Masa

Monday, November 3, 2008

UMS: Pameran Nisa'

Pameran Nisa' Sabah sempena Seminar dan Pameran Kerjaya Wanita 2008 yang bertempat di Dewan Kuliah A1, Universiti Malaysia Sabah.

Setinggi penghargaan kami rakamkan buat Nisa' Malaysia atas kesudian memenuhi jemputan ke negeri di bawah bayu ini. Tidajk lupa, penghargaan kami rakamkan kepada Pengarah dan seluruh jawatankuasa program Seminar dan Pameran Kerjaya Wanita 2008, atas ruang dan peluang untuk Nisa' Sabah terus mengorak langkah dalam misi dakwah di bumi Sabah ini.

No comments:

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-