Masa

Tuesday, November 24, 2009

LENSA NISA Team Building Negeri Sabah

Buat kesekian kalinya, kemaafan dihulur sebanyak-banyaknya atas kelewatan laporan NISA Team Building Negeri Sabah [6-8hb November]. [Tahniah, NISA Terengganu mendahului laporan TB mereka.. Hihi] Alhamdulillah, masalah teknikal sebelum ini telah dapat diatasi. Thank you Allah.. Alhamdulillah. Catatan mungkin ringkas, moga2 setiap pixel gambar yang terupload masih mampu melakar setiap memori sepanjang NISA Team Building kita..

Bertempat di Lot 1004, Blok D, Marina Court, Kota Kinabalu. Di sini lakaran kita bermula..

Urutan Hujan Rintik2: Mengembalikan kesegaran seusai Slot NISA Attitude: Ibadurrahman

Gelombang Keadilan!!

Demi Matahari

Slot Kenali Personaliti Diri Anda. Guna kabel tu!!

Wajah ceria Kontinjen NISA Kawasan Kudat

Penuh Semangat Kontinjen NISA Kawasan Sandakan

Wajah Muda Kontinjen NISA Kawasan Kota Belud

Riadhah ke sesi amik gambar ni?.. Dalam tentatif riadhah.. Hihi

Ukhuwwahfillah bersama Pimpinan DMPNS

Makan Bertalam: Antara Modul Utama Membina TeamBuilding

Tautan Hati: Modul Ukhuwwah -
"Sahabat, tatkala aku di sini, di mana kalian yang lain?? Sahabat, bantu aku terus berada di jalanNya.."

Setinggi Penghargaan kepada NISA Malaysia atas kesudian memberi tunjuk ajar yang sangat berguna kepada kami di Sabah ini.. Semoga Sabah Negeri di Bawah Bayu segera "bertukar" kepada Sabah Negeri di Bawah WAHYU.. Bersama kepimpinan Ulama'.. Ameen..

Salam Ukhuwwah. Bertemu tak jemu. Berpisah tak gelisah..

No comments:

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-