Masa

Sunday, August 30, 2009

Salam Ramadhan




Salam ramadhan dan salam merdeka. Merdeka hati dan diri dari penyakit jiwa. Merdekakan ramadhan dari perkara lagha. Hayati ramadhan dengan hati yang bulat.

Mohon maaf pada semua pengunjung kerana blog ini agak dianaktirikan. Mujurlah ada sahabat-sahabat Pimipinan Nisa' Sabah yang sudi bantu update..

Selamat berprogram di Konvensyen Nisa Kebangsaan!!

Kamsiah Sairin
3N

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan

Tiada KEAGUNGAN selain ALLAH
Tiada IDOLA selain RASULULLAH
Tiada AYAT seindah AL-QURAN
Tiada PEGANGAN seindah ISLAM
Tiada IKUTAN setulus SUNNAH
dan
Tiada PEMERINTAHAN seadil DAULAH ISLAMIYYAH


Salam Ramadhan;
dari kami

NISA' Negeri Sabah

buat semua
Keluarga NISA di seluruh Malaysia

Salam Nisa'

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, puja segala puji hanya untukNya. Yang memiliki seluruh alam ini. Selawat serta salam buat junjungan besar kita, manusia agung kekasih Allah, para sahabat dan keluarga baginda saw, serta seluruh tentera Allah di muka bumiNya yang Maha Luas ini.


Seiring hembusan bayu yang tiada henti bertasbih memuji keagunganNya, maka Nisa' Sabah muncul menyahut seruan dakwah dalam satu lagi siri metode perjuangan. Mencuba sesuatu.. Mencari ruang.. Mengisi kekosongan.. Andai di situ adanya Islam, pasti gerak tidak terhenti.

Semoga siri pertemuan selepas ini memberi makna mendalam.. Membawa erti hakiki..

-Salam Manis Seuntai Kasih Dari Nisa' Negeri Di Bawah Bayu-