Masa

Saturday, July 31, 2010

Bina Sekolah Hamil Tidak Membantu Banteras Gejala Sosial

NISA' sependapat dengan kenyataan media yang dikeluarkan dari salah satu Parti Melayu Terbesar negara dengan mengatakan bahawa pembinaan sekolah hamil sebenarnya tidak membantu membanteras gejala sosial yang berlaku dengan dahsyatnya pada hari ini. Gejala sosial ini bukan sahaja berlaku di bandar-bandar besar bahkan, tempiasnya turut melibatkan seluruh peruk kampung-kampung kecil. Demikian juga pusat-pusat pengajian tinggi yang bakal melahirkan para intelektual negara pada masa hadapan tidak terlepas dari ujian umat akhir zaman ini.

Justeru kami menyeru kepada seluruh anggota masyarakat dalam apa jua bidang untuk turut sama membanteras gejala sosial. Mari bersama mengembalikan kegemilangan ISLAM melalui budaya hidup yang benar-benar menepati ciri-ciri Islam.


Petikan dari Kenyataan Media


Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menegaskan bahawa tindakan Ketua Menteri Melaka Dato’ Seri Mohd. Ali Rustam yang tetap akan menubuhkan Sekolah Murid Mengandung sebagai tindakan yang ‘kurang cerdik’ dalam usaha membenteras gejala sosial yang semakin menjadi barah didalam negara ini.

Kerajaan Negeri Melaka juga melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Dato’ Abd. Rahaman Abd. Karim sebagai pengerusi penubuhan Sekolah Murid Mengandung. Sekolah itu juga menurut beliau akan menjadi platform bagi membantu gadis sepanjang tempoh mengandung selain mengelak timbul prasangka negatif masyarakat terhadap mereka.

DPPP mempersoalkan kenapa tidak mengambil pendekatan Islam dalam membenteras gejala sosial? Apakah jaminan dengan wujudnya sekolah ini akan berjaya membenteras masalah sosial? DPPP juga mempertikai mengapa tidak dibenteras dari awal masalah sosial tetapi hanya bertindak selepas mereka sudah terlanjur? Benarkah Ali Rustam membina sekolah ini atas dasar pandangan banyak pihak? Sudahkah beliau meminta pandangan alim ulama? Apa yang Kerajaan UMNO/BN lakukan dalam usaha membanteras gejala sosial?

Tindakan membenteras gejala ini harus bermula dari bawah. Tetapi kerajaan tidak serius dalam membenteras gejala ini. PLKN contohnya semakin menggalakkan pergaulan bebas dalam ruang lingkup yang semakin luas yang mana kalau dulunya kenalan hanya di sekitar kawasan rumah, dengan menyertai PLKN mereka akan berkenalan dengan mereka yang duduk di luar kawasan atau negeri tempat tinggal mereka. Tambahan pula PLKN tidak menitik beratkan pendidikan agama. Jika dilihat kepada modul latihan pun tiada batas-batas antara lelaki dan perempuan

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi baru-baru ini berkata sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang telah dikesan oleh Kementerian Pelajaran. Situasi ini amat membimbangkan kita. Seharusnya kerajaan sekarang memikirkan bagaiman hendak mengatasinya sebelum terjadi bukan memikirkan selepas terlanjur.

DPPP melihat bahawa usaha untuk menubuhkan sekolah ini pasti akan menemui jalan buntu sekiranya tidak mengambil pendekatan Islam. Islam menghalang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Penutupan aurat juga amat dititik beratkan. Islam telah mengariskan panduan dari awal iaitu pencegahan lebih baik daripada mengubati. DPPP mengesa kerajaan agar kembali kepada Islam yang sebenar dalam mencari jalan penyelesaian bukan sekadar hanya dilihat memberikan keuntungan pada sebelah pihak sahaja memandangkan pembinaan sekolah ini pastinya menjanjikan projek kepada kroni UMNO/BN tetapi hasilnya masalah sosial tetap ditahap yang sama malah menjadi semakin kronik.

Disediakan oleh

UST. AZMAN SHAPAWI ABD.RANI
Timb. KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

No comments:

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-