Masa

Wednesday, March 24, 2010

XPDC AMAL


Pada tarikh 13-17 Mac 2010 yang lalu, DMPNS dan Nisa' Negeri Sabah telah menganjurkan XPDC AMAL yang julung-julung kali diadakan bertemakan "KEBAJIKAN IKATAN UKHWAH". Seramai 40 orang peserta yang menyertai XPDC AMAL kali ini yang terdiri daripada ajk DMPNS , NISA' NEGERI SABAH, ajk DMPKT, GURU-GURU PASTI, ahli KELAB AULAD dan yang paling menarik peserta yang paling muda berusia 5 bulan (adik afif farhan). Antara objektif XPDC AMAL ini diadakan ialah untuk memberikan bantuan kepada masyarakat di beberapa tempat di Negeri Sabah (Sandakan, Ranau & Kota Belud) dan melihat sendiri bagaimana corak kehidupan penduduk di Sabah.






Adik Afif Farhan

Antara Peserta XPDC AMAL

Sebelum jalan, kena baca doa dulu..moga kami pergi dan balik dengan selamat..amin

Walaupun tidak dapat menyertai XPDC, setia menanti sehingga kami jalan


Persinggahan pertama di SANDAKAN


Sumbangan diberikan tanda prihatin (Kampung Lupak Meluas, Sandakan)

Menyantap hidangan di PASAR SIM SIM, Sandakan

Pandangan Gunung Kota Kinabalu..Subhanallah

Bantuan diberikan di Kampung Luanti Baru, Ranau

p/s: nantikan seterusnya di Lensa XPDC AMAL

No comments:

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-