Masa

Friday, February 11, 2011

BIJAK BELAJAR 1


UPK akan berkongsi dengan adik-adik yang bakal menghadapi PMR/SPM/STPM yang akan datang. Sebahagian pelajar merasakan bahawa awal tahun merupakan masa yang terlalu awal untuk memulakan pecutan belajar. Anggapan ini salah sama sekali !! Walaupun masih awal tahun, namun anda perlu memulakan pecutan. Pecutan yang macam mana?

Langkah 1 - Baca Pelajaran Lebih Awal :
waktu awal tahun kala anda masih belum terlalu sibuk dengan aktiviti sekolah dan peperiksaan, anda boleh membaca buku pelajaran lebih awal. Ingat seseorang tidak bijak dengan sendirinya. Dia perlu berusaha untuk menjadi bijak.

Langkah 2 - Jangan Sia-Siakan Waktu :
gunakan masa terluang antara pertukaran kelas, masa menunggu bas atau kereta bapa dan sebagainya. Jangan masa anda terbuang begitu sahaja.

Langkah 3 - Bawa Buku ke Mana-Mana:
amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Amalan ini mampu memupuk jiwa yang bersungguh-sungguh dengan kewajiban terhadap pelajaran.


Langkah 4 - Gunakan Masa Dengan Baik :
guna sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulang kaji pelajaran yang anda lemah.Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda memulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Langkah 5 - Mula Buat Nota Ringkas :
buat nota ringkas atau peta minda setiap kali anda belajar. Ini akan menghilangkan rasa mengantuk dan jemu.Nota tersebut membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca.

Langkah 6 - Buat Jadual Waktu Belajar di Rumah :
ikutlah jadual belajar tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Anda harus mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai malah bertanggungjawab terhadap pelajaran. Pastikan jadual waktu anda memperuntukkan lebih banyak mata pelajaran pada setiap hari walaupun setiap satu dalam masa yang singkat.

Langkah 7 - Sentiasa Bertanya
dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk bertanya. Biarpun anda sudah faham, anda masih boleh bertanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda.

Langkah 8 - Tumpukan Mata Pelajaran Lemah
jika anda lemah dalam Bahasa Inggeris atau Matematik, peruntukan masa yang lebih untuk mengulang kaji mata pelajaran tersebut. Elak menumpukan perhatian kepada mata pelajaran yang digemari sahaja dan mengabaikan mata pelajaran yang kurang disukai.


Ok, adik-adik kita akan berjumpa lagi di BIJAK BELAJAR 2. Selamat Menuju Kejayaan.
Biar sedikit yang penting istiqomah (berterusan).

No comments:

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-