Masa

Thursday, November 20, 2008

Manajement Qalbu @ Kalumpang Resort 19-21 Ramadhan

Sedari Program Wake Up Muslimah, 15hb yang lalu, Kak Suraya antara peserta yang hadir, turut berkongsi Pengisian Manajement Qalbu anjuran Nisa' Malaysia.. Tertarik untuk mengikuti kisahnya dengan lebih lanjut, namun masa yang cukup terhad terpaksa membuatkan aku dan sahabat yang lain memendamkan hasrat ini.


Alhamdulillah, aku masih punya rezeki untuk mengintai sedikit Pengisian Manajement Qalbu. Meneroka alam maya berita sahabat-sahabat Nisa' yang lain, tidak menghampakan pencarianku.. Mari kita sama-sama ikuti jurnal sahabat Nisa' Kelantan kita..



Manajement Qalbu - Jurnal Perjalanan 1

“Seorang pergi, balik cerita, rasa macam tak percaya.”

”Seorang lagi pergi, balik cerita, rasa macam tak percaya.”

”Dan bila balik, memang betul-betul tak percaya.”

Bila saya baca email ini di dalam yahoogroups Nisa’ Team, saya teruja untuk hadir ke program ini. Setelah bermesyuarat di Villa Nisa’, apabila sampai sahaja ke rumah, terus saya beritahu kepada suami, ”Abe, konform dah saya pergi Manajement Qalbu.” Suami saya terus mengangguk. ”Pergilah. Tapi di mana?” Saya menjawab, ”Kalumpang Resort, Tanjung Malim”.

Saya memulakan perjalanan pada petang Khamis 18 September. Tidak mengapa saya tidak pernah memandu sendirian sejauh itu, tapi hari ini saya nekad melakukannya. La takhaf wa la tahzan, innallaha ma’ana.. Dari UMT, singgah di rumah di Batu Rakit, terus menghala ke tempat berkumpul, UPWBS Kota Bharu, Kelantan. Alhamdulillah. Allah memudahkan segalanya dan saya sampai dalam keadaan selamat.


Manajement Qalbu- Jurnal Perjalanan 2

6.00 petang- Sudah ramai sahabat yang datang, dan sebenarnya jumlah yang ramai ini adalah paling ramai berbanding Nisa daripada negeri-negeri lain. Tapi janganlah takjub dengan bilangan kita yang ramai. It’s not about the numbers. It’s quality, begitu kata Pak Mulyadi..

Manajement Qalbu adalah hadiah dari Nisa’ Malaysia. Sebagaimana tahun lepas, berlangsungnya pertemuan pada hari Badar Kubra di The Zon KLCC, pada tahun ini pula, kami dihadiahkan dengan suatu program besar, iaitu Manajement Qalbu. Dengan menjemput 3 orang trainer dari Daarut Tauhid, Bandung Indonesia, semua ahli Nisa’ tidak terkecuali menjadi peserta.

Kami datang ke sini lantaran suatu amanah yang mesti dilaksanakan bersama-sama. Amanah sebesar ini tidak akan terkendong di bahu seorang insan yang sifatnya serba lemah dan kekurangan. Lantas kami harus bersama-sama belajar mengenali hati supaya kami lebih berhati-hati dalam menjaga hati. Menyucikan hati agar ukhuwwah yang terbina ini tidak akan dicalari oleh kecuaian. Lalu terkelar dan terlukalah kesetiaan, lantas mengundang musibah di luar duga. Ya.... kami ingin. Qalbun Salim... Hati ini harus bersih. Hati yang mengangkat Islam dan menyebarkan agama Allah ini harus bersih tanpa karat-karat dosa.


Manajement Qalbu – Jurnal Perjalanan 3

Sukar untuk saya menulis satu persatu tentang banyaknya rantaian hikmah yang terhimpun di dalam Pelatihan Manajement Qalbu ini. Lebih sukar untuk saya mentafsirkan apakah yang dirasakan oleh sahabat-sahabat saya di sini. Namun, dari riak wajah yang mengorakkan senyuman puas, sudah cukup meyakinkankan saya, bahawa mereka ’bahagia’. Sudah terungkai simpulan-simpulan kusut yang menyesakkan dada. Pertemuan besar seluruh keluarga Nisa’ dari seluruh negeri sedari Perlis hingga ke Sabah ini menyemarakkan rasa syukur, bahawa di sana adanya sahabat-sahabat yang senantiasa setia menemani kami dengan hati nan penuh terbuka. Hati yang bersih. Hati yang tiada unsur dusta, dengki apatahlagi khianat. Kerana kami adalah satu. Kami bukan Nisa’ Kelantan. Kami bukan Nisa’ Malaysia. Kami bukan Nisa’ Wilayah Persekutuan. Kami adalah Nisa’. Ya, kami adalah Nisa’. Dan Nisa’ adalah kami. Kami turut merasakan sakit yang sama jika salah seorang daripada kami disakiti.


Manajement Qalbu - Jurnal Perjalanan 4

Angkat tangan ke kanan, letak di atas bahu kawan. Tepuk..

Cik, Cik, Cik,

Puan, Puan, Puan,

Jangan tidur ya!


Angkat tangan ke kiri, letak di atas bahu kawan. Tepuk.

Cik, Cik, Cik,

Puan, Puan, Puan,

Hari ini saya akan berusaha dan berjaya lagi!

Kamu saksinya...

Selamat... selamat...

Luarbiasa... memang MQ luarbiasa!! Soal hati adalah satu perkara yang berat untuk dibicarakan dan biasanya melibatkan pembentangan yang berat-berat. Tetapi, MQ ini berbeza sekali. Sebuah pemahaman yang tinggi tetapi dibawa dalam wacana yang ringkas dan menyeronokkan. Cukup memberi kesan. Mereka mendatangkan hikmah-hikmah Islam yang tidak terkutipkan. Kami menangis, kami terkedu, kami terpesona... kerana Islam ini sungguh indah untuk dikecapi! Tahniah Daarut Tauhid. Tahniah Pak Ustaz Mulyadi, Ustaz Nasir dan anda semua.


Manajement Qalbu – Jurnal perjalanan 5

Sayang sekali, esok sudah hari terakhir. Di biru langit Kalumpang Resort ini kami bersama-sama mengunyah mutiara-mutiara hikmah yang ditabur. Apa gunanya menghabiskan waktu sehingga 3 hari 2 malam kalau bukan ilmu mereka menjadi milik kami. Kami bubarkan saja keresahan dan rindu dendam terhadap keluarga di rumah dan kami serahkan mereka kepada Allah. Allahlah yang menjaga mereka. Biarkan kami meraut keindahan-keindahan Islam dan kemanisan bersahabat di sini dengan tenang, agar kami kuat di medan juang. Kami pendam igauan bersama keluarga untuk terus bertahan di sini kerana itu adalah bekalan kepada tugas kami yang tidak pernah ada kompromi.

Di malam terakhir, kami dihadiahi lagi. Hadiah yang cukup besar dan paling bermakna. Tiada yang lebih besar dari mengingati kematian. Saat mati itu adalah saat yang paling pedih. Saat ditinggalkan ataupun kita sendiri yang meninggalkan, mengheret segala amalan baik dan buruk semasa roh bersatu dengan jasad. Bila kami membuka mata, sudah ada sebuah batu nisan yang tercatit nama kami, sekeping borang wasiat dan sehelai kain kafan. Hancur luluh hati ini mengingatkan dosa-dosa kelam yang menari-nari di tubir mata. Terigatkan ibu ayah, suami dan keluarga. Sempatkah berbakti kepada mereka? Sempatkah saya memohon ampun dari mereka? Saya mengambil kain kafan saya dan menciumnya. Air mata luruh lagi. Saya ingin membuang segala kesedihan saya terhadap dunia kerana saya harus bersiap untuk menghadapi kesedihan di akhirat sana. Kemudian, apabila lampu dipasang, kami bersalam-salaman. Salam dari air keinsafan, penyesalan dan salam ikhlas kasih sayang terhadap sahabat-sahabat perjuangan.

Saya nanar seketika. Kemudian, saya maju selangkah mencari wajah-wajah mereka yang sentiasa mekar. Saya melihat Adyani dan Kak Ti yang sedang menggenggam erat dalam tangis mendalam. Saya memeluk mereka. Saya lebih sedih sebenarnya kerana saya selalu cuai dengan amanah saya. Dan saya lebih sebak lagi kerana selepas ini, saya mungkin akan meninggalkan Nisa’ Kelantan. Rumah saya di Terengganu. Saya perlu bersiap untuk menyertai Nisa’ Terengganu, tetapi janganlah antunna membuang saya. Jangan luputkan saya dari kenangan antunna ye.. kerana hati saya ini masih tertinggal di Kota Bharu.. itu sebenarnya. Luarbiasa....

sumber: http://mynisa.multiply.com/journal/item/668

Wednesday, November 19, 2008

MARI SHARE ILMU

Dr.Fadhilah Kamsah menulis ……..

Assalammualaikum. ......

Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen (sisa-sisa) nasik yang dia makan... dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan.... either belen makanan mak atau abah... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain... samada kami perasan atau tidak... so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ... arwah tok perempuan kami lah sebelah abah... mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak... dan saya sendiri akui kesannya.... makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu.. jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok... jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya.. dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik... dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly....
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,

SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA

Satu Panduan Untuk Temuduga Yang Berjaya

Temuduga yang berjaya adalah perlu agar anda mampu melayakkan diri untuk ditawarkan.

Sebagai kesimpulan, senaraikan kekunci kepada temuduga positif. Berikut ialah senaraisemak mengandungi beberapa panduan menghadapi temuduga:



1. Kumpulkan maklumat mengenai organisasi dan jawatan yang dipohon. Mengetahui sebanyak yang boleh mengenai syarikat boleh membuatkan temuduga anda lebih interaktif dan boleh jadi apa yang betul-betul anda perlu untuk berjaya dalam pasaran pekerjaan yang berdaya saing.

2. Mengumpul maklumat mengenai majikan merupakan elemen penting sebagai persediaan untuk temuduga yang berjaya. Jangan takut untuk memohon penerangan terperinci mengenai jawatan yang anda akan ditemuduga.

3. Kemudian, berlatih menjawab soalan-soalan biasa bagi temuduga agar bersedia dan selesa semasa temuduga sebenar. Juga, pastikan anda tahu arah tuju anda dan berikan diri anda masa yang banyak agar anda boleh tiba awal.

4. Tiba lebih kurang 15 minit lebih awal. . Plan on what you are going to wear ahead of time.

5. Berpakaian kemas dan hias diri sebaiknya.

6. Lengkapkan borang permohonan dan lain-lain borang yang diberikan.

7. Perkenalkan diri dengan suara yang jelas.

8. Adakan perhubungan mata dan bahasa badan sewaktu berhadapan dengan penemuduga.

9. Ramai majikan masa kini lebih mengutamakan temuduga berasaskan tingkah laku sebagai kaedah menyaring calon. Cubalah ketahui pendekatan kaedah ini.

10. Biarkan penemuduga mengatur soalan. Dengar dengan teliti.

11. Tunjukkan minat dan keyakinan setiap masa.

12. Berkelakuan formal dan tenang.

13. Berikan sebab-sebab yang logik kepada setiap tindak tanduk yang anda buat.

14. Bersedialah untuk bertanya soalan kepada penemuduga, jika disuruh. Tetapi, awas… Hadkan soalan untuk anda menunjukkan anda mempunyai pengetahuan tentang industrinya.

15. Bercakap benar dan jangan terlalu membesar-besarkan kemampuan anda jika tidak boleh menyokongnya.

16. Berikan gambaran bahawa anda bekerja untuk meningkatkan tahap pencapaian anda sendiri.

17. Berikan keyakinan bahawa anda menerima semua masalah dan kesulitan sebagai satu cabaran.

18. Tunjukkan kepada penemuduga bahawa anda boleh menyesuaikan diri dengan pekerjaan yang dipohon.

19. Jawab dengan sebaik-baiknya. Dengar dengan teliti dan perhatikan bahasa badan untuk mengetahui sama ada penemuduga hendakkan jawapan yang panjang atau sebaliknya.

20. Perlihatkan kecerdasan pemikiran yang mendalam dalam perbualan dengan penemuduga.

21. Yakinkan bahawa anda dapat menyesuaikan diri dengan objektif dan matlamat syarikatnya – gunakan kebolehan berfikir dan menjawab dengan secara terancang tetapi spontan.

22. Sediakan jawapan untuk soalan – “Bagaimanakah anda boleh memberi sumbangan kepada syarikat ini…”

23. Dan… anda juga bolehlah menyediakan jawapan untuk – “Apakah yang anda rancang atau matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang…” (Kalaulah disoal, alangkah baiknya… kerana telah bersedia!)

24. Practice Makes Perfect (atau sekurang-kurang menambaik). Cuba aturkan satu temuduga olok-olok, atau berlatih dengan seorang rakan dan rakam jawapan-jawapan anda agar boleh dimainkan semula rakaman untuk mengetahui sebaik mana prestasi anda. Sediakan jawapan kepada soalan-soalan lazim temuduga. Dengan cara ini, akan membantu anda menganalisis latarbelakang dan kelayakan anda bagi jawatan berkenaan.

25. Akhir sekali, cuba relaks!



Kita berusaha semampu mungkin.. pas tu kita berdoa k..

GOOD LUCK!!

RAHSIA HURUF PERTAMA NAMA ANDA

Ilmu ada bermacam-macam. Namun kebiasaannya sesuatu ilmu itu hanya difahami dengan mendalam oleh yang diberiNya ilmu dalam sesuatu bidang itu. Ada ilmu yang boleh dibuktikan secara saintifik, ada pula yang tidak mungkin dapat dibuktikan secara saintifik, atau belum ditemui caranya bagi membuktikannya secara saintifik. Di ruangan ini saya ingin kongsikan bersama anda mengenai rahsia-rahsia yang berada pada huruf di pangkal nama anda. Catatan yang ada dalam artikel ini bukan untuk dipercayai 100%. Ia hanyalah sebagai bahan untuk menambah pengetahuan kita dan kajian selanjutnya:


A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
********

Lensa Program Wake Up Muslimah

Tinta NISA' Sabah

Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Esa, Program Wake Up Muslimah dapat berjalan dengan jayanya. Seramai 44 orang peserta seluruh Sabah berjaya menghadirkan diri dalam program kali ini.

Buat pertama kalinya, Nisa' Negeri Sabah merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan, sokongan dan bantuan daripada semua yang terlibat atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan. Setinggi-tinggi penghargaan jugak buat kakak2 Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau yang sudi memberikan SPONSER makanan sepanjang program berlangsung. Semoga usaha kita yang kecil ini memberikan impak yang besar kepada medan dakwah di bumi Sabah ini khususnya dan Malaysia amnya.

Dari sudut kacamata sebagai seorang ajk merangkap peserta, melalui 4 SHARING SESSION yang diadakan, program ini berjaya mengupas dan membincangkan dengan lebih mendalam bentuk pendekatan usrah untuk remaja yang lebih menarik dan kontemporari sesuai dengan jiwa remaja hari ini. Ia turut diakui oleh peserta yang lain dan ini dibuktikan dengan beberapa tindakan susulan yang akan di ambil oleh Nisa' Kawasan sebaik kembali ke kawasan masing-masing.

Apa yang diharapkan oleh penganjur, semoga dengan adanya pengisian seperti ini, akan menganjakkan lagi usaha dakwah di kalangan masyarakat Sabah khususnya. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap peserta memberikan keyakinan yang mendalam dalam setiap hati-hati yang berada di situ pada ketika itu, bahawa MASYARAKAT SABAH mempunyai potensi yang cukup besar untuk berubah dan menerima ISLAM sebagai cara hidup secara menyeluruh.


Lensa NISA' Sabah

Sharing Session 1: Permasalahan Usrah Remaja Muslimat - SWOT


Pembentangan wakil Nisa' Kota Belud dalam sesi slot yang pertama


Sharring Session 2: Teen Circle Centre Management


Sharing Session 3: Presentation In-Team (Nisa' setiap kawasan)


Sharing Session 4: B.O.S in Nisa'
(pada sebelah malam)

Presentation In-Team by uNITE


Program tidak habis disitu...

Bagi sahabat2 yang jauh, kesempatan berada di Tawau tidak akan di sia-siakan begitu sahaja. Sebaik program tamat pada keesokan harinya, misi bermula dengan rancangan 'shopping' di bandar Tawau. Keropok Amplang antara 'benda' yang tidak akan terlepas pandang oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke Tawau. Kan Kak Suraya?.. ("_,)..


Next mission is.. berkunjung ke rumah Kak Hajjah Hasnah di Taman Backeley, Jalan Apas.. Masuk ke rumah sahaja, kami dihidangkan dengan BEROBBOK, sejenis bubur nasi + jagung, masakan suku kaum Bugis.. Mmm.. sedapnya..

Juga tak ketinggalan ziarah sahabat Nisa' 3K- Kota Kinabalu, Kota Belud dan Kudat- ke rumah sorang sahabat Nisa' yang baru menimang cahaya mata di Taman Wawasan

Tidak ketinggalan..
Kenangan bersama mujahid kecil.. Muhammad Aliff Dzakuan..

Pasti banyak yang diperolehi dalam perjalanan kali ini. Semoga ia memberi manfaat buat semua yang terlibat. Sampai ketemu lagi, salam manis seuntai kasih.. Dari krew Sahabat NISA' Sabah..

Tuesday, November 18, 2008

DOA MURABBI UNTUK DAKWAH ISLAMIYYAH

Almahrum Ust Rahmat Abdullah

Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.

Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.

Engkau pencipta dan pelindungnya


Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami

Rukunkan antara hati kami

Tunjuki kami jalan keselamatan

Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang

Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang tua

Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda

Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran

terhadap sesama hamba beriman

Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan

kedengkian


Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar

Wahai yang menyambung segala yang patah

Wahai yang menemani semua yang tersendiri

Wahai pengaman segala yang takut

Wahai penguat segala yang lemah

Mudah bagimu memudahkan segala yang susah

Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran

Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak

Engkau Maha Tahu dan melihatnya


Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu

Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu

Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur

Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus

Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami

Jangan binasakan kami, kerana Engkaulah harapan kami

Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami

Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara

Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada kami

"ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala kasih"


Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu

Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu

Berlaku pasti atas kami hukum-Mu

Adil pasti atas kami keputusan-Mu


Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu

Dengan semua nama yang jadi milik-Mu

Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu

Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu

Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu

Atau Engkau simpan dalam rahasia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib

Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur'an yang agung

Sebagai musim bunga hati kami

Cahaya hati kami

Pelipur sedih dan duka kami

Pencerah mata kami


Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang

menenggelamkan dunia


Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang

marak menyala



Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan

laut yang mengancam nyawa


Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan

oleh kafir durjana


Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu

wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik

khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka


Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam,

dan perut ikan


Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya

Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya

Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara

Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa

Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan dunia

Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat- Mu murka

Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya

Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan

yang ada pada-Mu karena kejahatan pada diri kami

Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami

Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal

usaha kami sendiri

Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu

Muhammad SAW di padang mahsyar nanti

Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu

Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab

Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati,ummatku ummatku

Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua kekayaan demi perjuangan

Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera

Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan kekayaan


Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu

Engkau kirimkan kepada kami

da'ie penyeru iman kepada nenek moyang kami penyembah berhala

Dari jauh mereka datang kerana cinta mereka kepada da'wah

Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran

Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini

Kepada generasi berikut kami

Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantaikesinambungan ini

Dengan sikap malas dan enggan berda'wah

Kerana takut rugi dunia dan dibenci bangsa

::Doa yang dilafazkan beliau di satu perhimpunan di Lapangan Masjid Agung Al-Azhar Jakarta,19 Ogos 1998 yang mana diiringi tangisan ribuan mereka yang berkumpul::

Sunday, November 16, 2008

TAHNIAH, SELAMAT PENGANTIN BARU

NISA' SABAH
mengucapkan selamat pengantin baru kepada
SURIAH BINTI ABDUL LATIF
(SAHABAT NISA' TAWAU/ LAHAD DATU)
dan pasangannya
MOHAMMAD RIDZUAN BAKERI
yang bakal diijabkabulkan pada 14 hb Disember 2008 ini..

Semoga rumahtangga yang dibina kekal harmoni selamanya dan menjadi wadah dalam meneruskan bahtera perjuangan menegakkan ISLAM dan melahirkan zuriat perjuangan..
InsyaAllah..


Majlis Tambatan Janji, Izin Berwali, Ijab Bersaksi, Bertaqlik Diri Antara Dua Hati

Saturday, November 8, 2008

PROGRAM WAKE-UP MUSLIMAH

WAKE-UP MUSLIMAH

BENGKEL USRAH REMAJA
&
ASAS GERAK KERJA NISA'

Dengan penuh rendah dirinya, Nisa' Negeri Sabah memaklumkan satu program Bengkel Usrah Remaja & Asas Gerak Kerja Nisa' akan diadakan pada ketetapan berikut:

ANJURAN: NISA' NEGERI SABAH
TARIKH: 15 NOVEMBER 2008
TEMPAT: PASTI NURUL MAWADDAH TAMAN RIA TAWAU

OBJEKTIF:
1- Memberi pendedahan kepada nuqaba' usrah remaja tentang kaedah pengendalian usrah mengikut Modul Usrah Remaja Soleh yang didatangkan dari NISA' Malaysia.

2- Meningkatkan kualiti pengendalian usrah remaja agar lebih menarik dan kontemporari.

3- Memberi kefahaman tentang asas gerak kerja Nisa' kepada semua AJK NISA' Negeri dan Kawasan.

4- Membincangkan gerak kerja dan halatuju Nisa' di setiap kawasan seluruh Sabah.


Sehubungan dengan itu, semua penggerak Nisa' di kawasan masing-masing bolehlah menghubungi pihak penganjur atau menghubungi ketua Nisa' kawasan masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut. Semoga kehadiran sahabat sahabiah semua akan melancarkan perjalanan program dan dimudahkan oleh Allah swt.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila hubungi:

Puan Hajijah 0196175332
Saudari Arnisa 0135542161

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-