Masa

Wednesday, October 27, 2010

10 Soalan Sebelum Meminang

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, ‘dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin’.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait yang kini aktif mengadakan program-program berbentuk bimbingan kekeluargaan, berdasarkan pengalaman dan pengamatannya ketika mengendalikan kes-kes berkaitan dengan masalah rumahtangga menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chating dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka. Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya. Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan. Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil. Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur yang jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa. Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri. Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan. Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya. Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar. Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

Ustazah Maznah Daud

Ketua Wanita

Pertubuhan IKRAM Malaysia

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

Kenapa Anda Perlu Daftar Pemilih??

Kenapa Anda Perlu Daftar Pemilih?

Malaysia kini mempunyai 15 JUTA warga yang berkelayakan untuk menjadi pengundi, dengan kata lain, 15 JUTA inilah yang bakal memilih siapa bakal meneruskan legasi kepemimpinan Malaysia, Negara yang kita cintai.

Namun, dalam bilangan 15 JUTA itu, yang telah sedia ada adalah 11 JUTA orang, masih terdapat 4 JUTA pengundi berkelayakan tetapi belum mendaftar sebagai pemilih. Angka 4 JUTA ini bukan angka yang sedikit, 4 JUTA pemilih baru ini bakal penentu masa depan Negara. Bilangan inilah yang bakal menentukan siapa yang akan memerintah Malaysia pada masa akan datang.

Setiap daripada kita sering melaungkan pendapat dan idea tentang apa yang kita mahu, ada yang berceramah, ada yang membuat demonstrasi, dan banyak lagi lagak dan gaya. Akan tetapi sedarkan kita, yang menjadi pemilih adalah kita, jika sekadar berdemo dan berarak menunjukkan ketidak puasan hati, tetapi tidak mengundi, tidak ada gunanya.

Sistem pemilihan di Malaysia, telah membuka ruang kepada warganya untuk memilih siapa yang kita mahu bagi meneruskan legasi pemerintahan, tetap dengan yang sedia ada atau membuat pembaharuan supaya Malaysia mendapat nafas baru, semuanya di tangan anda!


1 UNDI daripada kita bakal memenangkan idealisme yang di sokong, dan tanpa 1 UNDI kita itu, harapan untuk melihat Malaysia di terajui oleh kerajaan yang telus akhirnya hanya akan tinggal harapan. Tanggungjawab sebagai seorang pemilih sangat besar, jika kita mengundi dan memenangkan pihak yang salah, maka ia akan memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia, dan kita pastinya akan dipertanggungjawabkan atas pilihan itu.

Begitu juga jika kita memandang enteng tanggungjawab sebagai pemilih, kita tidak mengundi walaupun layak dan secara tidak langsung kita biarkan pihak yang tidak sepatutnya menang itu terus selesa, maka dengan hal itu juga kita akan dipertanggungjawabkan!. Anda hanya ada satu pilihan…

DAFTAR PEMILIH DAN TURUN MENGUNDI!!!

Siapa Yang Layak Untuk Mendaftar Sebagai Pemilih?

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

(a) Seorang warganegara Malaysia;

(b) Telah mencapai umur 21 tahun;

(c) Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan

(d) Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

ANDA SUDAH LAYAK?...DAFTAR SEKARANG!!!

Di mana Boleh Mendaftar?

(a) Pejabat-pejabat SPR

(b) Pejabat-pejabat pos berkomputer

(c) Wakil-wakil jabatan

(d) Wakil-wakil parti politik (daftar baru sahaja);

(e) Pasukan Outreach SPR

* Di syorkan supaya selesaikan saja urusan daftar pemilih di pejabat pos berkomputer yang berhampiran, sangat mudah dan cepat. Hanya perlu membawa diri dan kad pengenalan, urusan seterusnya akan diselesaikan oleh pegawai yang bertanggungjawab, anda hanya perlu menunggu dalam masa 10-15 minit, kemudian semak dan tandatangan, mudahkan?

Bagaimana Cara Mendaftar?


Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:

(a) Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;

(b) Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;

(c) Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;

(d) Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan

(e)Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

Mendaftarlah Sekarang, Ianya Mudah!


Sebenarnya urusan daftar pemilih tidak rumit dan tidak juga mengambil masa yang lama, hanya dalam masa sekitar 10 - 15 minit, ianya dapat diselesaikan dan anda berpeluang menunaikan hak kepada agama, negara dan bangsa!

Masa Depan Pilihan Kita!

Melihat kepada perkembangan semasa, senario politik di Malaysia sekarang nampaknya tidak menentu. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk memperbaiki keadaan ini, dan caranya adalah dengan MENGUNDI!, tetapi untuk mengundi pilihan hati, Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH terlebih dahulu!.


Masa depan negara pilihan kita!, kitalah yang yang mencorakkannya, jika putih, putihlah ia, jika hitam, hitamlah ia. Jangan pula setelah segalanya selesai, baru kita merungut itu dan ini, menyalahkan pihak – pihak yang lain dan sebagainya, sedangkan diri sendiri tidak menunaikan tanggungjawab sebagaimana yang sepatutnya dilakukan.

Daftar Pemilih, Mengundi : WAJIB!

Memilih pemerintah yang adil adalah wajib bagi mengelakkan berlaku kezaliman dalam Negara yang tercinta. Jika kita hanya menjadi penonton kepada senario yang berlaku, tidak ambil peduli, maka tindakan itu adalah satu tindakan yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan TIDAK AMANAH!.

Bilangan 4 JUTA yang masih belum mendaftar seperti yang telah disebutkan ini jika ia condong kepada Barisan Nasional, maka tampuk kekuasaan berkemungkinan besar akan kekal sebagimana sekarang buat masa ini, sebaliknya jika ia condong kepada Pakatan Rakyat, maka peralihan kuasa daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat bakal berlaku, begitulah hebatnya kuasa kita sebagai pemilih!

Memilih antara Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat adalah hak kita, timbanglah antara baik dan buruknya, kelebihan dan kekurangannya. Mengambil bahagian dalam memilih kerajaan yang benar – benar adil adalah satu KEWAJIPAN, justeru sebelum layak untuk mengundi adalah WAJIB untuk kita MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH!...

Artikel sumbangan : insan.celik.sinar.harian

Tuesday, October 26, 2010

HEMPAS - HIMPUNAN ISU TANAH RAKYAT SABAH

Pada 24 Oktober 2010, Ahad, satu Program yang julung-julung kali diadakan di Sandakan iaitu Program Perhimpunan Aman, Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah, (HEMPAS), telah mengumpulkan 4000 orang penduduk yang berasal dari seluruh pelusuk Sabah, majoriti peserta yang hadir adalah di kalangan anak jati sabah dari kalabakan, keningau, tawau, pitas, kota merudu, merotai dan seluruh sabah.

Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi menjelaskan kepada penduduk sabah tentang hak-hak rakyat yang sepatutnya dimiliki, malangnya kerajaan semakin menegakkan tanduknya. Tanah telah dirampas, rumah dirobohkan dan tanaman yang telah bertahun-tahun lamanya diusahakan menjadi milik kerajaan dengan sekelip mata.

Program ini juga bertujuan untuk menghimpunkan penduduk sabah untuk pro kepada Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan, Parti Islam Semalaysia dan DAP. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membincangkan isu-isu politik yang hangat diperkatakan oleh barisan pimpinan pakatan rakyat.


Seramai 150 orang peserta dari Tawau yang hadir dalam program HEMPAS yang diadakan di Dewan Hakka, Sandakan. Perjalanan 7 Jam, Tawau ke Sandakan bukan halangan kepada pengerak-pengerak aktivis Pakatan Rakyat untuk menjadi peserta dalam program yang mampu membakar semangat bagi membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat mampu memerintah menggantikan kerajaan pemerintah yang bersikap pentingkan diri.

Program yang bermula seawal 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta, diikuti Majlis Perasmian Program HEMPAS oleh YB. TG Haji Abdul Hadi Bin Awang, Presiden PAS Pusat. dalam ucapan beliau menegaskan bahawa jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah kerajaan malaysia, Malaysia akan menggunakan hukum Islam secara mutlak kerana bukan sekadar mempertahankan keadilan malah kita bersatu untuk mempertahankan dan menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Takbir...!!!

Barisan pimpinan PAS Malaysia, semasa menyanyikan Lagu Negara dan Lagu Sabah Tanah air, sebagai pembukaan majlis perasmian tersebut.



Keberangkatan pulang YB TG HJ Abdul Hadi Awang setelah selesai merasmikan Program HEMPAS.


"PAKATAN RAKYAT AKAN BERSATU"




Dari Kiri, Naib Persiden PKR, Saudara Azmin Bin Ali, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Pas Pusat, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat@Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, YB Lim Kin Cheu, Pengerusi DAP Sabah, dan Ustazah Noridah, Ketua Musliamat PAS Pusat.
Laungan semangat, "HIDUP HIDUP RAKYAT, HIDUP HIDUP PAKATAN, HIDUP HIDUP REFORMASI."..


Program diakhiri dengan penyerahan memoranndum kepada wakil-wakil Pimpinan Pakatan Rakyat bagi merealisasikan hajat Rakyat Sabah.. Semoga perhimpunan hari ini diberkati Allah. Aminnnnnn..


copy by, http://suarakal.blogspot.com (Mujahidah_Tawau)

Saturday, October 23, 2010

NISA' Sabah mengutuk sekeras-kerasnyanya IFF

NISA' Sabah mengutuk sekeras-kerasnyanya IFF

Sumber:
Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.

Meskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.

“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya.

Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.

“Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.

“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Asri yang kini di Doha, Qatar mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan fesyen Islam supaya mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu.

“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak,” katanya lagi.

Pada festival di Monte Carlo itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Rosmah, pada pembukaan majlis itu dilaporkan berkata Fesyen busana Muslim kian pesat berkembang menjadi perniagaan menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih US$96 bilion (RM302 bilion) setahun.

Bernama juga melaporkannya sebagai berkata: "Festival Fesyen Islam ini sebenarnya bertujuan memberi noktah kepada kelaziman bahawa wanita Islam tidak mempunyai citarasa gaya.

“Sebaliknya, pakaian berkonsepkan Islamik mempunyai gaya yang tersendiri, dan hari ini ia mulai menarik semakin lebih banyak perhatian, kerana trend arus perdana semakin menjadi tidak senonoh, mengghairahkan dan provokatif, tidak menarik kepada lebih ramai pengguna konservatif," katanya.


Sumber:

KUALA TERENGGANU, 22 Okt: Umat Islam yang prihatin menyertai tunjuk perasaan secara aman bagi membantah penganjuran Festival Busana Muslim yang menghina Islam.

Bantahan secara aman itu dianjurkan oleh Pemuda PAS Terengganu diadakan selepas mereka menunaikan solat Jumaat di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu dan Masjid Batu Rakit, Setiu.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani ketika menyertai demonstrasi aman di luar kawasan Masjid Pengadang Baru berkata bantahan diadakan serentak di seluruh negara oleh Pemuda PAS Pusat dan negeri-negeri selepas solat Jumaat, hari ini.

Katanya, penganjuran Festival Busana Muslim yang diadakan di Monte Carlo pada 9 Ogos lalu yang dinaungi ‘Wanita Pertama’, Datin Seri Rosmah Mansor jelas menghina Islam kerana pakaian model yang terlibat tidak menutup aurat.

“Ada model menggayakan fesyen yang memakai baju tidak menutup aurat dengan tulisan ‘Muhammad’ yang jelas memalukan umat Islam.

“Pemuda PAS bantah sekeras-kerasnya dan jika dibuat sekali lagi di negara ini akan ditentang dan akan kerah seberapa ramai umat Islam untuk bantah sehingga penganjuran itu dibatalkan,” tegasnya.

Beliau berkata, Pemuda PAS amat sensitif dan akan menentang dengan apa cara sekali pun walau terpaksa dengan pengorbanan darah dan nyawa.

“Pemuda PAS desak Rosmah selaku penaung program itu minta maaf secara terbuka dan pihak berkuasa ambil tindakan,” ujarnya di hadapan kira-kira 1,000 orang.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Ketua Pemuda PAS Marang, Wan Ahmad Zuki Wan Ismail turut serta.

Di Masjid Batu Rakit, lebih 500 umat Islam menyertai bantahan tersebut.

Friday, October 15, 2010

Sekolah Harapan : keterbukaan tanpa batasan?

Kita sedia maklum, kerajaan negeri Melaka memulakan langkah dalam pembinaan dan pembiayaan sebuah sekolah khusus untuk pelajar hamil yang dinamakan Sekolah Harapan.

Sekolah yang ditempatkan di daerah Jasin, Melaka ini bahkan boleh menampung sehingga 40 orang pelajar. Ketika sekolah ini mula dilancarkan, saya berfikir untuk menyediakan masa membuat 'pemerhatian'.

Ternyata setelah lebih kurang 3 minggu sekolah ini dibuka, hipotesis saya benar; akan berlaku pertambahan pelajar dari semasa ke semasa. Walaupun di peringkat permulaan kita tahu tiada yang berani mendaftarkan diri. Sehingga saat ini, media melaporkan bilangan pelajar sudah melebihi 10 orang bahkan ada yang telah melahirkan.

Apa yang perlu kita risaukan soal kuantiti?


Inilah perkara pokok dalam isu ini. Pada pandangan saya, sekolah yang pada awalnya hanya diperuntukkan untuk 40 orang pelajar sahaja ini begitu 'berisiko' besar untuk menambah bilangan kerusi dan meja untuk pelajar lain lagi.

Saya begitu bimbang, sikap 'keterbukaan' para menteri kita ini akan menjadikan pepatah 'alah bisa tegal biasa ' diterjemahkan dalam isu ini. Mula-mula malu, kemudian ramai yang mahu. Lama-kelamaan, tiada apa lagi yang akan menjadi 'isu' kerana ia telah menjadi sebati dalam masyarakat kita.

Para remaja yang gemar bersosial tanpa batasan akan mula berasa 'selamat' setelah ada jaminan bahawa mereka tetap boleh 'menjadi manusia' seperti rakan-rakan sekolah mereka yang lain walaupun sebenarnya nilai hidup sebagai seorang manusia berakhlak itu makin terhakis dalam diri.

Saya juga ingin menimbulkan dua persoalan yang nyatanya akan memberi kesan berbeza. Pertama, jika benar seorang pelajar itu hamil sebelum sekolah ini diwujudkan dan beliau benar-benar menginsafi perbuatannya, mungkin benar dirinya 'layak' ke sekolah harapan ini (jika berpandukan matlamat penubuhan).

Tetapi kedua, jika pelajar tersebut hamil setelah wujudnya sekolah ini akibat rasa selamat akan 'terjaminnya' masa depannya walau hamil di luar nikah, ini yang bermasalah. Bahkan masalah ini memberi kemudaratan yang lebih besar kepada masyarakat kita berbanding keadaan pertama. Bukankah mengelakkan kemudharatan yang lebih besar itu adalah lebih perlu kita utamakan berbanding mewujudkan kebaikan yang sedikit?

Benar, kita tidak akan mampu menjangkakan masa depan. Tetapi, jika jalan yang kita gunakan lebih berisiko dalam mengundang nilai negatif berbanding nilai positif untuk masyarakat, tindakan kita perlu dikaji semula.
"Bernilai lagikah masyarakat kita jika hidup dalam budaya 'keterbukaan tanpa batasan' hingga mengurangkan nilai sensitiviti terhadap maruah dan kehormatan?"

Oleh,

Siti Nadzirah Majeed

Surat Pembaca (malaysiakini)

Andaikan suamiku seperti mereka


Ummul Ghuroba’

Ketika aku keluar rumah sambil bendiri melihat foto-foto para mujahidin yang mulia dan yang menjaga keutuhan agama dan kaum muslimin, maka aku sangat berharap bahwa sebekas kertas itu tertera gambar suamiku dan tertulis namanya supaya kami mendapatkan kemuliaan pada seluruh umur kami, dan hal itu bukan hanya dia saja. Juga supaya anaknya bahagia ketika melihat ayahnya menjadi salah satu dari para pahlawan itu dan bangga dengan keberaniannya ketika diwaktu yang sama tetangga mereka dan ayah teman-teman mereka bersikap diam tenang dan tidak bergerak untuk memperjuangkan umat!!

Bahkan supaya Allah dan orang-orang beriman mencintai ayah mereka dan supaya Allah menerima amal mereka, kerana barang siapa yang redha kepada Allah maka dialah yang akan diredha oleh Allah, dan manusia juga akan meredhanya, bahkan Allah akan mencintainya, dan barang siapa yang dicintai oleh Allah maka dia akan dicintai oleh orang yang berada di langit dan dibumi.

Ketika para Ummahatul Mukminin yang suci mencintaiRasulullah SAW…

Maka mereka mencintainya kerana beliau adalah seorang pemberani yang Jibril turun dengan membawa wahyu sedangkan beliau waktu itu beribadah di sebuah gua yang gelap gulita.

Mereka mencintai beliau karena beliau seorang pemberani di dalam menyampaikan risalah Robbnya dan berkata kepada kaum Quroisy:
لقد جئتكم بالذبح
“Sungguh aku datang kepada kalian dengan penyembelihan”.

Mereka mencintainya karena beliau seorang pemberani yang melindungi sahabat-sahabatnya dengan punggungnya ketika siksaan semakin bertambah berat.

Maka beliau dicintai oleh Alloh dan seluruh kaummuslimin….

Dan ketika istri Ash Shiddiq mencintai suaminya…

Dia mencintainya karena dia adalah seorang pemberani, dia adalah orang yang pertama kali beriman kepada Alloh SWT, mencintainya karena beliau seorang pemberani, beliau orang yang pertama kali membenarkan Rosululloh SAW, mencintainya karena dia berani memerangi orang-orang murtad dengan penuh kegagahan sehingga Alloh menjaga agamaNya melalui tangan beliau.

Maka dia dicintai oleh Alloh dan seluruh kaum muslimin…

Dan ketika istri Umar mencintai Umar bin Khottob ra.mencintainya karena dia adalah seorang pemberani, beliau orang yang pertama kali memisahkan yang haq dari yang bathil, mencintainya karena dia seorang pemberani yang dimana jika dia berjalan di suatu lembah sedangkan syetan berjalan di lembah yang lain untuk menghindarinya, mencintainya karena dia pemberani yang mengatakan suara kebenaran dengan terang-terangan sebagai balasan terhadap Abu Sufyan ketika perang Uhud.

Maka dia dicintai oleh Alloh dan seluruh kaum muslimin…

Mereka itulah orang-orang yang dicintai oleh Alloh dan dicintai oleh umat Islam, mereka dan orang-orang yang berjalan di atas manhaj mereka, membela apa yang mereka bela, mempertahankan sebagaimana mereka mempertahankan, menolong orang-orang yang mereka tolong. Mereka adalah para pemimpin umat ini, para pemberani umat ini seperti Saifulloh Al Maslul (yang selalu terhunus), Abu Dujanah, Al Barro’, Malik, Abdullohbin Zubair, Said bin Jubair, Ahmad bin Taimiyyah, Sholahuddin, Umar Mukhtar, Marwan Hadid, Kholid Al Islambuliy, Yahya Ayyasy, Saamir As Suwailim (Khottob), Yusuf Al Uyairiy, Turki Ad Dandaniy dan Sulthon Al Qohthoniy semoga Alloh meridhoi mereka semuanya.

Mereka itulah orang-orang yang berhak untuk dicintai…

Mereka itulah orang-orang yang berhak untuk disebut orang-orang yang menepati janji…

Mereka itulah orang-orang yang mulia…

Setiap singa dari mereka berhak untuk kita cintai, karena dia dicintai oleh Alloh dan RosulNya, juga dicintai ummat dan dibelanya…

Setiap singa dari mereka berhak disebut orang yang menepati janji karena dia memiliki perjanjian dengan Alloh, dan memiliki perjanjian dengan Rosululloh SAW dengan mengikuti petunjuknya, memiliki perjanjian dengan umatNya ketika dia menjadikan kepala umat tegak dengan mempertahankan agamanya…

Setiap singa dari mereka berhak untuk mendapatkan kemuliaannya karena dia telah menjaga kemuliaan dan kehormatan umat, maka seorang pemberani dan mulia itu jika dicintai, dia memenuhi setiap perjanjiannya dengan mengorbankan jiwanya yang suci, sehingga selain dari itu semua, dia adalah seorang penakut dan pengecut, tidak berhak untuk mendapatkan sesuatupun.

Majalah Shoutul Jihad Edisi 14 Muharrom 1424 H

Sumber :
Kado Untuk Mujahidah

Tuesday, October 12, 2010

ijtima' tarbawi DPP 2010

salam syuhada'
hari ini penulis ingin berkongsi mengenai pengisian semasa mengikuti program
ijtima' tarbawi DPPP bertempat di masjid rusila marang terengganu,
kampung kelahiran ulamak kita Tuan guru abdul hadi awang..
walaupun sudah 2 minggu berlalu,tapi kesan dan penangan program ijtima'
itu masih lagi terasa di hati..
objektif utama ijtima' itu di adakan adalah untuk menghimpunkan para jundi
untuk membina kekuatan dalaman,
selama ini kita merancang dan membuat himpunan untuk merancang gerak kerja,
mengatur strategi untuk matlamat ..maka program ijtima' ini adalah
himpunan pentarbiyahan dan pembinaan ruhiyah agar anak-anak muda yang berjiwa da'i mempunyai akidah sohih dan sakhsiah yang baik.
kerana tarbiyah adalah jantung sesuatu jema'ah. Maka dengan itu,roh tarbiyah
wajib disemarakkan di jiwa para da'i,agar dapat membina kekuatan dalaman
supaya kita tahan pada ujian-ujian yang telah dihidangkan di jalan perjuangan ini. tidak lalai pada amalan-amalan wajib bagi seorang da'i

1.Qiammulail
2.Al-ma'thurat (merasa tawajjuh dengan Allah bila membacanya)
3.Puasa sunat
4.Qudwah hasanah
5.solat sunat rawatib
6.Fikrah yang jelas
7.baca dan tadabbur al-quran dll

kehebatan seorang da'i bukan sejauh mana dia pandai berkata-kata,tapi kehebatnnya
adalah terletak pada hatinya yang ikhlas dan takut pada Allah..dia umpama
MUJAHID DI SIANG HARI DAN RAHIB DI MALAM HARI

Perkongsian Menarik Bersama MARSIS


~Marsis merupakan persatuan yang mengumpulkan mahasiswa/i
Sabah yang belajar di bumi Semenanjung Malaysia~

~Menyatukan demi ummah!~

Demikian sedikit info tentang Markaz Siswa Siswi Islam Sabah atau lebih sinonim dengan singkatan MARSIS. Kesempatan bersama adik-adik MARSIS bersempena satu konvensyen yang diadakan pada 9hb baru-baru ini telah menghubung jalinkan ukhuwah Islamiyyah yang tidak ternilai bagi kami Saff Nisa' Sabah sesi 2009/2011.

Semoga siri-siri perbincangan selepas ini akan membuahkan lagi sinar dakwah bagi anak-anak Sabah khususnya baik di bumi Sabah mahupun di bumi Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Perkongsian yang ringkas tapi cukup bermanfaat.

Antara aktiviti menarik MARSIS:




Dan pastinya banyak lagi yang menarik..

Pada adik-adik NISA' Sabah yang berada di bumi Semenanjung, sertailah mereka..
Dan adik-adik MARSIS Jom Join NISA' bila dah balik Sabah ya.. ^_^

~Perkongsian yang sangat menarik~

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-