Masa

Monday, February 1, 2010

NISA' Team Building Kawasan Sandakan

Nisa’ Kawasan Sandakan telah mengadakan Team Building peringkat Kawasan Sandakan di PASTI Khalid al Walid, Tinusa pada 16-17hb Januari 2010 yang lalu. Kehadiran peserta sangat memberangsangkan walaupun dengan keadaan cuaca yang begitu tidak mengizinkan. Tahniah kepada semua AJK NISA' Kawasan Sandaka yang berjaya menghadirkan diri.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Ketua Muslimat Kawasan Sandakan, selaku Tuan Rumah dan diikuti oleh ucapan Ketua Muslimat Negeri Sabah yang turut sudi bersama anakanda-anakanda tersayang dan ucapan Pengerusi NISA' Negeri Sabah, Pn. Aisyah Labongko. Team Nisa’ Sabah turut serta hadir membentangkan organisasi baru serta perjalanan misi dan visi Nisa’ Malaysia untuk dibawa dan diserap oleh setiap kawasan.

Fokus utama team building kali ini adalah Pembentangan Halatuju NISA' Malaysia sesi 2009/2011. Terdapat 4 halatuju yang telah digariskan untuk dicapai oleh NISA' setiap peringkat dan akhirnya berjaya dibengkelkan pada keesokan harinya.

Halatuju 1: Pengurusan

Halatuju 2: Pembangunan Insan

Halatuju 3: Dakwah

Halatuju 4: Kepimpinan

Seperti negeri-negeri dan kawasan-kawasan lain, Team Building kali ini juga membawa penekanan terhadap Nisa’ Attitude yang diambil dari surah Al-Furqan dibentangkan sebagai bekalan buat penggerak dan ahli Nisa’. Penggerak NISA' perlu mengambil NISA' Attitude ini sebagai motivasi untuk menjelmakan dirinya dalam bentuk terbaik & kehadirannya sentiasa membawa kebaikan.

Semoga fasa pembentukan pasukan kerja yang mantap ini dapat diperkukuhkan lagi memandangkan kewajipan yang kita ada melebihi runag waktu yang kita miliki.

[Nota: Takziah kepada AJK NISA' Negeri dan wakil NISA' KK yang terpaksa berpatah balik ke Kota Kinabalu kerana sekatan jalan antara Telupid-Beluran.. Keadaan banjir yang teruk tidak membenarkan kenderaan untuk lalu, hanya kenderaan berat sahaja yang dapat melepasi laluan tersebut].. Apapun, semuanya selamat.. Tahniah buat semua.. NISA' Sabah Best!! ("_,)..

No comments:

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-