Masa

Friday, February 12, 2010

Lensa NISA' Games Kudat: Tahniah!!

Pusat Sukan Kudat: Lokasi berlangsung NISA' Games Kudat 2010

Masih belum terlewat bagi pihak NISA' Negeri Sabah mengucapkan tahniah kepada NISA' Kawasan Kudat atas kejayaannya menganjurkan NISA' Games Kudat 7hb Februari 2010 yang berlangsung di Pusat Sukan Kudat baru-baru ini. Program ini telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Belia Muslim Daerah Kudat, salah satu NGO tempatan yang turut aktif dalam aktiviti dakwah sekitar Daerah Kudat.

Program NISA' Games Sukan Wanita 2010 yang julung-julung kali diadakan ini telah berjaya menghimpunkan sebahagian wanita tempatan dari pelbagai sektor dan sekolah sekitar Daerah Kudat. Ini merupakan satu kejayaan yang besar bukti penerimaan masyarakat tempatan terhadap pendekatan NISA' melalui sukan wanita ini. Kegembiraan setiap pengunjung yang hadir jelas kelihatan pada wajah-wajah mereka pada hari tersebut.

Semoga NISA' Kawasan Kudat terus mampu mengorak langkah seiring dakwah di Bumi Kudat, Tips of Borneo Sabah. Well done!!

Laporan lanjut boleh layari: NISA' Kawasan Kudat

LENSA NNS
SEKITAR NISA' GAMES KUDAT 2010






















NISA' memang best!!

No comments:

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-