Masa

Wednesday, February 10, 2010

Bengkel Organisasi NNS Bersama NISA' Kawasan2 [Pantai Barat Sabah & Labuan]

Bengkel Organisasi NISA' Negeri Sabah bersama kawasan-kawasan telah berjaya diadakan pada 6hb Februari 2010 bersamaan 21 Safar 1431H (Sabtu) yang lalu bertempat di Taman Cindul, Kota Kinabalu. Objektif bengkel ringkas ini adalah bertujuan untuk perkongsian input yang optima kepada kawasan-kawasan untuk melaksana gerak kerja NISA' di kawasan masing-masing.

Bengkel bermula dengan Pembentangan Halatuju NISA' Malaysia 2009/2011 oleh Setiausaha NISA' Negeri Sabah, Sdri Fatmawaty Yusoff. Empat halatuju NISA' Malaysia yang telah digariskan menjadi tumpuan setiap peserta bengkel dengan mengenengahkan perkara-perkara yang selaras dengan isu-isu mad'u di Sabah.



Antara peserta bengkel yang hadir.. Penuh tumpuan

Bengkel ini telah berjaya dijalankan dengan lancar. Melalui sesi perbincangan bersama kawasan-kawasan, NISA' Negeri Sabah yakin NISA' Sabah melalui kawasan-kawasan yang ada, mempunyai momentum yang tinggi untuk terus membawa misi dakwah dengan jayanya seiring dengan NISA' di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh NISA' kawasan-kawasan yang hadir berjaya diperhalusi dengan baik untuk dijana di kawasan masing-masing.

Tahniah diucapkan kepada NISA' Kawasan Labuan atas penubuhannya baru-baru ini. Semoga dengan penambahan NISA' Kawasan Labuan akan menyemarakkan lagi NISA' di Sabah khususnya dan Malaysia amnya. Kini jarak tidak lagi menjadi cabaran perhubungan lantaran pelbagai kemudahan teknologi yang muncul mutakhir ini.

Di kesempatan ini, NISA' Negeri Sabah ingin memohon kemaafan atas segala kelemahan bengkel anjuran NNS ini. Semoga kekurangan ini dapat menjadi saksi perjuangan kerana hanya 'kekurangan' ini sahajalah yang dapat kami persembahkan.. ("_,).. Apapun, NISA' Sabah [memang] Best!! *=p

No comments:

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-