Masa

Saturday, April 24, 2010



Terbuka Kepada Semua Wanita

# Kategori A : 19 tahun ke atas
# Kategori B : 15 tahun ke bawah

Tarikh - 2 MEI 2010 / AHAD
Tempat - Kompleks Sukan Tawau

Antara acara yang dipertandingkan :

1. Bola Tampar
2. Bola Jaring
3. Futsal
4. Badminton

- MAI DATANG BERAMAI-RAMAI, CABUTAN BERTUAH PUN ADA...

Remaja cuba terjun bangunan


SEORANG anggota bomba cuba memujuk remaja yang mahu terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan
sekolah di Kangar semalam.


KANGAR - Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini, gempar apabila dikejutkan dengan percubaan seorang pelajar lelaki yang cuba terjun dari sebuah bangunan tiga tingkat di sekolah tersebut semalam.

Kejadian pada pukul 12 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila remaja berusia 14 tahun tersebut tiba-tiba keluar ke arah koridor belakang kelasnya dan berdiri di atas lantai koridor di penjuru bangunan sekolah.

Tindakan pelajar tingkatan dua aliran agama itu kemudian mengejutkan para guru dan rakan-rakan lain apabila dia mendakwa mahu membunuh diri dengan terjun dari bangunan setinggi tiga tingkat tersebut.

Para guru serta beberapa pelajar lain berusaha memujuk pelajar berkenaan sebelum sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian.

Drama memujuk remaja tersebut berlangsung selama sejam sebelum seorang anggota bomba bertindak pantas menarik pelajar tersebut selepas memberinya air minuman.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak demikian kerana tertekan akibat diejek oleh rakan-rakannya selepas dua pelajar perempuan di sekolah tersebut menolak cintanya. (Sumber : www.kosmo.com.my)


ulasan : Fenomena beginilah yang sering melanda remaja kita. Disebabkan cinta mereka sanggup mengadaikan nyawa dan menjual maruah. Usia remaja memang penuh dengan mehnah dan dalam perkara seperti memerlukan kebijaksanaan dalam berfikir yang mana patut dituruti, KEHENDAK NAFSU @ KEHENDAK AKAL..

Friday, April 23, 2010

Krisis Bekalan Tenaga di Sabah





Sabah, 22 April 2010 - Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri mendapat perhatian oleh Datuk Melanie, Adun Luyang, di Dewan Undangan Negeri Sabah, pada 15 April 2010.

Isunya, Krisis bekalan tenaga di Sabah semakin merungingkan rakyat apabila beberapa projek di bawah kendalian Sabah Eletrik Snd Bhd (SESB) tergendala, bekalan tenaga ke kawasan pedalaman mengalami masalah dengan tidak mendapat menggunakan eletrik dengan baik dan menjejaskan aktiviti harian penduduk di kawasan tersebut.

Datuk Melanie, mengulas bahawa seleras dengan aspirasi Negara, pelaburan dan penggunaan sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan teknologi-teknologi bersih akan digalakkan. Peningkatan dalam aplikasi kecekapan tenaga juga akan dipromosikan. Bangunan-bangunan industri dan kediaman adalah disarankan untuk menggunakan teknologi yang bersih dan mesra alam untuk kebaikan rakyat dalam jangka masa panjang.”


Beliau pernah mengemukakan bantahan penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga letrik di Sabah pada persidangan sebelum persidangan Dewan undangan Negeri Sabah di samping memberi beberapa alasan dan sebab-sebab mengapakah kita tidak bersetuju dengan projek pembinaan arang batu yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan pusat. Kerana yakin bahawa sedikit usaha namun boleh membawa impak yang besar kepada hidup rakyat sabah.

Pendedahan oleh laporan akbar dan Ahli Parlimen Kalabakan bahawa SESB tidak dapat memulihkan keadaan gangguan bekalan elektrik khususnya di Tawau disebabkan SESB telah dibekalkan oleh TNB set-set janakuasa terpakai daripada syarikat Sime Darby yang tidak boleh beroperasi sepenuhnya adalah amat memalukan. Tindakan susulan untuk mengatasi masalah tersebut.

“Saya pernah sarankan bahawa Sabah perlu bukan sahaja menggunakan gas yang ada untuk digunakan menjana tenaga elektrik untuk menampung kegunaan di Sabah yang lebih mesra alam tetapi juga perlu memulakan industri hiliran sumber gas asli untuk jangka masa panjang ekonomi negeri Sabah.” Datuk Melanie.

Keprihatinan beliau terhadap masalah yang dihadapi juga telah mengemukakan beberapa fakta sebagai bukti bahawa krisis bekalan di Sabah perlu mendapat perhatian dari pelbagai pihak khususnya Tenaga Nasional Berhad ( TNB ).

“Saya ingin bertanya Kerajaan Negeri Sabah yang menyokong MEB itu, apakah program-program dan model-model pembangunan ekonomi yang diperlukan untuk meletakkan kita sama-sama berada pada landasan perkembangan itu?“ Persoalan yang menarik dalam ucapan beliau. Di akhir ucapan beliau, “Saya harap kesemuanya ini boleh mendatangkan hasil kepada rakyat Sabah sampai ke akar umbi. Adalah menjadi malapetaka jika kita masih menjadi negeri yang termundur dan termiskin di Malaysia 5 tahun akan datang nanti.”

“Wakil Rakyat Prihatin, Kebajikan Rakyat Sabah Terjamin.” Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapakan ‘Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan’ kepada semua yang ada di Dewan.

Wednesday, April 14, 2010


SALAM IMTIHAN
> manfaatkan "study week" sebelum menghadapi peperiksaan minggu hadapan <

> mari bersama mengembalikan kegemilangan ISLAM <

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-