Masa

Wednesday, October 29, 2008

Perutusan Ketua Nisa' Negeri Sabah

Sekalung Budi Setulus Kasih

Assalamu'alaikum dan Salam Pertemuan
ALHAMDULILLAH kita panjatkan ke hadrat Allah yang dengan izin-Nya, blog NISA' Sabah berjaya dihasilkan. Terima kasih buat K.Fate dan Jum yang telah bertungkus-lumus menyiapkan blog ini.

NISA', Lets Join Us

Dalam ruang yang terhad ini, saya mengalu-alukan semua yang mengunjungi blog ini supaya menyertai NISA'. Tidak kiralah sama ada sebagai ahli, penyumbang korporat, penyumbang idea dan tenaga serta penyumbang kewangan. Harapan saya, semoga anda menjadikan NISA' sebagai badan yang menjaga KEBAJIKAN, KEMANUSIAAN dan KEMASYARAKATAN anda. Langkah anda bermula di sini.

Make Everybody Feel WANTED
Kepada semua penggerak NISA' seluruh Sabah, semoga kalian bersungguh-sungguh membawa NISA' ke hadapan dan menjadikannya medan dakwah yang realistik di bumi Sabah. Tingkatkan daya usaha untuk menyediakan program yang MESRA, CERIA dan SERONOK. Tawan hati orang lain dengan AKHLAQ yang MULIA. Jadikan semua orang rasa diperlukan. Bekerjalah dengan hati yang IKHLAS.

Buat NISA' seluruh Malaysia, kami memerlukan sumbangan idea dan cadangan daripada anda semua. Mudah-mudahan semua itu diredhai ALLAH S.W.T.

Akhir sekali, doakan supaya NISA' di Sabah terus maju jaya dalam membawa masyarakat Sabah ke arah ISLAM yang sempurna. Salam NISA' di Bawah Bayu...


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Salam pertemuan penuh kasih sayang,
Langkah kita bermula di sini.

Salam Nisa',
Ketua Nisa' Negeri Sabah

No comments:

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-