Masa

Wednesday, March 3, 2010

Lagi Pengumuman.. 3 Berita Baik ("_,)

1. NISA' Negeri Sabah mengucapkan Tahniah kepada Pn. Janira Ain, Setiausaha NISA' Kawasan Kota Kinabalu yang telah selamat melahirkan cahaya mata, baby boy seberat 4.16kg pd 1.33pm @ SMC(2 Mac 2010).. Tahniah Kak Ain..

2. Jemputan ke Walimatul Urus Pn. Arnisa Soga (Mantan Ketua NISA' Sabah Sesi 2007/2009) & En. Mohdf Nizam Mahshar pada 14 Mac 2010, di alamat: TB 135292, Lorong 9, Bandar Seri Indah, Batu 10, Tawau, Sabah bermula 10.00 pagi - 5.30 petang. Turut mengundang Keluarga 2 Mempelai, NISA' Kawasan Tawau, dan Raudhah.. Tahniah Pn. Arnisa.. ("_,)..

3. Mereka yang punya kemahiran menulis bahasa Melayu & English & memerlukan pekerjaan dipelawa memohon sebagai Pegawai Komunikasi (Sepenuh Masa) di Sahabat Alam Malaysia (SAM). Email Resume anda ke sam_inquiry@yahoo.com atau telefon waktu pejabat 046576932. Calon mesti berminat membantu alam sekitar & masyarakat.. Sebarkan..

No comments:

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-