Masa

Wednesday, October 14, 2009

Tak Mengapa Belajar dari Adik2 Kita: PostMorterm Jadi Kemestian

Gerak kerja PERPPIS, sama ada bersifat rutin mingguan, bulanan, tahunan dan juga gerak kerja semasa perlu di buat penilaian atau post-moterm. Post-moterm atau muhasabah perlu di buat secara bertulis untuk tujuan penambahbaikan dan rujukan pada masa akan datang. Berikut dicatatkan beberapa etika untuk melaksanakan post-moterm sesuatu aktiviti atau program.

1. Post-moterm perlu dibuat dalam jangka masa 7 hari selepas sesuatu program itu berlangsung supaya memori program masih segar dalam ingatan.

2. Perlu diingat post-moterm bukan tempat untuk meluahkan perasaan.

3. Post-moterm bukan medan untuk memperlihatkan kesilapan orang lain atau ingin mencari salah orang.

4. Butiran post-moterm mesti di catat dengan jelas.

5. Post-moterm bukan hanya menyebut atau menyatakan kelemahan atau kesilapan semata-mata.

6. Tiga aspek yang perlu di beri penekanan ketika post-moterm dibuat:
(a) Kekuatan program
(b) Kelemahan program
(c) Cadangan penambahbaikan program

7. Melaksanakan post-moterm jangan mengambil masa yang terlalu panjang. (45 minit -60 minit sudah memadai)

8. Bagi menjimatkan masa, semua yang terlibat dalam post-moterm perlu membuat catatan peribadi lebih awal. Hindari datang dengan 'otak kosong'.

Saya mengharapkan semua petugas dan pimpinan PERPPIS dapat mengamalkan etika post-moterm bagi melonjakkan gerak kerja yang lebih kemas dan berkualiti. Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati kepipimpinan kalian. Teruskan perjuangan. Ikhlaskan diri dalam tindakan, moga-moga mendapat redha Ilahi.

Sekian wassalam,
12.102009
10.00malam

No comments:

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-