Remaja cuba terjun bangunan
KANGAR - Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini, gempar apabila dikejutkan dengan percubaan seorang pelajar lelaki yang cuba terjun dari sebuah bangunan tiga tingkat di sekolah tersebut semalam.
Kejadian pada pukul 12 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila remaja berusia 14 tahun tersebut tiba-tiba keluar ke arah koridor belakang kelasnya dan berdiri di atas lantai koridor di penjuru bangunan sekolah.
Tindakan pelajar tingkatan dua aliran agama itu kemudian mengejutkan para guru dan rakan-rakan lain apabila dia mendakwa mahu membunuh diri dengan terjun dari bangunan setinggi tiga tingkat tersebut.
Para guru serta beberapa pelajar lain berusaha memujuk pelajar berkenaan sebelum sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian.
Drama memujuk remaja tersebut berlangsung selama sejam sebelum seorang anggota bomba bertindak pantas menarik pelajar tersebut selepas memberinya air minuman.
Difahamkan, remaja berkenaan bertindak demikian kerana tertekan akibat diejek oleh rakan-rakannya selepas dua pelajar perempuan di sekolah tersebut menolak cintanya. (Sumber : www.kosmo.com.my)
ulasan : Fenomena beginilah yang sering melanda remaja kita. Disebabkan cinta mereka sanggup mengadaikan nyawa dan menjual maruah. Usia remaja memang penuh dengan mehnah dan dalam perkara seperti memerlukan kebijaksanaan dalam berfikir yang mana patut dituruti, KEHENDAK NAFSU @ KEHENDAK AKAL..
1 comment:
Go! Nisa' Games!
Post a Comment