DOA AKHIR TAHUN
wahai TUHAN, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang ENGKAU tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan ENGKAU tidak redha dan tidak melupakkannya. Dan aku telah melakukkannya di dalam keadaan dimana ENGKAU berupaya untuk menghukumku, tetapi ENGKAU mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMU, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian, daripada apa yang ENGKAU redhainya dan ENGKAU menjanjikan ku dengan pahala atas yang demikian itu. Maka aku memohon kepadaMU.
Muharram datang kembali dalam usianya 1430 Hijrah. Semoga kita dapat menghayati pengertian HIJRAH dengan sesungguhnya agar implimentasinya membuahkan keimanan yang ampuh dari segala anasir-anasir yang bertebaran disepanjang laluan kehidupan kita.
Muharram datang kembali dalam usianya 1430 Hijrah. Semoga kita dapat menghayati pengertian HIJRAH dengan sesungguhnya agar implimentasinya membuahkan keimanan yang ampuh dari segala anasir-anasir yang bertebaran disepanjang laluan kehidupan kita.
DOA AWAL TAHUN
wahai TUHAN, ENGKAU lah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMU yang besar dan kemurahanMU yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. kami memohon pemeliharaan daripadaMU, di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usahayang mendekatkan ku kepadaMU, wahai TUHAN yang maha Agung dan maha Mulia
1 comment:
Lovely blog thanks for taking the time to share this.
Post a Comment