Masa

Saturday, July 31, 2010

Bina Sekolah Hamil Tidak Membantu Banteras Gejala Sosial

NISA' sependapat dengan kenyataan media yang dikeluarkan dari salah satu Parti Melayu Terbesar negara dengan mengatakan bahawa pembinaan sekolah hamil sebenarnya tidak membantu membanteras gejala sosial yang berlaku dengan dahsyatnya pada hari ini. Gejala sosial ini bukan sahaja berlaku di bandar-bandar besar bahkan, tempiasnya turut melibatkan seluruh peruk kampung-kampung kecil. Demikian juga pusat-pusat pengajian tinggi yang bakal melahirkan para intelektual negara pada masa hadapan tidak terlepas dari ujian umat akhir zaman ini.

Justeru kami menyeru kepada seluruh anggota masyarakat dalam apa jua bidang untuk turut sama membanteras gejala sosial. Mari bersama mengembalikan kegemilangan ISLAM melalui budaya hidup yang benar-benar menepati ciri-ciri Islam.


Petikan dari Kenyataan Media


Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menegaskan bahawa tindakan Ketua Menteri Melaka Dato’ Seri Mohd. Ali Rustam yang tetap akan menubuhkan Sekolah Murid Mengandung sebagai tindakan yang ‘kurang cerdik’ dalam usaha membenteras gejala sosial yang semakin menjadi barah didalam negara ini.

Kerajaan Negeri Melaka juga melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Dato’ Abd. Rahaman Abd. Karim sebagai pengerusi penubuhan Sekolah Murid Mengandung. Sekolah itu juga menurut beliau akan menjadi platform bagi membantu gadis sepanjang tempoh mengandung selain mengelak timbul prasangka negatif masyarakat terhadap mereka.

DPPP mempersoalkan kenapa tidak mengambil pendekatan Islam dalam membenteras gejala sosial? Apakah jaminan dengan wujudnya sekolah ini akan berjaya membenteras masalah sosial? DPPP juga mempertikai mengapa tidak dibenteras dari awal masalah sosial tetapi hanya bertindak selepas mereka sudah terlanjur? Benarkah Ali Rustam membina sekolah ini atas dasar pandangan banyak pihak? Sudahkah beliau meminta pandangan alim ulama? Apa yang Kerajaan UMNO/BN lakukan dalam usaha membanteras gejala sosial?

Tindakan membenteras gejala ini harus bermula dari bawah. Tetapi kerajaan tidak serius dalam membenteras gejala ini. PLKN contohnya semakin menggalakkan pergaulan bebas dalam ruang lingkup yang semakin luas yang mana kalau dulunya kenalan hanya di sekitar kawasan rumah, dengan menyertai PLKN mereka akan berkenalan dengan mereka yang duduk di luar kawasan atau negeri tempat tinggal mereka. Tambahan pula PLKN tidak menitik beratkan pendidikan agama. Jika dilihat kepada modul latihan pun tiada batas-batas antara lelaki dan perempuan

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi baru-baru ini berkata sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang telah dikesan oleh Kementerian Pelajaran. Situasi ini amat membimbangkan kita. Seharusnya kerajaan sekarang memikirkan bagaiman hendak mengatasinya sebelum terjadi bukan memikirkan selepas terlanjur.

DPPP melihat bahawa usaha untuk menubuhkan sekolah ini pasti akan menemui jalan buntu sekiranya tidak mengambil pendekatan Islam. Islam menghalang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Penutupan aurat juga amat dititik beratkan. Islam telah mengariskan panduan dari awal iaitu pencegahan lebih baik daripada mengubati. DPPP mengesa kerajaan agar kembali kepada Islam yang sebenar dalam mencari jalan penyelesaian bukan sekadar hanya dilihat memberikan keuntungan pada sebelah pihak sahaja memandangkan pembinaan sekolah ini pastinya menjanjikan projek kepada kroni UMNO/BN tetapi hasilnya masalah sosial tetap ditahap yang sama malah menjadi semakin kronik.

Disediakan oleh

UST. AZMAN SHAPAWI ABD.RANI
Timb. KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Friday, July 30, 2010


Salam semerdu suara bidadari..buat muslimat yang sentiasa menjaga solatnya..

seringkali aku terdengar usikan nakal kaum adam

pada seorang wanita..

kadang-kadang usikan itu membuatkan aku keliru sendiri..

apa sebenarnya nilai kecantikan seorang wanita di mata adam???

adakah pada wajah yang indah menawan??

adakah pada susuk tubuh yang mengiurkan??

yang bijak menggoda iman mereka??

ataukah pada agama dan pekerti yang menghias diri??

hmm..walau apapun jawabannya..

aku tetap aku..aku juga seorang wanita..

fitrahku sukakan diri cantik dan jelita..

namun..biarlah kumujahadah..

aku ingin mencari kecantikan hakiki dan abadi..

itulah kecantikan di pandangan Ilahi..


p/s :cantik wanita pada pandangan adam ada 3 tempat :

-cantik wanita pada wajah dinilai melalui nafsunya
-cantik wanita pada ilmu dinilai melalui akalnya
-cantik wanita pada agama dinilai melalui hatinya




Kenapa wanita berpakaian sexy ? ?

Kata-kata dari ceramah Ustaz Firdaus dari JAIJ

Umat Islam di seluruh dunia ialah seramai 2 billion orang, nisbah 1 dari 4 orang penduduk di dunia. Malangnya kita tidak bersatu menjadikan kita menjadi alat tunggangan orang Barat/Yahudi sahaja. Kita umpama dikawal dengan remote control. Mereka yang mengawal ekonomi, budaya dan peradaban manusia sekarang ni. Kita? follow jer… ok aku nak ko lady gaga – kita pun lady gaga. Aku nak ko pakai fesyen ni , kita pun ikut. Trendy la kononnya tu. Aku nak ko bangun malam – kita pun bangun malam tetapi bukan kerana nak solat malam tetapi nak tengok EPL – tak lama lagi world cup. Aku nak ko layan FB – kita pun sampai ketagih FB.

Bayangkan jika kita seramai 2 billion ni bangun serentak, kemudian dengan masa yang sama mengikut waktu masing-masing tapi tetap masa yang sama jerit serentak “ALLAH HUAKBAR!!!!!”

Mau gegak gempita, gerun musuh kita dan silap-silap boleh runtuh bangunan dibuatnya. Tapi tulah malangnya kita tak bersatu. Dalam negara kita pun tak bersatu apa lagi nak satukan sedunia. Kita ibarat buih-buih di lautan.

Namun apa yang telah termaktub dalam Al-Quran sebelum Kiamat nanti, Muslimin Islam akan menang, akan muncul Nabi Isa Al-Masih yang akan memimpin dunia Islam.

Lagi satu ceramah Ustaz Firdaus berkenaan dengan wanita berpakaian sexy. Wanita berpakaian sexy kerana lelaki. Mereka berpakaian begitu kerana kaum lelaki suka tengok. Kaum lelaki tidak mencegahnya kerana suka cuci mata. Tak tau nanti mata kena cuci kat Akhirat besok.

Cuba lelaki pakat-pakat tidak suka dengan perempuan pakaian sexy. Kalau jumpa jer perempuan berpakaian sexy pakat tengking.. “Balik!!!!! pakai pakaian sopan sikit!”. Kalau tak semua pun, 50% jer lelaki buat camni, pasti perempuan pun tak berani nak pakai sexy lagi. Ni tidak, siap ngurat lagi, sambil menjeling … mana tak perempuan tu makin getik.

Cakap memang mudah kan tapi nak praktikkannya yang payah. Ada seorang rakan blalang_group yang imannya tak setipis bawang berani menegur gadis kota jirannya yang berpakaian sexy. Kalau senipis kulit bawang hanya dalam hati jer. Lihat luahan hati beliau yang bertajuk Gadis Kota x boleh ditegur.

Aku nak berkongsi satu sketsa kehidupan yang berlaku di Ibu Kota KL nie.
Ia berlaku kepada aku sendiri semalam pas balik dr keja.

Lepas g amik anak aku kt umah jiran (mengasuh); aku pun berjalan balik. Kebetulan time yg sama ada sorang makwe yang cun, putih gebu kulitnya, galak matanya, panjang keperangan rambutnya berjalan bertentangan dihadapan aku. Tambahan pulak makwe tu hanya mengenakan ‘tube’ dipadankan dengan jeans ketat pada badanya. Lantaran berpakaian sebegitu telah menampakkan dengan jelas dadanya yg gebu lagi cantik tu.

Sebagai seorang lelaki, mungkin sikit sangat yg dapat menahan godaan sebegini. Rezeki di depan mata pasti x dilepaskan. Tapi bukan itu yg nak aku ceritakan. Aku yg bukan seorang ustaz nie & yg x la berapa alim nie x macam mana tah gatal mulut petang tu…aku tegur makwe nie.
“Tutup la sikit dada tu….nampak jelas sangat!”
Bukan apa, sebab aku nampak kt situ ramai orang lalu lalang. dengan budak balik sekolahnyer. ..orang2 tua yg dok bersembang tepi2 warong…malu la sikit!

Lantas aku disergah. “Apa ko cakap?…yg ko sebok apsal?…aku punya pasal la….kau kau…aku aku!”. Korang x kecut perut ker makwe yg kita sangka lembut tu boleh sergah lelaki yg lebih tua dari dia?

Aku pun cuba slow talk dengan dia…Adik.. .jgn la pkai cam tu…malu la kat orang…Pada kali nie aku ditengking yang aku rasa ramai jiran2 yg dengar…”Aku punya suka la apa aku nak pakai. Ko jgn carik pasal…ko baru jer duduk kat sini, aku dh lama kat sini….jgn carik pasal!”

Aku terus blah…bukan aku takut…tp aku malu kt jiran2…ye la bising2 cam tu…mesti diorang ingat gaduh ker mende ker…

Persoalan aku kepada rakan2 sekalian….
1) mana pergi lemah lembut wanita Melayu sekarang nie?…
2) kenapa hilang adap sopan kita….
3) kenapa berasa bangga berpakaian begitu?
4) Mak bapak x marah ker anak dara diorang berpakaian sebegitu?
5) dan yang jawapan yg paling aku nak dengar dari kawan2 (terutamanya perempuan2 Melayu)….kenapa dah TAK BOLEH TEGUR KORANG NIE?

Hidup ini singkat, mari kita saling berpesan!
Jadilah masyarakat yg Prihatin. Sayangilah keluarga & orang2 d sekeliling kita.

(sumber : http://www.isuhangat.net/2010/05/13/kenapa-wanita-berpakaian-sexy/)

Wednesday, July 28, 2010

Agar Bidadari Cemburu Padamu


Salam semerdu suara bidadari,buat akhawat yang jiwanya mudah tersentuh dengan kebenaran..tulisan ini adalah pemujuk bagi jiwanya yang dipanah cemburu terhadap sang bidadari ciptaan Allah..

“Sesungguhnya orang-orang bertaqwa berada ditempat yang aman. Di dalam taman-taman dan mata air – mata air. Mereka memakai sutera halus dan sutera tebal,(duduk) berhadap-hadapan.Demikianlah…dan Kami jodohkan mereka kepada bidadari bermata jeli” (QS. Ad Dukhan 51-54)

“dan ada bidadari bermata indah,laksana mutiara tersimpan indah” (Surah al-waqi’ah 22-23)

Subhanallah,bila terbaca ayat ini dalam al-quran ada timbul rasa cemburu pada sang bidadari ciptaan terindah Ilahi,begitu tidak dapat saya bayangkan keindahannya, gadis-gadis muda bermata jeli,dihatinya penuh cinta dan setia, laksana mutiara tersimpan indah tidak terusik walaupun sedikit,masih terpelihara fitrah muslimatnya tetap terpelihara dalam jagaan Allah

Cemburu itu bukan hanya terbit di hati saya,tapi di hati ummu salamah,isteri baginda Rasulullah S.A.W.

Tapi tenang sahaja,(^_^).Allah bersifat dengan ke’adilannya..maka tercetuslah dialog antara ummu salamah dengan baginda S.A.W,yang patut kita ambil ihtimam,bahawa wanita dunia juga patut di cemburui oleh bidadari,tapi wanita dunia yang bagaimana?

Imam Thabrani meriwayatkan sebuah hadis dari Ummu Salamah,bahawa Ummu Salamah Radiallahu ‘Anha telah berkata :”Ya Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli…”

Baginda menjawab,”Bidadari yang kulitnya bersih,matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau bak sayap burung Nasar.”

Aku (ummu salamah) berkata lagi,”Jelaskan padaku ya Rasulullah, tentang firmanNya: “Laksana mutiara yang tersimpan baik…”(QS. Al Waqi’ah 23)

Baginda menjawab,” Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tak pernah tersentuh tangan manusia…”

Aku bertanya,” Ya Rasulullah jelaskanlah kepadaku tentang firman Allah; “ Di dalam surga itu ada bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik…”(QS Ar Rahman 70)

Baginda menjawab,” Akhlaqnya baik dan wajahnya cantik jelita”.

Aku bertanya lagi,” Jelaskan padaku firman Alloh: “ Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik…”(QS As Shaffat 49)

Baginda menjawab,” Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada pada bahagian dalam telur dan terlindung dari bahagian luarnya, atau yang biasa disebut putih telur.”

Aku bertanya lagi,” Ya Rasulullah jelaskan padaku firman Allah ; “Penuh cinta lagi sebaya umurnya…”(QS Al Waqi’ah 37)

Baginda menjawab,” Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal di dunia dalam usia lanjut dalam keadaan rabun dan beruban.Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Allah menjadikan merka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, ghairah, mengasihi, dan umurnya sebaya.”

Aku bertanya,” Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?”

Baginda menjawab,” Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat.”

Aku bertanya,” Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?”

Baginda menjawab,”Karena Solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya diwajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas.Mereka berkata,”Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”

Aku berkata,” Ya Rasulullah, salah seorang wanita diantara kami pernah menikah dengan dua, tiga atau empat lelaki lalu meninggal dunia.Dia masuk syurga dan mereka pun masuk syurga. Siapakah diantara lelaki itu yang menjadi suaminya di syurga?”

Baginda menjawab,” Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu dia pun memilih siapa diantara mereka yang paling baik akhlaqnya. Lalu dia berkata,”Rabbi, sesungguhnya lelaki inilah yang paling baik tatkala hidup bersamaku di dunia. Maka nikahkanlah aku dengannya…”

…Wahai Ummu Salamah, akhlaq yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan, dunia dan akhirat.” (HR Ath Thabrani)

Subhanallah..beruntunglah wanita yang masih kekal menjaga fitrah,sehingga membuat bidadari yang cantik jelita cemburu padanya..seperti peribadi ummul mukminin saidatinah khadijah,saidatinah ‘aisya,saidatinah Fatimah dan banyak lagi wanita dunia yang akhirnya menjadi pemimpin para bidadari disyurga (subhanallah..subhanallah..subhanallah). buat sahabat akhawat, wanita cantik tidak semestinya solehah,tapi muslimat solehah itu semestinya cantik dipandangan Allah..


editor : imtiaz fisabilillah

Wednesday, July 21, 2010

Sunday, July 4, 2010

Remaja Dahulu vs Remaja Kini..

Sumber: Dayana
(Singgah/ Tumpang ya..^_^)

Remaja dahulu...


Abbas: Assalamualaikum!
Umair: Waalaikumussalam!
Abbas: Anta tengah buat ape tu?
Umair: Oh, ana tengah cube nak fahamkan satu ayat dari surah As Soff ni... Anta tahu tak sape2 yang lebih a'rif tentang ni...
Abbas: Ha!! Ape kate anta tanye Ustaz Hassan...

Remaja Kini...

Titt..titt..titt..
Amir: Wei.. Pick!! Ko tengah buat ape tu??!!
Syafiq: Haha... Ko ni buat tak tahu plak...
Amir: Tengah layan awek la tu...
Syafiq: Ha!! kau memang kawan sejati aku...
Amir: Wei... Pick!! Takkan kau seorang je ade awek... aku nak gak!! Tak 'cool' la muka 'handsome' tapi takde awek...
Syafiq: Ha.. takpe-takpe... Nanti aku suruh awek aku carikan untuk kau...

--------------------------------------------------------------------------------

Remaja Dahulu...

Ammar: Assalamualaikum.. Tuan!! Saya nak daftar untuk sertai peperangan yang akan datang..
Tuan Khalid: Waalaikumsalam! Berapa umur anta??
Ammar: 15 tahun..
Tuan Khalid: Ana minta maaf sangat sebab anta masih belum cukup umur untuk sertai peperangan... Ammar: Ala... Tolonglah Tuan... Ana merayu!!
Tuan Khalid: Maaf la dik... Ana tidak boleh terima anta...

[di tebing sungai]
Ammar: ......
Hussein: Salam, Ammar! Kenapa anta menangis ni??
Ammar: Ana tidak diterima untuk sertai perperangan...
Hussein: Takpe... Anta bersabarlah... Ana yakin sampai masanya nanti anta akan diterima, InsyaAllah....

Remaja Kini...

Arif: [menyanyi]
Juri: Maaf Arif anda tersingkir...

[di rumah]
Bang!!
Arif:.......
Akil: Ee... Apahal mengamuk tiba-tiba ni??
Arif:........
Akil: Ooo.. Kau tersingkir dalam uji bakat AF9 ye?!!
Arif:.......
Akil: Ala.. Takpe, tahun ni bukan rezeki kau, tahun depan cube la lagi...

--------------------------------------------------------------------------------

Remaja Dahulu...

[Maghrib]
Allahuakbar!! Allahuakbar!!...
Ibrahim: Eh dah azan la!! Jom, cepat..nanti lambat... Kene masbuk pulak..
Hamzah: Eh ha'ah la... Kejap-kejap, tunggu ana...

[Sebelum Subuh]
Hafiz: Ahnaf! Bangun! Anta nak qiam tak??
Ahnaf: MUAAH!(menguap).. Sekarang pukul barape??
Hafiz: Pukul 5..
Ahnaf: Ha?!! Kan ana suruh kejut pukul 4, nape anta tak kejut ana..
Hafiz: Maafla Ahnaf... Ana pun baru je bangun ni.. Takpe, masih ade mase lagi..
Ahnaf: okey... .

Remaja Kini...

[Maghrib]
Allahuakbar!! Allahuakbar!!
Alif: Eh dah azan la... Takpe la sikit je lagi cerita ni nak habis..
Ayah: Alif, ko nak ikut pergi surau tak??
Alif: Err... Kejap lagi la, ayah pergi la dulu...
Ayah: Hai engko ni... Takkan tiap-tiap hari nak masbuk, asyik dengan cerita kat TV tu..
Alif: Ye laa..

[Subuh]
Zzzzzzzzzz......
Mak Mah: akim!! Bangun!! Ko da solat subuh ke belum??
Hakim: MUAAH!!(menguap).. Ngantuknye!! Ala,mak baru pukul 6.. Subuh habis pukul 6.59..
Mak Mah: Pukul 6 ape bendenye?!!! Sekarang dah pukul 7.30 la.. Bangun!!!!
Hakim: MUAAH!!(menguap).. Ye laa...

--------------------------------------------------------------------------------

Remaja Kini...

Remaja...
Dimanakah mereka??
Dimanakah mereka ketika ini??
Yang dimana pada suatu hari nanti,
Kan mentadbir dunia ini,
Suatu hari nanti...

Remaja kita,
Telah ditipu dunia yang fana,
Lalai dan leka,
Dari mengingatiNya...

Hancurlah dunia!!
Hancurlah Islam!!
Jika dirimu sebegini rupa,
Remaja Islam kini,
Hubbu dunia bermaharajalela,
Hubbu akhirat kau palingkan,
Dihanyut ombak penipuan,
Oleh manusia bertopengkan syaitan...

Duhai remaja...
Bangunlah,
Bangunlah remaja,
Dari tidurmu yang lagha,
Ayuh bangunlah,
Ayuh kembalilah,
Ke pangkal jalanNya,
Ayuh!!
Lahirkanlah generasi dahulu..

Insaflah!!
Ayuh bangkitlah!!
Engkau harapan dunia,
Tegakkanlah sinar harapan..

AYUH!!
Bangkitlah remaja harapan dunia,
Buktikanlah keluhuranmu,
Buktikanlah,
Generasi dahulu,
Telah kembali,
Bebaskanlah dirimu,
Dari kejahilan yang membelenggu,
Ayuhlah remaja!!
Kita berjihad di medan ujian,
Sanjunglah panji-panji keimanan,
Kerana disana menanti syurga idaman,
Duhai Remaja Harapan.



Glosari:
1) Hubbu = Cinta
2) Lagha = Lalai

Pendidikan Seks di Sekolah: Ulasan Tok Guru

Tertarik tentang kajian kes Isu Pendidikan Seks di sekolah, akhirnya muncul jugak kenyataan yang sangat meyakinkan aku; dari seorang ulamak besar yang bukan hanya di terima di Malaysia malah juga seantero dunia.. Siapa lagi kalu bukan Tok Guru kesayangan kita, Dato' Bentara Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.. Isu ini sudah pasti bukan isu baru, tapi isu yang perlu mendapat perhatian oleh setiap di antara kita bagi memastikan Malaysia yang lebih gemilang..


Mari kita sama-sama ikuti pandangan beliau;


KOTA BAHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata, antara lain langkah tersebut akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.

"Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai 'zina' dan bukan 'seks bebas' seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

"Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya.

Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut

Thursday, July 1, 2010

PERJALANAN ISRAK MIKRAJ...SUATU PENCERITAAN..

Rentetan Peristiwa Israk Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

Rentetan Peristiwa Israk Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a. s. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyithoh (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

-Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.


- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Sumber rujukan : Ustaz Azhar Idrus.

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-