmu bersama remaja di kg. indarason darat.

Antara aktiviti yang di jalankan..........














sebelum balik...sempat lagi ....tengok pantai...






...moga jumpa lagi...insyaAllah
Catatan: NISA' Kawasan Kudat

Tuesday, December 8, 2009

Tahniah Ukhtie Pengerusi NISA Kota Kinabalu

Kami, saff kepimpinan
NISA Negeri Sabah
mengucapkan
TAHNIAH
buat

Ukhtie Suhaina Hassan
Pengerusi NISA Kawasan Kota Kinabalu


atas kelahiran bayi kedua, putera sulungnya pada 7hb Disember 2009
Semoga dengan kelahiran putera sulung menambah ceria
seisi keluarga & seisi Kota Kinabalu..

~Salam Sayang dari NISA Negeri Sabah~

TERKINI: NISA' (KAWASAN TAWAU) REVIEW 2009

Semua ahli & BAKAL ahli NISA' Kawasan Tawau di jemput hadir..
Datang, jangan tak datang..

Monday, December 7, 2009

Explore D-Qalbu NISA Kudat

Alhamdulillah, pada 1 November 2009 yang lepas, Nisa' Kawasan Kudat berjaya menganjurkan Nisa' Explore D-Qalbu di Dataran Esplanade Sidek, Kudat.

Aktiviti yang berbentuk outdoor tetapi santai ini bertujuan untuk meneroka hati secara bersahaja namun tetap mempunyai mesej yang tersendiri untuk disampaikan kepada peserta program tersebut.

Seramai 31 orang peserta yang terlibat dengan Explore D-Qalbu ini...Insya-Allah, program ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan...

Nantikan NISA' Games pada tahun hadapan...

16 Januari 2009, di Pusat sukan Kudat...

NISA' Games pula merupakan program yang bakal membuka lembaran 2010 nanti!!! Nantikan kemunculan kami yaa...!!! Jumpa di Kudat...Salam..












sumber: NISA' Kawasan Kudat

NISA Indoor Games Kota Belud

30/11/09 (Isnin)

Nisa’ Indoor Games NISA’KB telah dijalankan selepas qiamullail bulanan pelajar dengan dimulakan dengan permainan sodaku. Permainan ini akan disambung bulan hadapan selepas qiamullail dengan permainan lain seperti jawab silang kata dan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang. Oleh itu, datanglah beramai-ramai ke qiam bulan hadapan!

sumber: NISA Kota Belud

Friday, December 4, 2009

Dakwah Rasulullah ke Taif

SELEPAS penduduk Mekah menentang Rasulullah, baginda mula risau terhadap keselamatan para pengikutnya. Baginda berusaha mencari tempat baru di luar kota Mekah.

Selepas berbincang, baginda pun memilih Taif yang terletak kira-kira 135 kilometer (km) ke arah Tenggara Mekah.

Baginda berharap para pembesar daripada Bani Thaqif akan menerima baginda dengan baik. Bani Thaqif mempunyai hubungan dengan Bani Hashim, iaitu keturunan baginda. Baginda bertolak ke Taif dengan pembantunya, Zaid bin Harithah. Perjalanan itu mengambil masa selama 10 hari.

Apabila sampai di Taif, mereka sangat kagum dengan keindahan daerah itu. Tanaman hidup subur dan binatang ternakan sangat sihat.

Rasulullah dan Zaid pergi menemui para pembesar daerah itu. Apabila baginda memberitahu niat baginda datang ke Taif, para pembesar segera menghalau mereka.

"Pergi kau dari sini. Kami tidak menyediakan tempat untuk orang seperti kau," halau para pembesar. Baginda juga dihina dan dicerca.

Rasulullah menerima cacian tersebut dengan tenang. Baginda tidak menaruh dendam kepada mereka. Para pembesar telah melakukan bermacam-macam perkara untuk menentang Rasullullah daripada berdakwah. Baginda tidak menghiraukan ugutan mereka. Baginda terus menyeru penduduk Taif agar memeluk agama Islam.

Apabila gagal mengusir Rasulullah, mereka menyuruh semua penduduk Taif mengejek dan menghina baginda. Ramai penduduk Taif akur. Apabila Rasulullah dan Zaid lalu di hadapan mereka, mereka akan mengejek baginda.

Namun baginda hanya tersenyum. Ada juga yang kagum dengan kesabaran baginda. Namun bilangan mereka itu kecil sahaja. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Penduduk Taif mencapai kayu dan batu lalu membaling ke arah Rasulullah dan Zaid. "Berlindunglah di belakang saya, Rasulullah," kata Zaid.

Zaid melindungi Rasulullah. Apabila ada kayu atau batu dibaling ke arah mereka, Zaid akan segera menepis.

Beliau mengalami luka parah akibat terkena batu dan kayu yang dibaling itu. Zaid tidak menghiraukan kesakitannya. Kasih sayangnya terhadap Rasulullah melebihi segala-galanya. Rasulullah hanya mengalami cedera ringan sahaja.

Rasulullah dan Zaid berjalan keluar dari Kota Taif dalam keadaan cedera dan keletihan. Baginda kesal dengan sikap penduduk Taif. Selama sepuluh hari baginda berdakwah dan mengajak mereka menyembah Allah, mereka masih enggan.

"Ya Allah, kepada-Mu aku mengadu. Aku hanyalah hamba-Mu yang lemah. Aku mengaku penghinaan manusia terhadapku," doa baginda sewaktu dalam perjalanan.

Malaikat Jibrail mendengar doa itu. Lalu meminta kebenaran untuk menurunkan bala ke atas penduduk Taif. Baginda tidak membenarkannya.

Baginda berdoa kepada Allah supaya memberikan rahmat dan hidayah kepada orang-orang yang telah menghina dan mencaci baginda.

Begitulah mulianya hati Nabi Muhammad SAW. Walaupun dihina, dikeji, malah dicederakan, baginda tetap mendoakan agar orang yang menganiayai baginda memperoleh kebaikan.

Petikan daripada buku 366 Kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-