Masa

Friday, November 20, 2009

Salam NISA untuk NISA

Pertama-tama kalinya, kami bagi pihak NISA Negeri Sabah memohon maaf atas kelewatan meng"update" Laman NISA Sabah ni. Beberapa halangan yang tak dapat di elakkan. InsyaAllah, semoga Allah terus beri kekuatan kepada kami untuk meng'uplode' berita-berita menarik selepas-selapas ini.

Kepada para pembaca setia; penggerak NISA seluruh Sabah, kami ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas sokongan dan doa-doa kalian selama ini. Semoga sinar Islam di bumi Sabah ini terus menyinar seperti sinarnya mentari. Sabah di Bawah Bayu akan segera bertukar kepada Sabah di Bawah Wahyu pimpinan para ulamak melalui generasi Al - Quran. InsyaAllah..

Tiada kesenangan tanpa pengorbanan. Pengorbanan jiwa dan harta bagi mendapatkan ni'mat balasan SYURGA.. Ameen.. Selamat menghadapi Cuti Persekolahan. Manfaatkan cuti anda dengan cuti yang berguna. Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM dan STPM bagi adik-adik pelajar. Do d' best!! Untuk ISLAM yang Cemerlang!!

No comments:

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-