Masa

Monday, December 7, 2009

Explore D-Qalbu NISA Kudat

Alhamdulillah, pada 1 November 2009 yang lepas, Nisa' Kawasan Kudat berjaya menganjurkan Nisa' Explore D-Qalbu di Dataran Esplanade Sidek, Kudat.

Aktiviti yang berbentuk outdoor tetapi santai ini bertujuan untuk meneroka hati secara bersahaja namun tetap mempunyai mesej yang tersendiri untuk disampaikan kepada peserta program tersebut.

Seramai 31 orang peserta yang terlibat dengan Explore D-Qalbu ini...Insya-Allah, program ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan...

Nantikan NISA' Games pada tahun hadapan...

16 Januari 2009, di Pusat sukan Kudat...

NISA' Games pula merupakan program yang bakal membuka lembaran 2010 nanti!!! Nantikan kemunculan kami yaa...!!! Jumpa di Kudat...Salam..












sumber: NISA' Kawasan Kudat

No comments:

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-