Masa

Friday, January 9, 2009

FW: Ada apa dengan Palestin??

Hari ini sudah masuk 700 orang terbunuh di Palestin, dan yang terbunuh itu adalah, abang kita, adik-adik kita, ibu-ibu kita, dan bapa-bapa kita. Dan mereka itulah saudara kita.

Satu dunia sudah mulai kecoh, kecoh dengan masalah Palestin, mungkin gelombang ‘heboh’ ini sangat berbeza dengan peristiwa-peristiwa penyembelihan yahudi terhadap saudara-saudara kita pada masa yang lalu. Pada tahun 2004 dulu, Israel pernah menyampu satu bandar, menyampu dengan peluru dan letupan. Satu bandar di musnahkan, sehingga mayat terlalu banyak untuk diurus, sehingga satu bandar berbau daging manusia terbakar. Terbakar dan hancur di ledak oleh peluru versi Hellfire keluaran Amerika.

Yang mana, letupan dari peluru Hellfire bersifat meledak dan membakar. Dan yang di ledak dan dibakar hidup-hidup itu adalah ibu-ibu kita!

Dan kini, Israel memanaskan sejatanya secara besar-besaran sekali lagi. Letupan daging dan otak saudara-saudara kita terapung di udara, ada tangan dicelah jendela, ada kaki di celah pintu. Dan semua itu adalah tangan dan kaki ayah dan bapa kita.

Generasi Keliru Muncul

“Kasihan orang Palestin kena bunuh, kenapalah Yahudi Dan Hamas tak fikir soal orang awam!”

“Ini silap Hamas, serang Israel dengan roket, that why Israel balas dengan keras! Dan ini sebab Hamas yang gopoh dan tidak teratur!”

“Isu ini takkan habis selagi pihak palestin dan Israel sama-sama berdegil, malas aku nak cerita pasal Palestine ni”.

“Hamas tu kumpulan militan semberono yang tak fikir orang awam!”

Di atas antara himpunan dialog yang saya kumpul sepanjang tempoh penyembelihan umat Islam di Ghaza dimulakan oleh Israel. Saya keliru dengan kacaunya minda muslim kini, jika dialog ini dari mereka yang beragama Hindu dan Sikh, maka senang untuk saya ubat hati ini. Tetapi malangnya ia dialog dari saudara kita seagama, yang masih sihat dan mungkin tidak teringin untuk di ledak dengan bom C4 oleh Israel sehingga mana usus-ususnya bertaburan di jalan raya, atau pun berkecai seperti mayat Altantulya Sharibu.

Dan ini satu tragedi parah kerana ini dialog dari Mahasiswa yang kononnya akan di bawa terbang ke arah minda Melayu Glokal seperti katanya Dato’ Najib.

Sangat Kacau
“Ramai yang simpati atas dasar kemanusiaan tetapi tidak ramai yang simpati atas dasar Islam yang sedang di lumat-lumat oleh Yahudi Laknat!”

Itu kata-kata sahabat saya di Sabah, sahabat ini saya hanya kenali dari YM sahaja, tetapi semangatnya untuk Islam dan Palestin sentiasa kuat. Semangatnya membuat saya jua terasa bahangnya. Topik usrah sering jadi perbincangannya, dan saya bangga berkenalan dengannya walau ia asing dari kenalan tetapi tegar dalam jemaah gerakan Islam walaupun ia bukan dari jemaah Pas. Alangkah baik jika yang sudah lama hijau pun seperti ini. Dan alangkah baik mereka seperti ini berada dalam gerakan haraki yang syumul.

As Syeikh Ustaz Said Hawa, pernah merumuskan, bahawa sebenarnya penyakit-penyakit umat Islam dapat di rumuskan dalam 5 sudut.

1. Sudut pengetahuan
2. Sudut pendidikan dan akhlaq
3. Sudut perencanaan
4. Sudut tanzim dan penyusunan
5. Sudut pelaksanaan

Fikrah dan teori pengetahuan tentang Islam semakin kritikal dan menipis manakala umat Islam pula semakin lemah dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akhlak Islamnya yang mulia. Pemikiran, prinsip, dan perancangan hampir pupus bila berhadapan dengan suasana persekitaran baru dan tuntutan baru.

Gaza itu Jasad Dan Hamas Itu Rohnya

Isu Palestin jangan di pisah dari nama Hamas. Kenapa begitu? Menyembunyikan kisah Hamas ibarat anda menyembunyikan kebenaran Islam itu sendiri. Menyembunyikan Hamas menandakan sifat ego anda lebih tinggi dari menerima kebenaran gerakan haraki islami masa kini.

Hamas layak digelar roh umat Ghaza, bukan kerana ia sebuah kumpulan yang berani membela bangsa dan tanah airnya semata, bukan kerana ia berani membela janda-janda yang kematian suami dan anak-anak, bukan kerana mereka berani menentang penjajahan Israel di tanah air mereka, bukan juga kerana butir-butir bata masjid Al-Aqsa, tetapi kerana Hamas meletakkan Islam sebagai matlamat perjuangan teratas. Dan matlamat ini membezakan mereka dari Fatah, kerajaan Mesir, kerajaan Jordan serta Umno dan mana-mana parti sekular di Malaysia.

Dan kerana matlamat gerakan haraki Islami Hamas ini juga membuatkan ia kembar bersaudara kepada Ikhwan Muslimin Di Mesir, Parti Islam se-Malaysia (PAS) di Malaysia,dan Partai Keadilan Sejahtera (PKR) di Indonesia serta banyak lagi gerakan haraki islami di berbagai-bagai belahan dunia.


Dan kerana Islam itu terlalu tinggi diletak oleh kembar-kembar bersaudara ini membuatkan mereka menghadapi tentangan dan ancaman oleh musuh-musuh Allah. Yahudi dan Amerika bukan gentar dan kecut perut kerana mereka ini mampu mengangkat senjata dan melawan mereka, tetapi kerana Islam yang digalas oleh mereka itu. Di Colombia, di sebuah negara Amerika Latin terdapat berbilang-bilang kumpulan pemberontak militan bersenjata yang hidup bermatlamatkan Dadah dan Kekayaan Dunia, dan mereka ini tidak pernah di anggap dianggap ancaman besar bagi musuh-musuh Allah. Bahkan mereka juga lah yang membekalkan pelbagai senjata perang kepada militan-militan ini. Tetapi apabila umat Islam meletakkan Islam sebagai senjata, maka mereka dan konco-konconya akan sentiasa berpeluh-peluh memikirkan usaha menghapuskan.

Perkara yang sama juga berlaku di Filipina, sedangkan di Filipina mempunyai Pemberontak Komunis bersenjata, tetapi yang dibantai dan disembelih oleh kerajaan kufar Filipina dan dibantu oleh tentera Amerika yang berpangkalan di Luzon ialah pejuang Islam MORO di kepulauan Mindanao. Dan ini lah saya maksudkan stereotaip ancaman dan taktik kotor musuh-musuh Allah di berbagai-bagai belahan dunia. Di Malaysia dengan caranya tersendiri, mungkin tidak dengan senjata tetapi dengan cara ancaman penjara seperti ISA, penipuan dalam kehakiman dan akta-akta sekatan. Ini adalah isu ummah yang boleh menjadi isu politik jika di bicara di arena politik dan boleh menjadi isu Jihad jika di bicara di medan tempur dan boleh menjadi isu kemanusiaan jika ia di bicara oleh manusia-manusia.


B
oleh saya istilahkan di sini, di mana sahaja umat Islam berada di dunia ini, pasti ada musuh-musuh yang mengintai, bukan sahaja syaitan yang kabur dari pandangan tetapi juga syaitan bertopengkan manusia. Umat Islam boleh hidup tanpa di musuhi oleh mereka dengan cara menjadi hamba dan pencacai najis kepada mereka, ataupun berfesyenkan akidah sesat mereka pun sudah mencukupi.

120. orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada mu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepada mu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (surah Al-Baqarah Ayat 120)


Bagaimana Melahirkan Salahudin Yang Kedua

Seorang ahli Sejarah British, Lane-poole pernah menyebut tentang Salahudin Al-Ayubi “Selepas berpindah ke Mesir, Salahudin mula menyusun hidupnya dengan lebih ketat. Beliau bertambah warak dan zuhud. Beliau berpaling daripada hidup bersenang-senang kepada hidup yang serba sederhana, serta menjadikan dirinya sebagai teladan kepada tentera-tenteranya. Sejak itu beliau mula menumpukan segala usaha dan tenaganya kepada satu tujuan yang besar iaitu membina empayar Muslim yang cukup kuat bagi menghalau keluar kaum Kristian dari Baitul Maqdis.”

Itulah sedikit gambaran yang tentang Salahudin jika kita semua mahu menuruti kembali kebangkitan yang pernah beliau cetus. Bagaimana kita sekarang? Terutama pada mereka yang sudah berpindah ke Mesir sebagai pelajar? Adakah semakin menghampiri perwatakan Salahudin atau masih lagi ingin mengekalkan status generasi keliru yang beku itu.

Akhir Kalam.

Doakan mujahidin kita Di Gaza, doakan kemenangan dan ketabahan ke atas mereka dalam berhadapan Israel dan konco-konconya yang jauh lebih zalim dari anjing-anjing liar ini. Dan doakan kejayaan Ikhwan Muslim di Mesir dalam menentang Husni Mubarak dan konco-konconya yang terus khianat pada umat Islam. Doakan juga saudara-saudara kita di Iraq yang terus dibunuh terutama saudara-saudara sunni kita yang dibunuh oleh puak-puak Syiah yang telah dibeli oleh Amerika untuk mencetuskan provokasi antara ummah. Dan jangan lupa tanah air kita, doakan kemenangan pada Parti Islam se-Malaysia yang akan bertanding di Kerusi Parlimen Kuala Terengganu, serta kemenangan pihak Pakatan Rakyat dalam membahaskan usul Palestin di Parlimen pada hari Isnin ini. Semoga negara kita dibebaskan dari belenggu penghambaan kepada musuh-musuh Allah.


Berkata Salahudin Al-Ayubi :
“Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia.”


Wslm

Hijau Yang Damai
(dipetik dari: http://hijaudamai.blogspot.com/)

-semoga minda kita terus terbuka untuk melihat, mentafsir dan akhirnya bertindak-
-Salam Intifadhah-

No comments:

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-