Masa

Thursday, May 6, 2010

Peluang Pekerjaan di Kolej Poly-Tech MARA Semporna

Sumber: Akhbar The Borneo Post, Monday 3rd of May 2010

Kolej Poly-Tech MARA akan melebarkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan pembukaan kampus cawangan terbaharu di Semporna, Sabah. Seiring dengan perkembangan ini, pelbagai peluang pekerjaan menanti anda di KPTM.

1. Pensyarah (pelbagai)
Syarat Kelayakan:
-ijazah Sarjana Muda Kepujian/ijazah Sarjana dalam bidang-bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang siiktiraf setaraf dengannya;
-Kepujian dalam Bahasa melayu/Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
-bagi jawatan Pensyarah Perakaunan, calon-calon yang mempunyai kelayakan Profesional seperti ACCA dan CIMA akan diberi keutamaan.

2. Eksekutif (Pelbagai)
Syarat Kelayakan:
-Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Lulus dalam Bahasa melayu/Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. Akauntan
Syarat Kelayakan:
-Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
-Ahli penuh Badan-badan ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf;
-Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf serta ahli penuh Badan-badan ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf;
-Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
-Lulus dalam Bahasa melayu/Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

4. Juruteknik Komputer
Syarat Kelayakan:
-Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional dalam bidang elektrik/elektronik atau kelayakan yang diiltiraf setaraf dengannya;
-Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (komputer) yang diilktiraf daripada politeknik-politeknik/institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang setaraf dengannya;
-Lulus dalam Bahasa melayu/Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

5. Juruteknik (Bangunan & Elektrik)
Syarat Kelayakan:
- Sijil dalam bidang Kejuruteraan awam atau Elektrik (Sijil Pendawaian Elektrik Fasa III) yang diiktiraf daripada politeknik-politeknik/institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang setaraf dengannya;
-Lulus dalam Bahasa melayu/Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

6. Kerani Akaun
Syarat Kelayakan:
-Calon-calon yang mempunyai sijil-sijil dalam bidang perakaunan/pengurusan perniagaan/ Penyimpana Kira-kira yang diiktiraf daripada politeknik-politeknik/institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang setaraf dengannya;
-Kepujian dalam Bahasa melayu/Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

7. Kerani/Pembantu Perpustakaan
Syarat Kelayakan:
-Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
-Kepujian dalam Bahasa melayu/Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

8. Pelayan Perpustakaan
Syarat Kelayakan:
-Tamat Darjah enam sekolah rendah bantuan penuh kerajaan
-Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman

9. Penyelia Asrama
Syarat Kelayakan:
-sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
-Kepujian dalam Bahasa melayu/Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
-Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam penyeliaan asrama;
-Bekas-bekas tentera atau polis digalakkan memohon

10. Pemandu
Syarat Kelayakan:
-Tamat darjah Enam sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
-Memiliki lesen memandu kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan;
-Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan diliputi oleh skim perkhidmatan ini;
-Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik

CALON-CALON YANG MEMPUNYAI KELAYAKAN SEPERTI DI ATAS DAN BERMINAT ADALAH DIPELAWA UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN DENGAN MELAMPIRKAN SALINAN DOKUMEN YANG DISAHKAN BENAR SEPERTI BERIKUT:

-Keterangan Peribadi (resume) dan gambar terkini berukuran pasport (tidak dikembalikan)
-Salinan sijil-sijil akademik yang berkaitan
-Salinan kad pengenalan
-salinan sijil kelahiran

PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:
Kolej Poly-Tech MARA
Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, P.O Box 6015 Pudu, 55700 Kuala Lumpur
(u/p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

No comments:

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-