Masa

Wednesday, August 18, 2010

..PEMERGIANNYA SATU KEHILANGAN..

Ustazah Rafeah bt. Hj Ramli, isteri kepada Pesuruhjaya PAS Perak dan juga ibu kepada ahli NISA' KAWASAN TAWAU (Ustazah Asma' Binti Abu Bakar) telah kembali ke Rahmatullah jam 2.20 petang di Hospital Besar Ipoh. Beliau telah menderita sakit sejak beberapa tahun yang lalu, penderitaan semakin kritikal dua tiga bulan yang lalu dan sering keluar masuk ke hospital termasuk pernah mendapat rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Sepanjang hidupnya beliau seorang yang tabah dan sabar dalam mengharungi perjuangan bersama suami tercintanya Ustaz Abu Bakar Husein. Beliau juga adalah seorang guru agama kerajaan yang cukup gigih mendidik anak-anak muridnya, beliau mendapat cuti sakit setelah diserang barah payu dara. Ketabahan teruji dengan penderitaan diserang barah payu dara sehingga meragut nyawanya. Sepanjang menderita sakit, sedikitpun beliau tidak pernah merungut atau menyesali di atas musibah yang menimpa. Beliau tetap sabar dan masih mampu tersenyum dan bersimbang biasa dengan rakan dan sahabat yang menziarahinya.

Semuga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt.

Jenazahnya akan disempurnakan malam ini juga. Solat Jenazah akan disempurnakan di Masjid Raja Nazrin Kg. Rapat Jaya Tambahan dan juga dikebumikan di Tanah Perkuburan Rapat Jaya. (sumber - http://misabah.blogspot.com)

NISA' NEGERI SABAH, mengucapkan takzaiah ataz pemergian bonda tersayang. Moga roh beliau dicucuri rahmat Allah swt di bulan yang penuh barakah ini.

No comments:

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-