Masa

Monday, July 25, 2011

Santai Anak Muda Bersama Bob Lokman

Salam Nisa' SeMalaysia


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Nisa' SeMalaysia. Serasanya sudah terlalu lama tidak mengutus khabar, mengirim berita. Namun kami yakin, seluruh ahli dan jentera Nisa' walau di mana berada sentiasa dalam keadaan ceria, bijak, anggun dan solehah. Sudah pasti jiwa-jiwa yang rindu kepada Illahi ini sentiasa terpaut antara satu sama lain. Jauh di mata dekat di hati. Semoga sedikit coretan yang bakal dikongsi akan mengubat kerinduan sahabat-sahabat yang kami cintai kerana Allah.

24 Julai 2011, bertempat di Teluk Likas, disaksikan puluhan malah ratusan pengunjung hujung minggu Teluk Likas, berlangsung Ramah Mesra Bersama Nisa' Kawasan-kawasan Pantai Barat . Mempertemukan Nisa' Negeri Sabah sesi yang baru bersama dengan 4 Nisa' kawasan-kawasan Pantai Barat yang amat bersemangat dan berjiwa kental ^_*. Tahniah diucapkan kepada kepimpinan Nisa' Kawasan Sepanggar, Tuaran, dan Putatan yang baru. Tahniah juga diucapkan kepada Nisa Kawasan Labuan atas kehadiran dan 'sharing moment' yang dikongsikan.

Pertemuan ringkas ini telah memberikan pengalaman bermakna yang sudah pastinya bakal memberikan impak maksima kepada gerak kerja dakwah di bumi Sabah amnya dan kawasan-kawasan di Pantai Barat khususnya. InsyaAllah.

Apa yang pasti, Pantai Teluk Likas telah menjadi saksi bagaimana sejumlah kecil jiwa anak-anak muda ini mewakili seluruh anak muda di Sabah inginkan ke'selamat'an bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat sana. Jumlah yang kecil bukanlah pelemah semangat dalam usaha dakwah ini. Bahkan amat diyakini bahawa usaha yang benar pasti akan mendapat tentangan dan cabaran yang besar baik dari diri sendiri, malah keluarga apatah lagi musuh dan lawan.

Santai Pemuda Bersama Bob Lokman

Pertemuan Nisa' Sabah bersama kawasan-kawasan Pantai Barat turut terisi dengan penganjuran "Santai Pemuda Bersama Bob Lokman". Siapa tak kenal?? Bob Lokman yang dulu dikenali sebagai artis, Raja Lawak kini mula mengalihkan perhatian kepada kerja-kerja dakwah ke seluruh Malaysia. Menarik anak-anak muda supaya turut bersama memilih gaya hidup Islam yang sebenar. Bebas daripada serangan-serangan ideologi yang amat mencengkam mutakhir ini.

Memahat memori Bersama Bob Lokman

Kami juga amat bertuah apabila turut diberi kesempatan bergambar bersama Saudara Bob Lokman & Ketua Pemuda, Saudara Lahirul Latigu. Beliau yang kami rasakan layak diberikan "Ikon Anak Muda". Berani Untuk Berubah. Motivasi yang beliau kongsikan pasti akan kami jadikan bekalan untuk perjalanan yang panjang ini.

Amanat kepada anak muda yang turut sama hadir. Jalan yang dipilih ini bukanlah satu jalan yang mudah. Penuhkan ilmu dan pengalaman di dada sebagai bekalan untuk generasi akan datang.



Lensa Lain yang Menarik Sekitar Teluk Likas



Nyum.. Nyum.. Hidangan Pagi.. Santai Pemuda Bersama Bob Lokman


Indah Pantai Teluk Likas, jelas menunjukkan Maha Indahnya Sang Pencipta.. Allahu Akbar

Berakhir dengan singgah solat di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Ya Allah..
Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumiMu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahMu

Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat dan mendokong SyariatMu

Maka Ya Allah
Eratkanlah ikatan hati - hati ini

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah jalanMu yang sebenar
Penuhkanlah piala hati-hati ini dengan cahayaRabbaniMu yang sebenar

Hidup suburkanlah dengan makrifatMu
Jika Engkau mentakdirkan kami mati
Matikanlah sebagai Syuhada’
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia…

Tuesday, July 12, 2011

kualiti bukan kuantiti

Jika kita mengkaji dengan sebaik mungkin mengenai sirah Rasulullah S.A.W, kita akan mendapat iktibar yang boleh dijadikan sebagai panduan kehidupan kita. Contohnya dalam peperangan Badar, perang pertama dalam Islam, bilangan tentera Islam yang menentang golongan kufar sangat sedikit namun, memperoleh kemenangan. Baiah aqabah yang pertama berlaku, hanya melibatkan beberapa orang sahaja namun masih mampu untuk menanggung beban dakwah sehingga membolehkan dakwah islamiah berkembang.

Dalam islam. kuantiti bukanlah faktor utama yang menentukan kejayaan atas sesuatu. Islam mementingkan kualiti yang ada. Fathi Yakan dalam buku 'Apa ertinya saya menganut Islam' menyatakan bahawa sememangnya gerakan Islam memerlukan ahli yang ramai namun itu saja tidak cukup kerana kualiti adalah lebih penting dari kuantiti. Boleh jadi dakwah mengorbankan tenaga yang banyak untuk mendapatkan sesorang. Boleh jadi juga individu itu merupakan satu umat atau boleh jadi beliau akan menjadi beban yang tidak membawa faedah malah boleh membawa bahaya. Orang-orang seperti ini lebih baik tidak diambil kira.

Bilangan yang banyak bukanlah keutamaan tetapi apa yang lebih penting ialah orang-orang yang mengenal Allah, tetap pendirian dan berserah memperjuangkan kebenaran. Kesedaran dan tarbiah yang hebat perlu ditekankan agar individu-individu yang berada dalam gerakan Islam akan muncul menjadi individu yang tetap pendirian dan sanggup untuk bekerja demi Islam walau di mana berada.

Kekurangan yang kita perhatikan pada hari ini ialah kurangnya tarbiah untuk ahli gerakan Islam.Entah di mana silapnya sehinggakan ada ahli gerakan yang 'lari-lari', ada ahli yang hanya aktif bergerak di kampus tetapi ''mendiamkan diri' apabila pulang ke kawasan. Sayang rasanya jika jiwa-jiwa Islam ini tidak digunakan semaksima mungkin untuk mendaulatkan Islam. Jika kesedaran Islam sudah ada kenapa tidak diteruskan saja perjuangan itu?Atau mungkin merasakan bahawa perjuangan di alam kampus sudah cukup? Tanpa sedar bahawa masyarakat di luar sana masih tercari-cari erti Islam yang sebenar. Jika bukan kita yang bergerak, siapa lagi yang kita mampu harapkan?Atau sememangnya kita ini jenis yang hanya mahu melihat dari jauh keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-jadi?

Teringat pula kata-kata seorang pensyarah yang saya kagumi-jadilah seperti sungai yang mengalir yang mampu untuk memberikan kehidupan kepada manusia dan seluruh alam. Kebanyakan tamadun manusia bermula di kawasan pesisir sungai...jadilah seperti sungai yang mengaliryang akan tetap mengalir wlaupun batu besar menjadi menghalang...

Jadilah seorang daie yang berkualiti. Yang mampu untuk menjadi pencetus kepada sesuatu. Yang mampu untuk mengharungi liku-liku kehidupan..selamat mentarbiah diri..

Jadilah seperti seorang Umar yang adil dalam pemerintahan. Jadilah seperti Mus'ab yang diyakini oleh Rasulullah untuk menjadi duta Islam ke Yathrib. Jadilah seperti Salman al-farisi yang membantu kepada kejayaan Islam di dalam peperangan khandak... Selamat menjadi seseorang yang mampu untuk memberikan yang terbaik untuk Islam...

semoga ada manfaatnya untuk semua

Eksploitasi wanita

Bismillah irrahman irrahim..
Assalamualaikum WBT..

Ada apa dengan wanita? Kenapa wanita selalu sahaja dijadikan 'pelaris' kepada sesuatu barangan atau produk? Formulanya mudah, semua orang akan tertarik kepada sesuatu yang cantik dan indah, dan wanita mempunyai pakej itu, apatah lagi jika wanita itu mempunyai pakej tambahan iaitu seksi dan seksa!

Iklan shampo, iklan kereta, iklan makanan, iklan kasut dan bermacam-macam iklan lagi, seakan-akan tidak sempurna tanpa ada wanita sebagai 'watak utama'. Jika menyentuh lagi tentang iklan kecantikan-pelangsingan badan, sudah semestinya wanita perlu menjadi pelakon utama dalam iklan itu. Sedangkan iklan kurma pun ada wanita yang jika difikirkan logik, bukan hanya wanita yang makan kurma!

Di sisi Islam, martabat wanita tidak serendah itu, dan tidak semurah itu untuk dipamerkan. Allah SWT mengangkat martabat wanita ketika zaman jahiliyyah lagi sehinggakan satu surah dalam al Quran diberikan nama an-Nisa yang bermaksud wanita.Terlalu banyak ayat al quran dan hadis Rasulullah SAW yang menyarankan supaya wanita itu dijaga dan menjaga kehormatan dirinya dari dicemari. Contohnya hadis Rasulullah SAW menyebut tentang adab berpakaian " sesungguhnya sebilangan ahli neraka adalah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan mencium bau syurga".

Mengenai aurat wanita pula, Rasulullah menjelaskan kepada Asma Abu Bakar "wahai Asma, sesungguhnya apabila seseorang wanita itu telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan tangan dan wajahnya". Sudah jelas dan bersuluh bahawa larangan untuk menjaga aurat ini adalah untuk menjaga kehormatan diri seseorang wanita itu, seperti cantiknya mutiara yang kekal tersimpan rapi di tempatnya, berbanding dengan mutiara yang tidak dijaga dengan baik, akan rendah nilainya dan akan mudah tercalar.

Larangan Allah jelas dalam al quran, larangan Rasulullah juga sangat jelas seperti yang diriwayatkan, namun mengapa masih lagi perkara ini berlaku?Eksploitasi wanita makin menjadi-jadi dan ada juga yang mencop wanita sebagai objek seks! Barat menganggap wanita perlu ditinggikan martabatnya, dan ini merupakan salah satu cara yang paling cepat dan berkesan untuk turut mempengaruhi orang lain. Sistem kapitalis yang diamalkan telah menjadikan ekspolitasi wanita ini HALAL. Jadi, tidak hairanlah jika situasi ini dapat diterima umum kerana ia seakan-akan sudah menjadi kebiasaan, walhal hal ini perlu ditentang sehabis-habisnya.

Kembali kepada Islam adalah jalan yang terbaik untuk menghindari perkara ini dari terus merebak dan membarah. Pengiklanan dan penyiaran di televisyen mungkin perlu ditapis oleh pihak berkuasa. Bantahan perlu dibuat jika ada yang melampaui batas. Suara pengguna sebenarnya lebih berkuasa daripada pengeluar kerana tidak akan pasaran tanpa permintaan.

Harapan saya sangat besar agar semua pihak sedar akan hal ini. Islam tidak menghalang kecantikan namun biarlah ia berpada-pada dan masih berada dalam syariat yang betul.

Maintenance

Assalamualaikum WBT..
Salam ukhuwah kepada semua sahabat Nisa Negeri..Semoga berada dalam keadaan yang sihat di samping tugasan seharian..

Admin Nisa' Negeri Sabah (NNS) sedang mengemaskini dan membuat penyelenggaraan terhadap blog NNS. Jadi, admin sangat berharap agar sahabat-sahabat semua bersabar. Pengemaskinian maklumat tidak boleh dijalankan sekelip mata, dan perlu dilakukan berkala. Mungkin ada yang perasan, direktori baru sahaja di'update', aktiviti Nisa Kawasan masih lagi aktiviti yang lama. Ana mewakili admin, memint maaf kerana kelambatan mengemaskini blog ini..

Apapun, mudah-mudahan blog ini akan dapat di'update' secepat mungkin. Doa-doakan ya..=)

Sunday, July 10, 2011

Pertembungan Iman dan Materialisme-Surah Al Kahfi

Firman Allah:
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (surah adz-dzariyat ayat 55)

surah al-Kahfi merupakan surah yang digalakkan kepada kita untuk membaca dan menghafaznya. Hal ini kerana surah ini boleh memelihara daripada fitnah dajjal.
"sesiapa yang membaca surah al-kahfi sebagaimana surah itu diturunkan, kemudian dajjal keluar, tidaklah dapat dajjal itu menguasainya dan tidak ada jalan untuknya menguasai orang itu." (riwayat al-hakim)

Terdapat 4 kisah yang terdapat dalam surah ini. Jika kita teliti dengan sebaik mungkin, kita akan mendapati bahawa surah-surah ini membawa maksud yang sama, iaitu 'Antara Iman dan Kebendaan' atau pun ‘Antara Kudrat Allah yang Mentadbirkan Alam Raya ini Dengan Tabii Ataupun sebab musabab.'

Cerita pertama dalam surah ini menceritakan tentang ashabul kahfi (rasanya semua org maklum tentang cerita ini) dan rasanya tidak perlu untuk saya bercerita kembali mengenai kisah ini...
Penulis (Abul Hasan Ali An-Nadwi) mengaitkan kisah ini dengan keadaan kaum muslimin Mekah yang menghadapi situasi yang sama dengan kisah pemuda ini. Bilangan yang sikit, diancam dengan pelbagai ancaman hanya kerana menjadikan Islam sebagai anutan. Namun, Allah tetap memberikan kemenangan kepada kaum muslimin yang sedikit. Pertolongan Allah hanya kepada sesiapa yang dikehendakinya. Keadaan kaum muslimin Mekah dan ashabul kahfi turut mempunyai persamaan dari segi masa. Ashabul kahfi bersembunyi di gua sehinggalah kesesatan yang ada pada waktu itu berubah dan agama yang menjadi anutan dijulang tinggi. Di Mekah, kaum muslimin turut mengalami situasi yang sama sehinggalah mereka dibenarkan untuk berhijrah dan Islam terus dijulang.
Dalam kisah ini, kita akan dapat melihat bahawa wujudnya segolongan yang memberontak kerana alasan yang kukuh-pemberontak yang beriman. Dakwah islamiah yang wujud di dalam hati mereka tidak mudah dikaburi dengan duniawi meskipun harganya adalah diri, nyawa dan darah mereka.Pemberontak ini berpandukan keimanan dan ketaqwaan mereka dan pertentangan berakhir dengan keimanan mengatasi pemikiran kebendaan. Orang yang diperangi akhirnya menjadi wira dan menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

Kisah ke 2 pula mengenai pemilik dua kebun.Interesting story actually. Ia mengisahkan mengenai seorang lelaki yang mengecap kebahagiaan. Ia mendapat kesenangan dan kemewahan. Ia memiliki dua kebun anggur yang merupakan buah yang baik dan disukai ramai. Di celah-celah dua buah kebun itu pula dipenuhi dengan tanaman-tanaman yang subur, juga menjadi kegemaran orang ramai. Semua ini adalah punca kebahagiaan dan menjadi perkara yang amat diingini dalam hdup yang sederhana ini. Lelaki ini telah diwarnai dengan keimanan terhadap kebendaan. Pendidikan yang baik dan pengetahuan yang benar tidak akan dapat mengingatkannya.

Ia bersikap sombong dan bongkak kepada kawannya. Ia tidak mahu berkongsi kebahagiaan yang dikecapi lalu ia berkata dengan lantang dan tanpa sedar;
"Aku lebih banyak harta darimu dan lebih berpengaruh dengan pengikutku yang ramai." ayat 34.
Ia memasuki pusat kesenangan dan kemewahan yang juga merupakan pusat pengaruh dan kekuasaannya dengan keadaan jahil. Ia jahil tentang dirinya, kekuasaan Allah, sebab-sebab ghaib dan iradah Allah yang memelihara tujuh petala langit. Ia juga percaya bahawa orang yang mendapat kebaikan, mengecap nikmat, tidak akan dirundung malang, tidak akan ditimpa kesusahan dan sebaliknya pula sentiasa berada di puncak kebahagiaan walau di mana jua berada (ayat 35-36)

Apa yang jelas dalam kisah ini ialah bahawa dia (pemilik dua buah kebun) ini mensyirikkan Allah dengan sebab musabab, yang mana ia yakin benar bahawa sebab musabablah yang menentukan dan memberikan kesan pada sesuatu. Ia percaya kerana sebab musabab jugalah ia berjaya mendapat kelebihan, kesenangan, harta warisan dan keuntungan dari harta bendanya. Ia semata-mata bergantung dengan sebab musabab tadi dan melupakan Allah. Ia tidak percaya bahawa sesuatu kesan itu datangnya daripada Allah dan Allah yang mentadbirkannya.

Kisah ke3 dalam surah al-kahfi ini adalah mengenai Nabi Musa a.s dengan Khaidir. Kisah ini pula mengenai tindakan-tindakan ganjil yang dilakukan oleh Khaidir ketika bersama dengan nabi Musa. iaitu menebuk sampan yang mereka naiki, membunuh seorang kanak-kanak dan membetulkan dinding yang hampir roboh walaupun mereka tidak diberikan layanan yang baik ketika berada di kampung tersebut. Setiap yang dilakukan oleh Khaidir mempunyai sebab yang tertentu dan tanpa diduga. Ia memberikan pengajaran bahawa kita selalu membuat keputusan berdasarkan apa yang kita lihat dan rasai dengan pancaindera tanpa berfikir jauh lebih dari itu. Semua keputusan yang dibuat oleh Khaidir hanya diperhatikan oleh Musa a.s. Namun, sebenarnya, tindakan Khaidir menampakkan kebijaksanaannya. Tindakannya menebuk sampan adalah untuk mengelakkan sampan tersebut dirampas oleh pemerintah kerana polisi pemerintah ketika itu akan merampas sampan yang masih baik dan sempurna. Tindakan kedua-membunuh kanak-kanak; sebenarnya Khaidir melakukan yang terbaik kerana anak itu akan membesar dan akan memfitnah kedua orang tuanya. Jadi ia berpendapat lebih baik menangis sesaat sebelum menangis seumur hidup. Tindakan ketiga dilakukan oleh Khaidir adalah kerana dinding yang hampir runtuh itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim dari ibu bapa yang salih. Di bawah dinding itu, terdapat harta benda warisan untuk mereka berdua. Jika dinding itu roboh, harta benda mereka mesti akan diambil oleh pencuri serta perompak.

Dari kisah ke3 ini, jelaslah bahawa ilmu manusia amat terhad dan ia tidak pernah sampai ke puncak yang terakhir (surah yusuf ayat 76).segala yang dilakukan oleh Khaidir adalah kena pada tempatnya bukannya baik dibalas jahat, jahat dibalas baik. Segala tindakan yang dilakukan oleh Khaidir adalah betul dan baik.
kalaulah seorang itu dapat menyingkap reality hidup yang sebenarnya, rahsia-rahsia dan kesudahan sesuatu perkara itu, maka sudah tentulah berlaku perubahan yang jelas dalam keputusan yang diberikan. ia tentu membatalkan keputusan yang sudah dibuat. Jadi tentunya manusia tidak menaruh kepercayaan lagi pada keputusan, hukuman, kecenderungan dan tabiatnya sendiri. Manusia tidak mengetahui sepenuhnya mengenai alam yang luas ini. Jadi ia tidak boleh membuat keputusan terburu-buru. Ia juga tidak boleh menurut fikiran sendiri sahaja dengan mengenepikan fikiran orang lain. Kehidupan ini amatlah rumit dan kusut manakala alam ini pula terbentang luas. Kerap benar berlaku perbezaan antara perkara zahir dan batin, dan awal dengan akhir.

Kisah ke4 dalam surah ini adalah mengenai kisah Zul-Qarnain.Kisah seorang lelaki yang terhimpun di dalam dirinya keimanan, kebaikan dan kekuatan yang luar biasa. Ia juga dapat menguasai semua jenis kekuatan dan keupayaan yang ada pada seseorang insan serta boleh menggunakan semua saluran dan perkakas yang ada pada zamannya. Lelaki ini telah menggunakan semua kuasa yang ada untuk menentang taghut, perosak dan orang-orang yang menakluki negeri secara zalim. Ia menggunakan segala kuasa tersbut untuk kebajikan manusia, berkhidmat kepada insan dan membangunkan sebuah kota yang baik. Ikitibar yag kita dapat dari kisah ke 4 ini ialah beliau seorang raja yang salih dan melakukan kebaikan. Zul-Qarnain juga merupakan rahmat kepada satu kaum yang selalu diganggu oleh orang-orang nomad yang dikenali sebagai Ya'juj dan Makjuj. Zul-Qarnain datang ke kampung tersebut dan membantu mereka membina tembok yang boleh menghalang orang-orang nomad ini daripada terus mengganggu kehidupan mereka. Zul-Qarnain hanya meminta supaya penduduk yang ada di situ membantunya dengan tenaga buruh bukannya dengan mengenakan bayaran atau cukai yang tinggi (surah al kahfi ayat 95-96).
walaupun zul-Qarnain dapat membantu kaum tersebut namun beliau tidak menganggap bahawa dia adalah seorang yang hebat. Sebaliknya ia menyerahkan segala kelebihan tersebut kepada Allah. Meskipun ia berada di kemuncak kegemilangan dan kekuasaan, namun ia tetap tunduk kepada Sang Pencipta. Ia tidak mudah dikaburi dengan harta yang menjadi perhiasan duniawi.Ia juga menggunakan nikmat tersebut untuk mengeluarkan manusia dari kesesatan dan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

sebenarnya terlalu banyak iktibar yang kita boleh ambil di dalam surah ini.Jangan sesekali menggadaikan akidah islam semata-mata kerana dikaburi dengan harta duniawi. Walau apapun yang terjadi, tetaplah di dalam perjuangan Islam walaupun perjalanannya pahit dan berliku kerana syurga itu manis dan indah.

semoga ada iktibarnya untuk semua..minta maaf kalau ada bahasa atau ayat yang kurang difahami/tak sampai maksud..
untuk rujukan yang lebih lanjut-tafsir surah al-kahfi fan buku tulisan Abul Hasan Ali An-Nadwi-pertentangan iman dengan materialisme.
semoga kita terus ditetapkan hati terhadap keimanan kepada Allah melebihi segala-galanya...

Saturday, July 9, 2011

Salam Perjuangan

Assalamualaikum wbt...

Apa kabar sahabat Nisa Sabah?Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera, di samping kesyukuran kerana masih merasai nikmat iman dan Islam yang dianugerahkan oleh Ilahi.

Tika ini mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa blog nisa agak sepi tanpa posting yang terbaru dari admin. Untuk pengetahuan sahabat semua, pengambilalihan kepimpinan Nisa Negeri baru sahaja dibuat dan sekarang ini Nisa Negeri sedang menbuat kemaskini direktori Nisa yang baru. Jadi saya sangat berharap agar semua sahabat atau follower Nisa Sabah dapat bersabar menantikan apa-apa perkara terbaru dari Nisa' Negeri. Saya berharap agar sahabat-sahabat semua terus menyokong Nisa' Sabah.

Akhir sekali, saya juga berharap agar perkongsian dari sahabat Nisa' seluruh negeri dapat membantu memeriahkan lagi blog ini, sekaligus dapat menjadikan ia sebagai medium untuk kita saling berkongsi dan merancakkan lagi Nisa' di Sabah ini.




Friday, July 8, 2011

ADAB YG PERLU DIJAGA OLEH LELAKI & PEREMPUAN

Ucapan yang makruf dan sopan.Firman Allah: Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.

Menundukkan pandangan. Dalam surah an Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-rnasing khususnya dalarn suasana takutkan fitnah.

Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu. Ibnu Syiahab az-Zuhri.

Tidak berkhalwat (berdua-duaan). Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w. ) bersabda: Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia mahramnya.

Menghindari tempat shubhat. Sabda Rasulullah SAW: Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu.... (Riwayat Bukhari)

Adab khas untuk wanita Muslim

Iltizam dengan pakaian Islam ,Firman Allah: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi: Janganlah kamu bertabarruj(bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabrruj.

Serius dalam ucapan . Tidak `mengada-ngada` atau bermanja-manja dalam percakapan.Firman Allah: Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.

Menjaga pergerakan .Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.Wanita di atas pentasDaripada pembentangan di atas ternyata bahawa rnenjadi pengacara majlis, peragawati, penyanyi dan penari adalah haram kerana tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ulama lslam.

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-